5 Langkah Permulaan Untuk Bergelar Usahawan Jutawan

5 Langkah Permulaan Untuk Bergelar Usahawan Jutawan

Usahawan ialah seseorang yang menghasilkan idea, produk atau perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah dunia. 

Walaupun setiap usahawan melalui laluan dan liku-liku perjalanan yang berbeza, namun anda perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi kegagalan dan kritikan serta berusaha untuk memperbaiki diri agar tidak ketinggalan di belakang.

Tiada resipi rahsia untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, berikut adalah 5 petua yang dapat membantu anda melangkah jauh dalam dunia keusahawanan yang diceburi.

1. Membangunkan rancangan perniagaan

Pelan perniagaan merealisasikan idea anda di atas kertas dan membantu anda membayangkan bagaimana perniagaan akan dikendalikan. 

Secara ringkasnya, rancangan perniagaan anda sekurang-kurangnya harus menjawab soalan berikut tentang perniagaan yang diusahakan:

• Apakah produk atau perkhidmatan anda? Apakah keutamaan anda?

• Di manakah anda akan mengendalikan perniagaan ini? Di mana anda mahu berada dalam tempoh lima tahun?

• Bilakah perniagaan anda akan beroperasi?

• Mengapa orang perlu membeli produk/perkhidmatan anda?

• Siapakah segmen sasaran anda? Siapa pesaing anda?

• Bagaimanakah operasi harian akan dijalankan? Bagaimanakah anda akan menghadapi kecemasan yang tidak dijangka?

Ini hanyalah contoh kecil soalan untuk memulakan proses sumbang saran anda. Lebih banyak soalan yang anda boleh jawab, maka lebih jelaslah matlamat anda dalam bisnes yang diusahakan ini.

2. Berjimat cermat

Fikir dua kali sebelum membeli apa-apa atau menandatangani pajakan. Untuk menentukan sama ada perbelanjaan adalah pelaburan yang perlu dan menguntungkan, rujuk pelan perniagaan anda dan tanya diri anda bagaimana pembelian anda akan menyumbang kepada kejayaan perniagaan serta semak sebarang kos tambahan yang mungkin anda tanggung, seperti susut nilai dan kos penyelenggaraan. 

3. Mendidik diri secara berterusan

Jadilah pelajar yang dahagakan ilmu. Anda boleh menghadiri seminar atau kelas secara langsung dalam talian. 

Selain itu, anda juga boleh membaca buku oleh usahawan berjaya yang anda kagumi. 

Walaupun mereka tidak berada dalam bidang yang sama dengan anda, anda boleh belajar banyak daripada kejayaan dan kegagalan mereka. Memerhatikan cara mereka menyelesaikan masalah boleh memberi anda petua untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

4. Bina pasukan yang hebat

Di sebalik setiap perniagaan yang berjaya adalah pasukan yang boleh dipercayai dan cekap. 

Memandangkan jualan adalah nadi bagi setiap perniagaan, maka disyorkan agar anda mengambil pekerja yang boleh memudahkan syarikat anda menjana keuntungan sama ada dengan meningkatkan jualan atau menjadikan proses jualan lebih cekap.

Rekrut mereka yang boleh mengambil alih pelbagai perkara untuk kecekapan yang lebih tinggi, mencapai matlamat dan yang paling penting mereka juga berkongsi visi yang sama seperti anda. 

Setiap rakan sepasukan mungkin membawa set kemahiran yang berbeza, tetapi seluruh pasukan haruslah sentiasa mempunyai pemikiran yang sama tentang visi dan nilai syarikat.

5. Cari keseimbangan minda, badan dan jiwa

Pastikan anda makan secara sihat dan cari masa untuk mengalihkan fikiran anda. Kesihatan mental dan fizikal adalah sama pentingnya dengan keuntungan syarikat yang anda peroleh.

Walaupun pejabat anda berada di rumah, cari cara untuk berehat seketika dan cas semula tenaga dengan berjalan-jalan atau bersenam bagi melepaskan endorfin (bahan kimia semulajadi dalam badan) kerana tekanan yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan yang dimiliki. 

Anda kena ingat bahawa perniagaan akan berkembang maju hanya jika anda melakukannya.

Artikel terbaru

Leave a Reply