4 Sikap Datuk Wira Lee Chong Wei Wajib Diserap Bangsa Usahawan

4 Sikap Datuk Lee Chong Wei Wajib Diserap Bangsa Usahawan

Sikap komited jaguh badminton negara Datuk Wira Lee Chong Wei perlu dijadikan contoh buat pelapis muda untuk mencapai tahap sebagai pemain nombor satu negara.

Tegas Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, tiada jalan pintas buat atlet negara untuk meraih gelaran itu seperti mana Chong Wei, dengan keringat dan kerja keras beliau selama ini.

Pelbagai kejayaan dan pengalaman yang telah dilalui Chong Wei sebelum ini. Walaupun pelbagai sejarah kejayaan telah dilakar, begitu juga dengan pahit getir yang pernah dilalui Chong Wei sebelum ini.

Dalam setiap kejayaan itu, ada proses dan pengalaman yang telah dilalui Chong Wei. Kalau kita lihat beliau berjaya hari ini, sebelum dan sejarahnya, beliau ternyata banyak melalui pengalaman yang agak sukar.

Begitu juga dengan sikap dan komitmen Chong Wei dalam menjaga tahap kesihatan beliau supaya sentiasa bersedia untuk setiap perlawanan.

Jadi apakah kaitan yang boleh kita pelajari daripada semangat sukan Dato’ Lee Chong Wei untuk kita contohi bagi mengemudi perniagaan?

1.   Berdisiplin

Chong Wei membuktikan, tiada jalan singkat untuk capai kejayaan sehingga menjadi pemain nombor satu dunia.

Setiap kali latihan, pasti Chong Wei tiba lebih awal dan tinggalkan gelanggang paling lambat.

2.   Tidak mudah putus asa

Dari beberapa siri kecederaan yang serius sehingga memaksa beliau berehat dari beberapa kejohanan besar Chong Wei tidak pernah berputus asa.

Pernah diuji dengan kegagalan ujian dadah Dexamethasone, ternyata semangat beliau bukan mudah untuk dipatahkan.

Setelah dibuktikan tidak bersalah, beliau bangkit membuktikan bahawa diri beliau adalah ikon sebenar sukan dan idola seluruh Malaysia.

3.   Semangat juang

Walau gagal memenangi pingat emas di temasya Olimpik Rio, namun bagi rakyat Malaysia, beliau sebenarnya berjaya menghadiahkan kemenangan tidak ternilai kepada hati kita semua.

Bukan kemenangan pingat yang lebih penting tetapi semangat juang yang ditunjukkan oleh Chong Wei melalui sukan badminton berjaya menyatukan hati dan melahirkan perasaan bangga kita sebagai rakyat Malaysia.

Sikap Chong Wei yang begitu merendah diri dengan meminta maaf terhadap semua rakyat Malaysia kerana tidak berjaya membawa pulang pingat emas yang diidam-idamkan patut dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat.

4.   Dermawan

Sikap dermawan Chong Wei, yang tidak mengira agama dan bangsa, patut dijadikan teladan.

Tular dalam laman sosial apabila laman Facebook, Masjid Al-Hidayah, Kampung Sungai Penchala, memuat naik berita penerimaan sumbangan daripada pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu.

Status berkenaan turut mendapat perhatian dan dikongsikan oleh laman Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Chong Wei adalah seorang idola dalam sukan badminton, tapi pelajari semangat dan kesungguhannya sebagai inspirasi dan motivasi dalam mencipta kejayaan diri kita dalam kerjaya dan hidup.

Tak lupa juga, sikap dermawan yang wajar kita contohi. More you give, more you get back!

Artikel terbaru

1 Comment

  • 1. Sentiasa ada Sifat juang dalam diri
    Tak pernah ada rasa perasan putus
    ase.
    2.Nak sesuatu kejayaan. Akan terus berjuang ke arah matlamat itu walau apapun skali halangan
    3.Dislpin paling utama musuh dlm perjalanan dlm bsns. Org berjaya masa panhcual.,Speed ini yg selalu buat bsns itu gagal.

Leave a Reply