5 ‘Pain Point’ Bisnes Alami dan Bagaimana Menyelesaikannya

5 ‘Pain Point’ Bisnes Alami dan Bagaimana Menyelesaikannya

Perniagaan adalah bidang pekerjaan yang dipilih ramai hari ini sama ada sepenuh masa atau pun separuh masa. 

Dalam perjalanan membina perniagaan pasti akan hadapi masalah.

Sesetengah usahawan menganggap masalah adalah normal dalam perniagaan dan mereka memilih untuk memandang remeh akan masalah tersebut. 

Mereka tidak sedar jika tidak ditangani segera, walau sekecil-kecil masalah boleh menjadi penghalang kepada perkembangan perniagaan.

‘Pain Point’ adalah masalah. Perniagaan anda mungkin mengalami masalah dari segi leadership, operasi, kewangan dan sebagainya. 

Manakala pelanggan anda pula memerlukan produk atau perkhidmatan anda untuk selesaikan masalah mereka. 

Pain points yang tidak dirawat akan menjadi semakin parah. Berikut adalah pain points yang mungkin sedang dialami dalam perniagaan anda.

Isu operasi

Sebagai usahawan, tak mungkin anda mampu untuk bekerja seorang diri. Dalam proses mengembangkan bisnes, anda perlukan lebih ramai team untuk bekerjasama. 

Anda perlukan mereka yang pakar dalam bidang seperti kewangan, sumber manusia, IT, kreatif, penulisan dan sebagainya. 

Jumlah team operasi bergantung kepada sejauh mana perkembangan bisnes anda. 

Isu inovasi

Inovasi adalah kunci kepada kejayaan perniagaan baru.

Namun semakin maju perniagaan, usahawan biasanya akan mula hilang fokus untuk membuat pembaharuan dan hanya terus melakukan apa yang anda dah biasa lakukan. 

Ini akan membawa kepada pain points seperti stagnant, kurang bersemangat dan ia bahaya jika pesaing mula mengambil alih pasaran bisnes anda.

Sewaktu awal pengeluaran produk anda, ia mungkin sesuai untuk pelanggan anda. Tapi bagaimana dengan 6 bulan, 1 tahun, 5 tahun atau 10 tahun akan datang? 

Bagaimana pula anda nak tambah baik produk anda agar dapat terus membantu orang ramai di masa akan datang?

Anda perlu tahu apa ‘pain points’ mereka dan tambah baik produk anda sesuai untuk menangani isu yang mereka sedang hadapi. 

Sebagai seorang pemimpin bukan anda seorang sahaja perlu sentiasa berinovatif, anda perlu memupuk inovasi dalam team dan sentiasa berfikiran terbuka untuk membuat perubahan.

Isu budaya

Bagaimana budaya anda bekerja begitulah budaya keseluruhan organisasi anda dan akan terbawa-bawa dalam cara anda melayan pelanggan. 

Masalah budaya ini mungkin nampak kecil, namun ia akan menjadi besar jika tak diperbaiki.

Dalam perjalanan perkembangan perniagaan anda, pekerja anda mungkin kehilangan momentum serta semangat kerja mereka. 

Team yang positif boleh bertukar toksik kerana merasakan diri mereka sudah tak berapa penting dan perlu menyesuaikan siri dengan proses yang baru dan team yang semakin berkembang. 

Budaya negatif ini lambat laun boleh menjangkiti orang lain. 

Untuk mengatasi isu-isu ini, pastikan nilai syarikat anda sentiasa penting dalam fikiran setiap pekerja. 

Apabila semua orang komited dengan tujuan yang lebih besar, mereka akan sedar bahawa semua orang sedang bergerak ke arah yang sama.

Isu kewangan

Modal yang tak mencukupi adalah masalah besar kerana bisnes bukan hanya perlukan modal permulaan, malah modal untuk sustain dan kecemasan juga perlu ada. 

Modal boleh datang dalam bentuk wang dalam bank, pinjaman mahupun daripada pelabur. 

Cara terbaik untuk menangani kebanyakan masalah perniagaan adalah dengan membuat jualan yang menguntungkan. 

Perbelanjaan anda perlulah selari dengan keuntungan.

Isu pemasaran

Kekurangan budget untuk kempen pemasaran yang berkesan adalah pain point yang ramai usahawan alami dalam perniagaan. 

Sebenarnya tak semestinya perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menarik pelanggan kerana banyak pilihan pemasaran yang murah dan berkesan seperti Zero Kos Marketing.

Antara contoh Zero Kos Marketing seperti iklan di media sosial, penghantaran emel, menggunakan influencer serta testimoni atau review dari pelanggan.

Penting untuk sebuah organisasi untuk memperbaiki pain point yang ada untuk membantu menyelesaikan pain point pelanggan. 

Pain point boleh dielakkan jika anda letakkan langkah positif untuk menanganinya sebelum mencapai tahap krisis.

Jika masalah sendiri tak dapat nak selesaikan, bagaimana pula nak selesaikan masalah orang lain?

Mencari punca pain point pelanggan adalah proses yang berterusan. Perniagaan anda akan berkembang dan keperluan pelanggan juga akan berubah. 

Anda perlu tahu apa cabaran pelanggan, apa halangan mereka untuk atasi cabaran dan bagaimana produk atau servis anda dapat membantu dalam menyelesaikan masalah mereka. 

Dengan mengenal pasti cabaran mereka dapat membantu dalam memperbaharui produk atau perkhidmatan anda ke arah yang lebih baik. 

Cara lain untuk mengatasi pain points dalam perniagaan adalah dengan adanya MenThor yang dapat membimbing anda keluar daripada masalah perniagaan. 

Ini dapat membantu anda untuk membangunkan strategi yang anda perlukan untuk berjaya.

Artikel terbaru

Leave a Reply