Apa Kekuatan Jenama Ini, Boleh Bertahan Sampai Sekarang?

Kalau sebut je ubat gigi? Jenama apa yang keluar di fikiran anda? Cuba fikir tentang minuman bergas, jenama apa yang keluar, yang anda fikirkan? Kami pernah buat ujian seperti ini di kalangan peserta program kami. Bila sebut je ubat gigi, majoriti akan sebut COLGATE!

Menurut kajian yang dijalan oleh Brand Footprint, pada tahun 2017 ke atas 18,000 jenama yang ada di 43 negara seluruh dunia, kajian tersebut dah senaraikan 20 jenama yang paling terkenal di dunia. Baca ni untuk inspirasi anda semua.

Macam mana jenama-jenama ini mampu bertahan sehingga beratus tahun? Bagaimana jenama mereka tetap kekal dan ada dalam pasaran sehingga sekarang?

Tak lain tak bukan kerana kekuatan pemasaran yang mereka lakukan. Pernah ke anda tengok Coca Cola berhenti buat iklan, pernah ke anda tak nampak atau dengar iklan Colgate di mana-mana? Mereka tak pernah berhenti dari buat marketing.

Dan inilah yang diterapkan dalam Program Millionaire Marketing Mastery – bagaimana kekuatan marketing dapat bantu kuatkan jenama bisnes telah terbukti dengan ramainya bilangan peserta program MMM yang dah mampu cipta jenama walaupun mereka bermula dari kosong dan tak ada apa-apa.

Contohnya seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, WonderCheese, Int3tree, Roket Email, Kings Char Kuey Tiaw, Charms, Eskayvie, Sailajah, Jus Lega dan banyak lagi. Mereka ini antara usahawan tempatan yang meningkat naik selepas hadir ke Program MMM, Alhamdulillah.

Ramai orang, bila mereka gagal dalam bisnes mereka salahkan produk, salahkan kilang, dan salahkan semua benda tapi mereka tak tahu 80% bisnes gagal kerana pemiliknya gagal untuk buat marketing yang berkesan. Marketing yang berkesan bermaksud, untuk setiap kos marketing yang dikeluarkan akan membawa peningkatan dalam jumlah jualan yang berkali ganda.

Peniaga biasa-biasa kat luar sana suka menyalahkan keadaan ekonomi bila perniagaan mereka tak maju. Sedangkan mereka sebenarnya tak tahu walaupun keadaan ekonomi teruk orang masih lagi membeli masalahnya mereka tak beli dari kita tapi mereka beli dari orang lain!

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Moratorium – Berita Gembira Buat PKS Mikro

Berita gembira dengan lanjutan moratorium buat rakyat Malaysia terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang terjejas ekoran pandemik ketika ini. Lanjutan moratorium diumumkan yang

Kenapa Buat Bisnes?

Ramai daripada anda rasanya tahu kenapa nak buat bisnes? Untuk nak jual produk atau perkhidmatan, nak cari pendapatan dan macam-macam lagi. Betul, tak salah, cuma