5 Cabaran Usahawan Berniaga Saat Ini

5 Cabaran Usahawan Berniaga Saat Ini

JUMAAT lalu, saya ada membuat tinjauan ringkas di akaun Telegram Azizan Osman (Official) mengenai cabaran utama yang dihadapi bangsa usahawan masa kini.

Dapatan daripada sekitar 241 usahawan, cabaran utama dihadapi mereka dengan jumlah 29 peratus (67 undian) ialah kos operasi meningkat berikutan kenaikan harga barang, gaji pekerja dan lain-lain.

Kedua, 22 peratus (51 undian) mengenai soal penguasaan platform digital seperti media sosial, meskipun ramai sudah tahu akan kepentingannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada Mac 2020.

Ketiga, dengan 17 peratus (41 undian) bila mana usahawan itu sendiri tidak tahu strategi dan ilmu untuk berdepan dengan situasi ketika ini dengan berbagai isu atau masalah.

Keempat, soal pelanggan lebih berhati-hati untuk berbelanja apabila kuasa membeli semakin mengecil yang mencatatkan 14 peratus (33 undian).

Cabaran kelima pula merekodkan enam peratus (13 undian), ialah tiada sistem atau prosedur operasi standard (SOP) dalam syarikat bagi melancarkan dan memudahkan operasi, di samping mengadaptasi dengan perubahan semasa.

Cabaran kelima pula merekodkan enam peratus (13 undian), ialah tiada sistem atau prosedur operasi standard (SOP) dalam syarikat bagi melancarkan dan memudahkan operasi, di samping mengadaptasi dengan perubahan semasa.

Cuba ambil masa sekejap, lihat balik dan senaraikan cabaran-cabaran dihadapi anda ketika ini. Adakah sama seperti yang disenaraikan ini?

Bila disenaraikan, lebih jelas untuk anda merancang pelan tindakan yang perlu dilakukan.

Sebagai usahawan, kita tidak boleh lari daripada cabaran dalam mana-mana pun tahap perniagaan.

Kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau anda takut berdepan cabaran, jangan pula nak berniaga!

Sebab itulah, kena bersedia dengan transformasi perniagaan dari semasa ke semasa. Perubahan sentiasa perlu dilakukan bagi mampu adaptasi dengan keadaan sekeliling.

Ambil tahu dan sedar dengan pola terbaharu pasaran dan belajar cara untuk menguruskan bisnes agar kekal bertahan.

Saya boleh katakan jika anda boleh bertahan ia sudah baik, apatah lagi jika mampu berkembang berbanding perniagaan yang jatuh hingga ada yang terpaksa gulung tikar.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply