5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Bila Kena ‘Reject’ Dalam Perniagaan

5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Bila Kena ‘Reject’ Dalam Perniagaan

Apabila menjalankan perniagaan, penolakan (rejection) daripada pengguna adalah situasi yang tidak dapat dielakkan walaupun tidak diingini. Itu sudah pun menjadi perkara biasa yang tidak perlu diperdebatkan lebih-lebih lagi dalam perniagaan.

Namun, berdepan dengan penolakan bukanlah perkara yang mudah. Tentunya masih ada rasa kecewa di dada. Perjuangan menjual barang sepertinya menjadi sia-sia.

Walau bagaimanapun, sebagai usahawan kita mesti kuat. Anda haruslah tanganinya dengan tenang dan positif.

Jadi, di bawah adalah lima cara untuk menangani penolakan daripada pelanggan yang perlu anda ketahui.

1. Terima

Menerima keputusan pelanggan adalah perkara pertama yang perlu dilakukan. Kita mesti sedar bahawa membeli atau menolak adalah hak mereka sepenuhnya. Tugas kita hanya menawarkannya, namun terpulang kepada pelanggan untuk menerimanya atau tidak.

 2. Tanya sebab

Selepas menerima penolakan daripada pelanggan, tidak rugi untuk bertanya apa sebabnya. Jika alasannya kerana ia berkaitan dengan kemampuan mereka, maka kita tidak perlu bertanya lebih lanjut.

Namun, jika alasannya adalah kesilapan daripada pihak anda sebagai jurujual atau mungkin ada salah faham mengenai tawaran barangan, maka tanyalah dengan jelas kerana ini boleh menjadi pengajaran untuk diri kita menjadi lebih baik di masa hadapan.

3. Beri respon yang positif

Selepas pengguna menerangkan sebab penolakan, kita mesti memberi respons yang positif. Contohnya, jika pengguna enggan kerana kewangan tidak mencukupi, maka kita boleh berkata “tidak mengapa. Moga di masa hadapan rezeki anda bertambah baik. Jika perlukan sesuatu, hubungi sahaja.”

Ini bagi membuatkan mereka berasa selesa, tidak malu dan rendah diri kerana perlu menjelaskan keadaan kewangannya.

Sekiranya penolakan itu disebabkan sikap atau kesilapan daripada diri kita, maka kita hendaklah segera memohon maaf dan berjanji akan menjadi lebih baik lagi di masa hadapan.

Jangan lupa ucapkan terima kasih di atas cadangan dan input yang diberikan. Elakkan mencari alasan kerana ini boleh menimbulkan kekecohan dan perdebatan yang panjang.

4. Jaga hubungan baik

Kita mesti menjaga hubungan baik dengan pelanggan kerana selalunya pelanggan tidak merasa perlu dengan apa yang kita tawarkan buat masa ini, namun mereka tidak menolak kemungkinan untuk beberapa tahun akan datang malah mengesyorkannya kepada saudara-mara yang memerlukannya.

Jika kita dapat membina hubungan baik dengan pelanggan walaupun kita telah menerima penolakan, kita masih mempunyai peluang yang cerah di masa hadapan. Itulah pentingnya menjaga imej yang baik di mata pengguna.

5. Penilaian

Setelah ditolak dan mengetahui sebab-sebab penolakan tersebut, sudah tiba masanya untuk kita perbaiki diri. Sesuatu yang silap mesti diperbetulkan dan tidak boleh diulang.

Artikel terbaru

3 Comments

  • Yusri Ali

    Penolakan dalam perniagaan itu biasa tapi bangkit dan meneruskan perjuangan ke hadapan tanpa pernah mengenal erti lelah, jemu serta putus asa adalah LUAR BIASA! Lupakan kepedihan yg sementara tersebut untuk meraih kegembiraan yg berpanjangan dimasa hadapan. SELAMAT BERJUANG!

  • Customer kalau dia tolak offer kita, sy selalu berlapang dada. Ini kerana saya yakin rezeki saya belum sampai lagi.. Dan rezeki itu mungkin datang dengan cara yang lain.

    Terima
    tanya sebab
    beri respond
    bersangka baik
    dan review semua offer yg dibuat itu semua membantu utk tidak rasa down ketika kena reject..

    terima kasih atas info..

Leave a Reply