5 Sebab Bisnes Anda Tak Bersedia Pada 2021

5 Sebab Bisnes Anda Tak Bersedia Pada 2021

Ada orang dia kata sudah bersemangat sangat melangkah ke tahun 2021 ini. Anda rasa sudah bersedia ke tidak bersedia lagi? Lagipun kita sudah memasuki bulan Februari, 1 bulan sudah berlalu dan kini tinggal 11 bulan lagi.

Fikir-fikirkan, adakah perancangan dibuat sudah diusahakan atau masih tak ada apa-apa perubahan yang disaksikan hingga hari ini. Sebab itu anda kena bertindak, buat perubahan yang perlu dalam situasi ketika ini.

5 sebab bisnes tak bersedia :

1- Bisnes masih di tahap yang sama

Orang lain masing-masing dah ‘move on’ dari satu level ke level yang lain dalam masa beberapa bulan saja dengan jualan mereka pun meningkat. Tapi bila sampai diri sendiri, bisnes sama saja dari dulu sampai sekarang. Inilah petanda yang anda perlu cari ilmu dan MenThor yang betul dan tepat.

2- Katanya ‘takut’ dengan pesaing

Anda rasa anda seorang saja jual produk home made? Ramai lagi orang lain dekat luar sana yang jual produk lebih kurang saja. Tapi apa yang membezakan anda dengan orang lain? Kalau ‘takut’ dengan pesaing, kenapa masih selesa ada di level yang biasa-biasa?

3- Hanya fokus pada masalah semata-mata

Asyik-asyik masalah saja, masalah ini cerita macam mana pun masih takkan ada sudahnya. Tapi masalahnya, sampai bila nak fokus pada masalah itu? Apa kata fokus pada cara untuk selesaikan masalah berkenaan?

4- Tak rasa perubahan itu penting

Siapa kata perubahan tu tak penting dan tak perlu? Mungkin perubahan itu satu perkara yang sukar pada mulanya tapi perubahan inilah bukti yang hidup anda ada peningkatan dan perbezaan. Contohnya, dulu tak berjaya tapi sekarang dah berjaya. Bukankah bagus dengar perubahan macam itu?

5- Tak sedar bisnes OK atau KO

Dah berapa lama buat bisnes? Sedar tak bisnes dalam keadaan OK atau KO? Jangan tak tahu, ada orang yang fikir bisnes mereka baik-baik saja padahal dah hujung-hujung tanduk. Situasi ini bahaya, kalau tak dipulihkan pada awal lagi.

So, anda ada mengalami 5 sebab macam di atas ini? Masih tak bersedia dan buat apa-apa tindakan lagi? Masih dalam zon selesa sebab masih ada pendapatan dari pekerjaan hingga mengabaikan bisnes dijalankan itu.

Apa rasanya kalau anda boleh atasi dan selesaikan perkara di atas ini bermula sekarang? Pastikan anda tak lagi berikan alasan-alasan yang hanya sabotajkan diri malah bisnes dan diikuti tindakan bagi mencapai apa matlamat pada 2021 ini.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Kenapa Orang Tak Nampak Bisnes Anda

Kenapa Orang Tak Nampak Bisnes Anda

Melalui marketing, dapat buatkan daripada tak nampak bisnes anda kepada dapat membuatkan orang nampak dengan bisnes dan produk atau perkhidmatan yang ada. Namun terdapat usahawan

Kuasai Minda Anda Cara Jutawan

Ramai orang mudah lupa. Lupa yang hidupnya mula berubah bila mereka mula ada peningkatan ilmu dan konsisten bertindak. Ilmu merubah hidup manusia. Banyak disebut atau

Rutin Harian Orang Terkaya Di Dunia

Nak tahu satu perkara ini yang menjadi ‘essential’ atau keperluan yang dilakukan orang terkaya di dunia ialah bersenam. Ya, anda tak salah baca – bersenam.

Bagaimana Nak Improve Teamwork?

Bagaimana Nak Improve Teamwork?

Bagaimana nak improve teamwork dan capai hasil yang kita nak? Jika anda lalui pelbagai cabaran, ujian, dugaan dan banyak kali sebenarnya ia berkaitan dengan emosi