3 Cara Untuk Usahawan Atasi Masalah Aliran Tunai Di Tahun 2023

3 Cara Untuk Usahawan Atasi Masalah Aliran Tunai Di Tahun 2023

Masalah aliran tunai adalah realiti yang biasa dihadapi oleh usahawan dan perniagaan kecil hingga sederhana (PKS).

Ini amat jelas dalam masa ketidaktentuan dan perubahan pesat. 

Contohnya, Perang Rusia-Ukraine, telah memberi kesan kepada PKS disebabkan peningkatan kos bahan api, sekatan kerajaan dan gangguan rantaian bekalan global.

Masalah ini juga datang daripada pelbagai punca, tetapi keputusan akhirnya sentiasa sama. 

Kekurangan kewangan yang tersedia untuk menampung kos operasi harian, seperti membayar pembekal dan memenuhi kewajipan gaji.

Kegagalan untuk memenuhi keperluan operasi asas ini memberi kesan kepada keupayaan perniagaan untuk mencapai atau mengekalkan keuntungan, yang sering membawa kepada kesan ke atas perniagaannya sendiri.

Tetapi penting untuk menyedari bahawa masalah aliran tunai tidak dapat dielakkan dan apabila ia berlaku, ia pastinya dapat diatasi.

Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa penyelesaian yang mungkin untuk pemilik PKS apabila menangani masalah aliran tunai (atau mengelakkannya sepenuhnya).

1. Permudahkan proses menyusun bil & invois anda

Menurut tinjauan YouGov, 55% daripada PKS Amerika Syarikat sedang menunggu wang yang dalam invois lewat dan 25% daripada mereka yang sedang menunggu dibayar lewat lebih daripada 20 hari secara purata.

Memudahkan serta memberi ganjaran kepada pelanggan agar mereka dapat membayar kepada anda dengan cepat adalah salah satu cara terbaik untuk meminimumkan masalah aliran tunai.

Tiada magis di sini kerana setiap perniagaan perlu mencari penyelesaian yang paling sesuai untuk mereka.

Salah satu kaedah yang paling berkesan ialah merombak sistem pembayaran anda untuk memudahkan pelanggan membuat pembayaran tepat pada masanya.

Ini mungkin bermakna anda perlu menambah pautan pembayaran satu klik pada invois atau membenarkan pilihan pembayaran alternatif contohnya debit langsung, pembayaran ansuran atau pembayaran berulang.

Kaedah lain yang berkesan melibatkan pengemaskinian syarat pembayaran anda untuk memasukkan insentif untuk pembayaran awal dan penalti untuk pembayaran lewat.

Sebagai contoh, anda mungkin menawarkan diskaun 2% untuk invois yang dibayar dalam masa 5 hari dan mengenakan faedah 2% untuk setiap bulan pembayaran invois lewat.

Pendekatan serampang dua mata ini membantu menggalakkan pelanggan agar mereka mengutamakan pembayaran tepat pada masanya yang menyokong aliran tunai yang sihat.

2. Buat ramalan aliran tunai

Ramalan aliran tunai adalah dokumen (biasanya dijalankan untuk tempoh 12 bulan) yang menganggarkan aliran masuk dan keluar bulanan.

Ia merupakan perkara penting untuk mana-mana PKS kerana ia membolehkan anda mengenal pasti masalah aliran tunai yang berpotensi sebelum isu utama timbul, mengenal pasti masa terbaik untuk pembelian atau pelaburan besar dan mengukur kesan perubahan dalam pendapatan atau pengeluaran.

Membuat ramalan aliran tunai agak mudah. Anda boleh bermula dengan alat perakaunan khusus yang mempunyai laporan dan ciri pramuat untuk pengurusan dan ramalan aliran tunai. 

Ini mengotomasikan proses dan menjadikannya lebih mudah bagi perniagaan untuk sentiasa mengetahui aliran tunai mereka.

Sebagai alternatif, anda boleh membuat ramalan secara manual dalam Excel atau Google Sheet semua yang anda perlukan ialah gambaran keseluruhan yang jelas tentang jangkaan dan pendapatan sebenar, perbelanjaan, aset dan liabiliti anda.

3. Membina rizab tunai

Dalam aspek kewangan peribadi, konsep tabung kecemasan adalah pengetahuan umum yang perlu dititikberatkan oleh semua.

Membina rizab tunai untuk perniagaan anda juga berfungsi dengan konsep yang sama. 

Dengan mengetepikan wang dalam akaun berasingan yang mempunyai faedah, PKS boleh memastikan mereka sentiasa mempunyai akses kepada dana yang diperlukan untuk menampung kos dan menghapuskan keperluan untuk menghentikan perniagaan.

Jumlah dana kecemasan anda bergantung pada faktor seperti sifat perniagaan dan di mana ia berada.

Sebagai garis panduan umum, adalah disyorkan untuk mengetepikan sekitar 2–6 bulan kos operasi penting.

Membina rizab tunai boleh menjadi sukar, tetapi ia berbaloi untuk bertahan. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk melindungi perniagaan anda daripada lingkup dan masalah serius lain yang berkaitan dengan pengurusan aliran tunai yang lemah.

Artikel terbaru

Leave a Reply