3 Tip Jualan Musim Perayaan

3 tip jualan musim perayaan

Rasanya ramai bercuti panjang bersempena Tahun Baru Cina.

Boleh dilihat jalan raya di Kuala Lumpur lengang dengan ramai ambil peluang balik kampung dan bercuti bersama keluarga.

Ketika saya pulang ke Johor pada hari Sabtu yang lalu, saya mengalami kesesakan trafik yang agak teruk di beberapa lokasi seperti Nilai, Senawang, Rembau, Pedas, Linggi dan Alor Gajah.

Sebelum ke destinasi pilihan, mungkin ada yang membeli-belah terlebih dahulu kerana tawaran dan promosi yang dilakukan oleh peniaga.

Bagi pengusaha kecil, ini antara tip jualan musim perayaan:

1.       Persediaan awal

Sebelum masuk tahun baru, tarikh cuti umum dan tarikh-tarikh lain perlu dipastikan. Ini amat penting untuk kita merancang kempen-kempen yang akan dijalankan.

Lihat sahaja kempen seperti jualan pada tarikh tertentu seperti 12.12. Begitu juga dengan kempen untuk perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Krismas.

2.       Tawaran baharu

Ambil peluang ini untuk memperkenalkan produk baharu!

 Bukan sahaja akan dapat memanfaatkan untuk kempen, malah anda mempunyai peluang mencuba topik perbualan baru bersama pelanggan.

Melalui kacamata pelanggan pula, keseronokkan melihat item baharu pada jualan musim perayaan menjadikan mereka merasa lebih istimewa.

3.       Sentiasa mesra pelanggan

Tak kira online atau secara fizikal. Jangan kerana pelanggan naik mendadak anda mengabaikan kualiti dan kemesraan bersama pelanggan.

Jangan terlalu lewat membalas whatsapp atau bermasam muka jika penat melayan pelanggan di kedai.

Sikap dingin anda itu, boleh membuatkan pelanggan berubah hati dan membuat pilihan lain.

Jangan kehilangan pelanggan, lebih-lebih lagi pelanggan setia.

Artikel terbaru

Leave a Reply