Jajja Chinta: Kahwin Awal Tak Halang Capai Impian Jadi Jutawan Muda

Jajja Chinta: Kahwin Awal Tak Halang Siti Hajar Untuk Capai Impian Jadi Jutawan Muda

Tidak menamatkan persekolahan bukan bermakna itu adalah pengakhiran dalam kerjaya.

Selagi ada kemahuan di situ ada jalan.

Begitu juga dengan anak kelahiran Terengganu, Siti Hajar Elyana Muda yang mesra dengan panggilan Jaja.

Pengasas Jajja Chinta Sdn. Bhd. ini mula berkecimpung dalam dunia perniagaan ketika berusia 18 tahun.

Modal RM600

Menamatkan zaman bujang seawal usia 17 tahun, beliau mula berkecimpung dalam dunia perniagaan apabila membuka salun rambutnya sendiri di Kuala Terengganu dengan bermodalkan RM600 hasil wang yang dipinjamkan oleh suaminya.

“Walau bagaimanapun, menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang cukup bukanlah satu hal yang mudah dan itu menyebabkan saya sering mengalami pelbagai masalah termasuklah dari aspek kewangan dan aliran tunai.

“Pendek kata, perniagaan itu hanya dibuka kerana saya hanya tahu asas menggunting rambut sahaja tetapi tiada kemahiran lain seperti operasi perniagaan dan pengurusan wang,” jelasnya.

Berniaga Tanpa Ilmu

Menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang mencukupi bukanlah satu perkara yang mudah dan hal itu menyebabkan Siti Hajar sering mengalami pelbagai masalah termasuk dari aspek kewangan dan aliran tunai.

Pada masa sama, Siti Hajar juga masih mengekalkan konsep perniagaan tradisional ia itu menunggu pelanggan datang berkunjung ke kedainya.

Purata pendapatan salunnya ketika itu ialah kira-kira RM3,000 sebulan.

Malah, Siti Hajar juga pernah ditipu dan mengalami kerugian yang bukan sedikit ketika berhasrat mengeluarkan produk kosmetik sendiri.

Cuba Strategi Baru

Pada 2015, Siti Hajar mula mengenali RichWorks setelah diperkenalkan oleh seorang rakan yang mengajak beliau mendaftar dan menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK).

Semasa menyertai IMKK, banyak ilmu baru dipelajarinya dan membuatkan beliau tertarik untuk terus mengikuti program-program RichWorks.

Tidak lama selepas itu, beliau mendaftarkan dirinya untuk program Millionaire Marketing Mastery (MMM).

Sebanyak mana sekalipun seminar yang dihadiri tetapi tidak mempraktikan ilmu yang diperoleh adalah sia-sia.

Teruja dengan ilmu yang diperoleh, Siti Hajar mencuba ilmu pemasaran yang dikongsikan oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Mesej Whatsapp Tak Henti

Lebih sejuta botol serum lebat rambut Jajja Chinta terjual kerana kualiti produk dan teknik pemasaran yang betul.

Siti Hajar berkongsi pengalaman kejayaan meningkatkan jualan selepas memasang banting di sekitar Terengganu pada peringkat awal bisnes.

“Daripada jualan sekitar RM8,000 sebulan, naik mendadak kepada RM18,000 dan terus naik pada bulan berikutnya.

“Masa itu saya dapat mesej Whatsapp tanpa henti, tak sangka ramai juga penduduk Terengganu yang mengalami masalah rambut,” katanya.

Ekoran hasil yang memberangsangkan pada 2019, Siti Hajar menyertai program mentoring Titanium dan beliau diberikan bimbingan langsung oleh Dr. Azizan tentang bagaimana boleh mengembangkan lagi perniagaannya.

Berada dalam circle Titan, apabila ada ahli yang meraih pencapaian, ia akan diwar-warkan dan hal tersebut  membuatkan beliau berasa terinspirasi.

Jajja Chinta Sdn. Bhd.

Jajja Chinta memperoleh jualan RM2.1 juta pada 2019 dan RM6.9 juta pada 2020 sebelum ia meningkat kepada RM9.5 juta pada 2021.

“Melalui keuntungan diperoleh bukan saya sahaja membayar zakat pendapatan, malah pekerja dan team turut melakukan perkara sama.

“Syarikat juga memberi ganjaran seperti pakej umrah, barang kemas dan kereta Myvi kepada keluaga besar Jajja Chinta,” katanya.

Bagi yang berminat mendapatkan maklumat lanjut, produk dan perkhidmatan ditawarkan anda boleh ke Facebook Jajja Chinta Hair Care Malaysia.

Artikel terbaru

Leave a Reply