5 Sebab Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo & Versace. Apa Yang Usahawan Boleh Belajar?

5 Sebab Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo & Versace. Apa Yang Usahawan Boleh Belajar?

Tahukah anda, jenama terkenal, Michael Kors beli jenama Jimmy Choo & Versace sebelum ini? Ada 5 sebab mereka melakukan sedemikian yang mana usahawan boleh belajar daripadanya.

Bila sebut saja nama Micheal Kors, pastinya terutama golongan wanita yang sukakan jenama mewah tersenyum lebar. Manakan tidak, jenama pakaian dan beg terkemuka Michael Kors ini menjadi kegilaan wanita terutamanya di negara Asia Tenggara.

Mungkin anda adalah salah seorang penggemar beg tangan, jam tangan, kasut ataupun aksesori Michael Kors ini.

Pada Julai 2017, Micheal Kors memberikan kejutan kepada industri fesyen apabila beliau membuat keputusan untuk membeli jenama Jimmy Choo, pengeluar kasut yang eksklusif dan bergaya yang mana pemilik jenama ini bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya.

Keputusan itu dibuat selepas industri fesyen ketika itu menghadapi penurunan dalam jualan dan bersaing dengan membeli belah dalam talian yang menawarkan diskaun untuk produk mereka seperti TJMaxx dan H&M.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut menutup beberapa cawangan butiknya bagi menumpukan sepenuh perhatian dan fokus kepada beberapa cawangan yang ada sahaja bagi menggandakan reka bentuk yang lebih inovatif.

Menurut beliau, pengambilalihan jenama Jimmy Choo itu bagi satu peluang baru untuk pertumbuhan antarabangsa dan bertapak di pasaran kasut mewah.

“Kami mengagumi gaya reka bentuk dan gaya trend Jimmy Choo,” kata Michael Kors.

Michael Kors Beli Versace $2.2 Billion (RM9.15 Bilion) – 5 Sebab Perlu Tahu Kenapa Beliau Membuat Keputusan Ini

Perkara yang sama berlaku pada 2018 yang mana Micheal Kors mula mengorak langkah dengan membeli jenama fesyen terkenal Versace dengan harga $2.2 Billion (RM9.15 Bilion).

Siapa sangka Versace, satu jenama mewah yang gah boleh jatuh pada tangan pesaing sendiri. Aha! Jangan cepat buat kesimpulan sendiri. Ada sebabnya. Sebenarnya pemilik syarikat besar ini masing-masing bekerjasama bagi meningkatkan semula jenama mereka dalam industri fesyen.

Kalau anda nak tahu, Micheal Kors sebenarnya bijak mengambil peluang ini untuk menjadikan jenamanya semakin berkembang dan ‘hidup’ semula di mata peminat fesyen ini.

Jadi, mari kita lihat sebab-sebab yang menyebabkan Micheal Kors membeli jenama terkenal ini.

5 sebab tindakan itu diambil yang usahawan boleh pelajari :

1) Kukuhkan Kedudukan

Sudah menjadi trend bagi syarikat-syarikat besar membeli syarikat lain. Ia sebenarnya bagi mengukuhkan kedudukan jenama masing-masing supaya tak lenyap di mata peminat mereka. Pembeli seperti jenama Micheal Kors atau lebih dikenali sebagai MK ini akan menjadi ibu syarikat yang mempunyai anak-anak di bawahnya.

Inilah keputusan bijak yang sedang dilakukan MK kepada jenama Jimmy Choo dan juga Versace. Bukan setakat MK saja, malah Louis Vuitton SE (LVMH Moët Hennessy) juga turut melakukan perkara yang sama di mana ia mempunyai 70 jenama terkemuka di seluruh dunia. Antaranya mereka telah membeli Christan Dior pada April 2017.

Tahukah anda, dengan keputusan yang dilakukan ini, syarikat ini dapat mengukuhkan kedudukan mereka dan lagi banyak sumber pendapatan yang mereka boleh perolehi.

Bukan itu sahaja, reputasi brand juga akan menjadi lebih baik kerana secara tak langsung brand akan sentiasa kekal dan segar dalam otak audiens dan menambahkan lagi peminat dan pengumpul setia barang berjenama.

2) Tingkatkan Pasaran

Secara logiknya, lagi banyak syarikat di bawahnya, semakin luas kuasa pasaran. Ia sama situasi dengan MK yang mana akan ditukar nama kepada Capri Holdings iaitu ilham dari pulau yang membawa maksud ikonik, glamor dan mewah.

Perancangan Michael adalah untuk kembangkan Versace ke seluruh dunia dan tingkatkan sales kepada 200 hingga 300 buah kedai.

Dengan ini, pasaran akan meluas dengan setiap anak syarikat. Setiap anak syarikat mempunyai nama dan ekslusiviti masing-masing dan mampu untuk menarik ramai peminat melalui pasaran yang dibuat. Konsep “all into one” iaitu pendapatan setiap anak syarikat akan disalur masuk ke ibu syarikat mereka.

3) Terokai Bidang

Lagi banyak anak syarikat yang dibeli, lagi banyak peluang untuk kuasai bidang lain. Michael Kors telah membuat perancangan untuk luaskan perniagaan dengan aksesori dan kasut dari 35% peratus ke 65% peratus.

Siapa sangka, sesiapa yang menggunakan barang dari jenama MK selari dan setaraf dengan Versace. Sebagai contoh, sebuah syarikat bidang utama dalam beg tangan membeli sebuah syarikat bidang utamanya baju, ibu syarikat itu automatik akan kuasai bidang pakaian. Faham faham?

4) Lebarkan Sayap

Umum mengetahui, keputusan Michael dalam membeli Versace ini adalah bukan yang pertama. Tahun 2017, beliau telah membeli jenama Jimmy Choo dengan harga 1.2 billion USD. Secara langsungnya, beliau mampu untuk kuasai pasaran Jimmy Choo di negara-negara yang dipasarkan.

Sama konsep dengan pembelian Versace, beliau berjuang untuk meningkatkan jualan dan menarik pembeli baru terutamanya di China. Dengan ini, secara tak langsung beliau dapat kuasai pasaran di China.

5) Kreatif dan Inovatif

Kreatif dan inovatif. Ini antara sikap yang boleh anda sebagai usahawan lihat betapa bijaknya beliau dalam mengembangkan syarikatnya. Dengan gabungan seperti ini, MK dapat meningkatkan saham perniagaannya dengan pantas.

Michael Kors meningkatkan aksesori dan kasut Versace dengan satu matlamat yang tinggi iaitu untuk sebuah syarikat yang lebih dikenali.

Kesimpulan

Micheal Kors telah mengambil tindakan yang betul bagi mengekalkan jenamanya dalam fikiran orang.

Beliau bijak mencari peluang bagi mengekalkan perniagaannya untuk terus berkembang dan kekal lama dalam industri. Dengan ini, ia dapat kuasai pelbagai bidang yang membuatkan jenama atau syarikat itu semakin kukuh dan dipercayai.

Sebagai usahawan, anda juga perlu bijak membuat keputusan seperti ini. Ada banyak cara yang boleh anda pelopori bagi memastikan syarikat anda sentiasa kekal dan berada dalam industri.

Artikel terbaru

Leave a Reply