3 Cara Jadi Orang Yang Lebih Bertanggungjawab

3 Cara Jadi Orang Yang Lebih Bertanggungjawab

Tanggungjawab tidak datang sejak lahir. Ia adalah sesuatu yang diperoleh seiring dengan usia dan kemajuan dalam kehidupan.

Rasa tanggungjawab anda juga boleh datang daripada ahli keluarga, rakan atau daripada sesuatu yang anda lihat di kaca televisyen.

Walau bagaimanapun, anda boleh mendengar dan melihat banyak perkara yang berbeza, baik dan buruk.

Itulah sebabnya rasa tanggungjawab anda hanya bergantung kepada diri anda sendiri. Anda memilih tingkah laku, tindakan dan ucapan anda sendiri.

Jadi, tanggungjawab adalah kemahiran dan anda belajar untuk melakukannya. Anda membentuk keperibadian dengan tindakan anda. Ini tentang membuktikan kepada diri sendiri bahawa anda boleh bertanggungjawab.

Berikut adalah beberapa petua untuk meningkatkan tanggungjawab dalam diri.

1.       Berhenti buat alasan untuk diri sendiri

Apabila anda membuat kesilapan, akuinya. Daripada mengalihkan kesalahan kepada seseorang atau sesuatu yang lain, nyatakan sebab sebenar mengapa anda gagal melaksanakannya. Dengan mencari alasan, anda sebenarnya menunjukkan sifat tidak bertanggungjawab dan itu juga menjadikan anda seorang pengecut.

Anda perlu berfikir dengan jelas tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan agar anda tidak membuat alasan untuk diri sendiri. Selain itu, situasi ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya anda cuba mengelak dengan melakukan sedikit pembohongan. Jangan sesekali mencuba ya!

2.       Berhenti mengeluh

Orang yang selalu mengeluh kebiasaannya adalah individu yang terlalu banyak bercakap namun tidak melakukan apa-apa.

Mereka boleh bercakap besar, tetapi apabila melakukan sesuatu, mereka hanya akan terus kaku di situ.

Mulai sekarang, anda mesti berhenti merungut dan mula menjadi lebih bertanggungjawab terhadap beban yang dipikul.

Jika anda tidak suka bagaimana sesuatu tugasan itu dilaksanakan, lakukan sendiri atau rujuk kepada yang lebih pakar.

Selain itu, dengan sentiasa mengomel tentang perkara di sekeliling, anda sebenarnya telah mengisi diri anda dengan aura negatif apabila anda tidak dapat mencari apa-apa yang baik untuk dikatakan. Oleh itu, berhentilah merungut kerana ia akan membawa anda kepada pemikiran yang lebih baik dan kebahagiaan yang berkekalan.

3.       Pelajari cara menguruskan kewangan

Salah satu tanggungjawab utama yang akan anda pikul sebagai seorang dewasa ialah menguruskan kewangan sendiri.

Anda akan mendapat pekerjaan, menerima gaji dan menjalaninya dari bulan ke bulan.

Mungkin, anda akan cuba menyimpannya kerana menganggap ia merupakan idea simpanan yang baik.

Namun malangnya, tidak semua orang belajar atau tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan mereka dengan betul.

Jika anda ingin dipandang serius dan menjalani kehidupan yang lebih baik, anda perlulah bijak menguruskan kewangan.

Anda perlu membayar semua bil anda apabila anda mendapat gaji. Kemudian, beli barangan runcit dan buat rancangan bagaimana anda akan menggunakan baki wang tersebut. 

Anda juga harus mempunyai sedikit wang dalam akaun simpanan anda, atau mungkin anda boleh melabur sebahagian daripadanya.

Kedua-duanya adalah lebih baik daripada berbelanja secara melulu yang boleh menyebabkan hutang dan masalah lain timbul.

Sebagai bangsa usahawan, nak berjaya mesti jadi individu yang bertanggungjawab. Tanggungjawab pada diri sendiri, perniagaan, team, keluarga, pelanggan, dan orang sekeliling.

Tak lupa juga tanggungjawab lain seperti membayar zakat dan cukai.

Artikel terbaru

Leave a Reply