6 perkara perlu anda tahu tentang bunting

6 perkara perlu anda tahu tentang bunting

Hari ini, pemasaran digital memang penting. Tapi pada masa sama, pemasaran tradisional ada yang masih relevan untuk digunakan.

Bunting memainkan peranan penting untuk membuatkan orang nampak perniagaan anda.

Sebab itu ramai peniaga besar memasang bunting di tiang-tiang elektrik sekitar kawasan utama sepanjang tahun.

Anda boleh mulakan dengan memasang 30 bunting di wilayah anda.

Dan anda juga boleh memasangnya untuk beritahu tentang tawaran terkini yang diberikan oleh perniagaan anda.

6 perkara yang anda perlu tahu tentang bunting:

1) Pasangkannya di kawasan strategik, yang paling kerap dilalui oleh trafik.

2) Pastikan informasi seperti nama kedai, nombor telefon dan alamat adalah jelas dan cukup besar untuk orang nampak.

3) Pemilihan warna yang terang dan gambar membantu bunting anda lebih menyerlah berbanding bunting lain.

4) Dapatkan designer yang mahir untuk rekaan bunting anda.

5) Jadi peniaga professional. Dapatkan permit sah untuk menggantung bunting. Ini akan bina kredibiliti perniagaan anda.

6) Cari agen yang boleh bantu anda pasang bunting. Anda tak perlu panjat tiang letrik ‘tu sendiri!

Pengasas Jajja Chinta Sdn. Bhd., Siti Hajar Elyana Muda yang mesra dengan panggilan Jaja turut menggunakan kaedah.

Teruja dengan ilmu yang diperoleh, Siti Hajar mencuba ilmu pemasaran yang dikongsikan oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Lebih sejuta botol serum lebat rambut Jajja Chinta terjual kerana kualiti produk dan teknik pemasaran yang betul.

Siti Hajar berkongsi pengalaman kejayaan meningkatkan jualan selepas memasang bunting di sekitar Terengganu pada peringkat awal bisnes.

“Daripada jualan sekitar RM8,000 sebulan, naik mendadak kepada RM18,000 dan terus naik pada bulan berikutnya.

Siti Hajar

“Masa itu saya dapat mesej Whatsapp tanpa henti, tak sangka ramai juga penduduk Terengganu yang mengalami masalah rambut,” katanya.

Ekoran hasil yang memberangsangkan pada 2019, Siti Hajar menyertai program mentoring Titanium.

Sekarang, giliran anda pula untuk berjaya.  Nak berjaya kena cepat lakukan tindakan, fast action fast results!

Artikel terbaru

Leave a Reply