5 Destinasi Beli-Belah Pilihan Sempena Hari Raya

5 Destinasi Beli-Belah Pilihan Sempena Hari Raya

Pusat membeli belah semakin sesak dibanjiri orang ramai untuk persiapan menjelang sambutan Aidilfitri, tak kira di ibu negara atau negeri lain.

Orang ramai mengambil peluang memanfaatkan cuti hujung minggu mereka membeli barangan keperluan bagi menambahkan lagi suasana meriah menjelang perayaan bakal tiba.

Di mana lokasi pilihan anda untuk membeli belah? Kami senaraikan lima destinasi yang menarik untuk kita membeli keperluan sempena Hari Raya ini.

1.       The Curve

Negeri Selangor pastinya terkenal sebagai syurga membeli-belah buat semua rakyat pada  musim perayaan ini kerana ia memiliki beberapa pusat beli-belah utama yang terkenal dan berada di lokasi strategik.

Selangor berbangga kerana memiliki pusat beli-belah The Curve yang terletak hanya 20 minit dari Kuala Lumpur dan menjadi pusat beli-belah terbaik dengan pilihan jenama tempatan, trend moden dan nostalgik.

Selain itu, Kompleks PKNS Shah Alam merupakan kawasan tumpuan masyarakat sekitar dengan ribuan pengunjung dari kawasan berhampiran dan luar Shah Alam.

Turut menjadi pilihan adalah Mitsui Outlet Park, salah satu tempat membeli-belah barangan berjenama yang ditawarkan oleh lebih 140 kedai dengan harga mampu milik dan eksklusif.

2.       Bangi Sentral

Biarpun sinonim dengan gelaran bandar ilmu, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Bandar baru Bangi kini terserlah dengan sudut pandang berbeza – bandar fesyen.

Bandar kedua terbesar di Selangor ini kini bagaikan berubah landskapnya apabila ribuan penggemar fesyen terkini mulai membanjiri bandar itu.

Butik popular seperti Bulan Bintang, Al-Humaira, Ariani, SofeaRose, Leeyana Rahman, Imaan Boutique dan Siti Khadijah semuanya ada di sana. Golongan muslimah pasti menyukainya.

3.       Jalan Tunku Abdul Rahman

Beberapa jalan utama menuju pusat belah-belah di sekitar bandar raya ini juga mengalami kesesakan khususnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Raja Laut, Jalan Bunus, dan Jalan Dang Wangi.

Jalan Tunku Abdul Rahman atau turut dikenali dengan Jalan TAR antara destinasi popular di negara kita.

Orang ramai mengambil peluang membeli pakaian dan kelengkapan harian pada harga berpatutan yang ditawarkan puluhan gerai dan premis perniagaan di situ, selain beberapa peniaga menjual makanan dan minuman.

4.       Dataran Pahlawan

Dari Kuala Lumpur dan Selangor kita ke Melaka. Melaka ini ada keunikannya berbanding tempat lain.

Secara peribadi, jika saya ke bandar bersejarah ini ada sesuatu yang saya cari iaitu kebaya nyonya.

Yang ini tempat lain tak boleh lawan. Memang rambang mata bila nak pilih kebaya nyonya di Melaka.

5.       Dataran Senawang

Dari Melaka kita ke Dataran Senawang, Negeri Sembilan. Dari tenang semakin hampir hari raya semakin sesak.

Orang ramai tidak perlu lagi turun ke Jalan TAR di Kuala Lumpur untuk membuat persiapan raya kerana Bazar Malam Aidilfitri di sini sudah memadai memenuhi keperluan umat Islam malah suasana sama meriah seperti di ibu kota.

Dari biskut, kerepek, kuih-muih hingga ke baju tradisional, sama ada untuk lelaki mahupun perempuan, itu antara keperluan yang mendapat permintaan tinggi setiap kali adanya bazar perayaan itu.

Alhamdulillah, rezeki dikurniakan Illahi. Dah dapat untung berganda sewaktu bulan Ramadan, jangan kita lupa pada insan yang memerlukan.

Waktu ini, jika kita bersedekah untungnya akan berlipat kali ganda.

Jangan lupa juga kepada ibu bapa dan insan yang mendoakan kita tanpa henti.

Penting juga, bangsa usahawan perlu memastikan ilmu sentiasa up to date supaya momentum musim perayaan ini dapat ditingkatkan pada bulan seterusnya.

Artikel terbaru

Leave a Reply