5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Podcast Dari Sekarang

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Podcast Dari Sekarang

Pada tahun ini, kita dapat melihat kejayaan podcast yang berkembang dengan pesatnya. Ramai yang kini berlumba-lumba untuk menghasilkan kandungan podcast mereka sendiri.

Tidak disangka, rupa-rupanya ramai yang menyukai podcast dan memilihnya sebagai hiburan berinfomatif buat mereka.

Buat pengetahuan anda, podcast ialah program yang disediakan dalam format digital untuk dimuat turun melalui Internet seperti siri episod fail audio atau video digital yang boleh didengari pada masa yang pendengar mahukan.

Jika jenama anda sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan siri podcast sendiri, ini lima perkara  tentang podcast yang akan memberi anda keyakinan untuk menciptanya.

1. Podcast akan meningkatkan pengikut media sosial anda

Pendengar podcast lebih berkemungkinan mengikuti syarikat dan jenama di media sosial.

Tujuan terbaik untuk memulakan podcast syarikat adalah bagi menceritakan mengenai jenama anda dan mewujudkan lebih banyak komuniti bagi jenama itu. Pendengar podcast tidak takut untuk mengikuti dan menyokong jenama yang mereka suka.

2. Pendengar boleh belajar tentang jenama anda

Melalui kajian selidik, 66% responden daripada tinjauan Nielsen memilih untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Podcast adalah cara terbaik untuk memberitahu pelanggan tentang jenama dan pasukan anda. Ia juga merupakan taktikal kepimpinan yang berkesan dan cara terbaik untuk membawa nama syarikat anda ke hadapan.

3. Pengguna mempunyai cara baru untuk menerima maklumat anda

66% pengguna hari ini lebih menggemari podcast berbanding TV. Podcast menawarkan mereka pengalaman  berbeza yang lebih bersifat ke arah peribadi dan one on one. Inilah sebabnya mengapa banyak syarikat bergerak ke arah podcast untuk komunikasi dalaman dan luaran.

4. Orang ramai akan sentiasa mengikutinya

Apabila pendengar podcast mengikuti sebuah episod, 80% daripada mereka akan tetap mengikuti keseluruhan episod yang lain.

Jika anda memikirkan betapa sukarnya untuk mendapatkan pendengar iklan pendek di media tradisional, namun kisahnya berlainan pula bagi saluran podcast.

Bayangkan pengguna boleh menghabiskan 20-30 minit dengan podcast jenama anda pada setiap minggu. Itulah hasil yang anda akan dapat apabila melakukan podcast bagi syarikat anda. Menarik bukan?

5. Pendengar melakukan tindakan

76% daripada pendengar mengatakan bahawa mereka  mengambil tindakan selepas mendengar iklan podcast seperti membuat pembelian atau memulakan langganan seperti yang diiklankan.

Pengguna yang mendengar mesej anda di podcast berkemungkinan besar akan bertindak selepas mendengar mesej tersebut. Anda mempunyai banyak peluang untuk berkomunikasi dengan mereka di podcast berbanding dengan media tradisional.

Pengguna mempercayai podcast dan syarikat yang bimbang untuk terlibat dalam penciptaan kandungan akan terkejut mengetahui betapa berkesannya podcast untuk jenama mereka.

Oleh itu, tidak salah anda mencuba alternatif baru untuk promosi dengan melakukan pemasaran di podcast. Cepat dan mudah, hasilkanlah content podcast anda sekarang untuk kesenangan di masa akan datang.

Artikel terbaru

Leave a Reply