4 Tip Elak ‘Tergoda’ Berbelanja Lebih Di Bazar Ramadan

Pejabat RichWorks di Seksyen 13, dekat sahaja dengan lokasi Bazar Ramadan (Stadium Shah Alam).

Bazar Ramadan yang besar, pelbagai juadah dan pilihan memang boleh buat kita jadi rambang mata.

Kadang-kadang kita dah fikir nak beli juadah apa untuk berbuka puasa, tapi bila sampai di Bazar Ramadan lain pula jadinya.

Tahu-tahu tangan dan penuh dengan plastik makanan. Jika semua makanan dimakan tanpa pembaziran, alhamdulillah. Tapi, jika akhirnya ada yang ke tong sampah, itu amat mengecewakan.

Jangan begitu, membazirkan amalan syaitan. Bagaimana nak elak berbelanja lebih di Bazar Ramadan? Ikuti tip yang dikongsi oleh MKN Kedah. 

1. Senaraikan perbelanjaan

Sebelum pergi ke bazar, senaraikan dahulu juadah apa yang anda nak beli. Kebiasaannya, senarai memang ada dalam kepala, tetapi apabila sampai ke bazar, jadi bertambah-tambah pula!

Pastikan anda tahu apa yang anda nak beli dan jumlah juadah tersebut.

Kemudian, anda perlu ‘patuh’ kepada senarai itu dan jangan tambah yang lain, barulah boleh berjimat. Jika teringin dengan menu yang lain, anda boleh senaraikan untuk membelinya pada hari esok pula.

2. Bawa duit ikut keperluan

Apabila sudah ada senarai, pastikan anda bawa duit ikut keperluan. Jadi, tiada istilah terlebih berbelanja.

Contohnya, anda nak berbuka nasi kerabu, kuih dengan satu air bungkus. Mungkin harganya sekitar RM15, maka anda boleh bawa duit mengikut jumlah yang dianggarkan.

3. Jangan pergi dengan kawan

Ada kalanya pengaruh rakan-rakan juga boleh menjadi sebab kita terlebih berbelanja.

Contohnya, kita sudah selesai membeli makanan mengikut senarai. Tetapi tiba-tiba, terlihat pula kawan membeli makanan yang nampak sedap!

Secara tidak langsung, ini akan menimbulkan rasa teringin untuk merasai juadah itu dan membuatkan kita mahu berbelanja lebih. Jadi, lebih baik pergi seorang diri sahaja.

4. Jangan lama-lama di bazar

Kebiasaannya, berapa lama anda luangkan masa di bazar Ramadan? Sebaiknya, apabila selesai sahaja membeli makanan yang ada dalam senarai, anda perlu terus pulang.

Jangan pusing lama-lama, kerana bimbang jika ada juadah lain pula yang menarik perhatian anda.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “4 Tip Elak ‘Tergoda’ Berbelanja Lebih Di Bazar Ramadan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Leave a Reply