5 Cara Didik Anak Melabur Wang Dengan Bijak

5 Cara Didik Anak Melabur Wang Dengan Bijak

Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Amalan berjimat-cermat dan menabung seharusnya dipupuk pada seseorang individu sejak dari kecil lagi.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak tentang kepentingan menabung untuk kegunaan di masa hadapan.

Ramai ibu bapa dibesarkan dalam budaya yang membincangkan wang dianggap sebagai tidak wajar atau tabu.

Namun, mentaliti ini lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan. Kanak-kanak yang tidak mendapat pendedahan tentang kewangan mungkin akan membuat tindakan melulu atau lebih teruk lagi tidak tahu melaburkannya di jalan yang betul.

Ini akan mengakibatkan masalah kewangan peribadi, tekanan dan banyak isu kewangan dalam jangka masa panjang.

Bagi memastikan anak-anak anda mempunyai ilmu tentang wang, adalah penting untuk mula mengajar mereka tentang wang dari usia muda. Berikut merupakan beberapa cara yang anda boleh praktikkan buat mereka:-

1. Buka akaun cek untuk mereka pada usia awal

Ini adalah cara terbaik untuk mengajar anak-anak anda asas mengurus wang. Mereka boleh belajar cara mendeposit serta mengeluarkan wang, mengimbangi akaun mereka dan menggunakan kad debit mereka dengan penuh tanggungjawab.

Anda disyorkan  membuka akaun cek buat mereka apabila usia mereka mencapai umur 8 tahun.

2. Hentikan pemberian elaun

Jangan hanya memberi elaun kerana anak-anak anda berjaya melalui satu minggu lagi kehidupan. Apa yang mereka belajar daripadanya?

Sebaliknya, biarkan anak-anak anda berusaha mendapatkan wang dengan melakukan kerja “tambahan” di sekitar rumah. Ini boleh mengajar mereka nilai kerja keras dan hubungan antara kerja dan wang.

3. Bayar anak anda untuk membaca buku mengenai kewangan peribadi atau penetapan matlamat

Pengaruhi minat anak anda untuk membaca buku tentang kewangan peribadi atau penetapan matlamat untuk membantu mereka celik tentang dunia kewangan.

Selepas mereka membaca buku itu, minta mereka menulis satu halaman ringkasan atau membuat video peribadi tentang perkara yang mereka pelajari daripada buku itu dan berikan ganjaran kepada mereka kerana berbuat demikian.

 Ini akan membantu mereka mengembangkan kemahiran membaca dan menulis sambil belajar tentang pengurusan wang.

4. Ajar mereka cara menyimpan, menderma dan berbelanja

Galakkan anak-anak anda menyimpan dan menderma daripada wang yang diperoleh. Anda boleh melatih anak-anak untuk menyimpan atau melabur sekurang-kurangnya 30% daripada pendapatan mereka, menderma 20% dan menggunakan baki 50% untuk perbelanjaan mereka sendiri seperti pakaian, menonton wayang atau membeli-belah.

Cara ini akan memupuk tabiat kewangan yang baik untuk masa depan mereka.

5. Libatkan mereka dalam proses perancangan pembelian besar

Melibatkan anak anda dalam proses perancangan pembelian besar seperti membeli rumah, kereta atau percutian keluarga boleh membuatkan anak anda merasa lebih diperlukan dalam kesejahteraan kewangan keluarga anda dan memberi mereka rasa tanggungjawab.

Sebagai contoh, semasa merancang percutian keluarga, anda boleh melibatkan anak-anak anda dalam perancangan aliran tunai dan membincangkan jumlah wang yang akan diperuntukkan untuk pengangkutan, penginapan, makanan dan aktiviti.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply