4 Nilai Perniagaan Kecil di Jepun Bertahan

4 Nilai Perniagaan Kecil di Jepun Bertahan

Siapa pernah menjenjejakkan kaki di Jepun? Cakap sahaja tentang negara Jepun, mesti ramai yang terbayang-bayangkan kotaraya Tokyo yang sentiasa sibuk, kereta api yang laju, tandas yang berteknologi tinggi ataupun Geisha kan?

Ada lagi yang menarik mengenai Jepun. Industri perniagaan kecil di Jepun merupakan yang terbaik di dunia pada ketika ini.

Hal ini disebabkan Jepun menduduki tempat pertama di dalam senarai perniagaan berskala kecil yang dapat bertahan sehingga 100 tahun.

Membuka apa-apa jenis perniagaan merupakan perkara yang mudah bagi setiap orang.

Tetapi untuk kekal di dalam industri perniagaan tersebut, tidak ramai usahawan yang berjaya untuk bertahan lama.

Kebiasaannya perniagaan yang kecil ini mengambil masa selama lima tahun untuk stabil dan di dalam masa tersebut, kebanyakanya perniaga tidak dapat bertahan.

Selepas tempoh 5 tahun, hanya separuh sahaja perniagaan yang akan bertahan mengikut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat.

Jepun yang terkenal dengan perusahaan kecil yang paling lama bertahan adalah disebabkan beberapa faktor yang tidak terdapat pada negara lain.

Selain daripada memegang rekod dengan masyarakat tua yang paling ramai di dunia, negara matahari terbit ini juga turut memegang rekod hotel yang paling tua dibuka iaitu pada tahun 750 masihi.

1.       Mewariskan perniagaan

Faktor utama yang menyebabkan perniagaan di Jepun dapat bertahan lama adalah dengan mewariskan perniagaan tersebut kepada anak cucu mereka.

Para perniaga di Jepun mempunyai visi yang jelas untuk mempertahankan perniagaan tersebut supaya mereka dapat mewarisi perniagaan tersebut kepada generasi yang akan datang.

Sebab itu, penting untuk membina perniagaan yang sustainable.

2.       Keuntungan jangka masa panjang

Kebanyakan syarikat di Jepun tidak memfokuskan kepada keuntungan untuk jangka masa yang pendek.

Bagi masyrakat Jepun, menyambung generasi perniagaan adalah lebih penting daripada membuat keuntungan dalam masa yang singkat.

3.       Ambil anak angkat

Mereka juga mengamalkan prinsip mengambil anak angkat yang sudah dewasa untuk mengganti mereka yang tidak mempunyai anak kandung yang berkebolehan di dalam pengurusan perniagaan.

Selain mengambil anak angkat yang dewasa untuk mengurus perniagaan, perkahwinan juga merupakan salah satu cara untuk mewarisi perniagaan di dalam masyarakat Jepun.

Mengikut pepatah Jepun yang terkenal ialah “kita tidak dapat memilih siapa anak kita tetapi kita boleh memilih siapa bakal menantu kita”.

4.       Hubungan baik dengan pelanggan

Faktor hubungan di antara peniaga dan pelanggan. Orang Jepun terkenal dengan masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi.

Layanan kepada pelanggan yang diberikan adalah sangat luar biasa. Ianya menjadi teras di dalam perniagaan dan melayan karenah pelanggan dengan baik merupakan salah satu nadi di dalam perniagaan.

Jangan sombong dengan pelanggan. Lebih ramai pelanggan setia, itu lebih baik.

Jika kita masih belum mengamalkan nilai-nilai ini dalam perniagaan, jom kita mulakan hari ini. Lebih cepat anda buat tindakan, lebih cepat anda memperoleh hasilnya.

Artikel terbaru

1 Comment

  • Sofiah Ramli

    Pertahankan bisnes,hormat dan jaga pelangan sayang pada pelangan, jaga nama baik bisnes berimanafaat pada orang lain

Leave a Reply