4 Peraturan Mudah Untuk Membuat Keputusan Yang Besar

4 Peraturan Mudah Untuk Membuat Keputusan Yang Besar

Pentingkah untuk membuat keputusan

Setiap hari pasti kita tak dapat lari dalam membuat keputusan. Nak makan apa, nak pakai baju apa, nak kerja apa, nak beli apa dan macam-macam lagi keputusan yang perlu dibuat setiap masa. 

Tak kira besar atau kecil keputusan itu, ia sangat penting kerana akan mempengaruhi perjalanan hidup kita di masa akan datang.

Jika keputusan untuk perkara yang kecil pun dah penting, apatah lagi nak buat keputusan untuk perkara yang besar. 

Jangan sesekali memilih untuk tak nak buat keputusan kerana itu adalah pilihan yang paling salah. 

Tak salah jika anda membuat keputusan yang salah hari ini. Setiap orang tak sempurna dan pasti akan melakukan kesalahan. 

Anda akan dapat mempelajari sesuatu yang baru dan  berharga yang akan membantu anda bergerak ke arah perkara yang betul. 

Apa yang penting, anda nak buat tindakan untuk membetulkan kesilapan yang anda telah pilih.

Walau bagaimanapun, setiap keputusan betul yang anda lakukan akan mempercepatkan tindakan anda untuk mencapai matlamat akhir. 

Ikuti 4 peraturan mudah ini untuk membuat keputusan yang besar dalam hidup anda.

Tuliskan di atas kertas

Tuliskan semua keputusan penting atau sukar di atas kertas. Setiap keputusan perlu disertakan dengan apa akibatnya jika anda lakukan. 

Dengan menulis, anda akan mempunyai senarai fizikal yang akan membantu anda melihat apa halangan atau peluang ekoran keputusan anda dengan jelas. 

Ini akan lebih memudahkan anda untuk menumpukan perhatian pada tugasan yang sedang dijalankan. 

Jika anda cuba membuat keputusan yang sukar dengan menggunakan imaginasi  sendiri, anda akan banyak membuang masa dan tenaga.

Perhatikan bahasa yang anda gunakan sewaktu menulis keputusan. Setiap patah perkataan yang anda pilih akan mendedahkan sikap anda terhadap perkara itu. 

Jika anda menggunakan bahasa yang positif untuk menerangkan keputusan itu, kemungkinan besar anda teruja dengan keputusan anda. 

Sebaliknya, jika anda menggunakan bahasa yang negatif, ini menunjukkan anda tidak yakin atau tidak suka dengan keputusan tersebut.

Cuba duduk dengan tenang dan tanya diri anda, adakah keputusan itu perlu untuk anda capai matlamat yang lain? 

Jika ya, in syaa Allah anda telah memilih keputusan yang betul dan tiada apa yang akan menghalang anda untuk mencapai matlamat tersebut. 

Jelas tentang perasaan anda

Sebaik sahaja anda telah memutuskan bahawa keputusan itu adalah yang terbaik untuk anda, fikirkan pula kenapa anda perlu buat keputusan itu? Jelaskan apa dan kenapa anda mahukannya. 

Anda perlu benar-benar memahami tujuan anda dan dapat menggambarkannya seolah-olah ia telah berlaku. 

Mengapa anda memilih jalan ini? Adakah keputusan ini akan memberi manfaat kepada anda?

Lebih jelas anda boleh mentakrifkan alasan anda sendiri, lebih besar kemungkinan anda berasa puas hati bahawa anda telah membuat keputusan yang betul.

Kadang kala anda mungkin sudah tahu bahawa keputusan yang anda pilih bukanlah keputusan yang tepat, tetapi anda memilihnya kerana mahukan jalan yang lebih mudah. 

Ingatkan semula diri anda tentang alasan kenapa anda memilih keputusan tersebut sehingga anda yakin anda boleh melakukannya.

Lepaskan perasaan takut

Salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam membuat keputusan adalah ‘takut tidak berjaya’. Jangan biarkan ketakutan merosakkan hidup anda. 

Ketakutan boleh menjadi alasan untuk kekal dalam situasi yang selesa kerana ia membuatkan anda selesa untuk tidak membuat tindakan. 

Beri peluang pada diri sendiri untuk menjalani proses yang konsisten dalam membuat keputusan. 

Melepaskan ketakutan akan memberi anda beberapa kepastian yang anda perlukan untuk membuang segala keraguan dalam membuat keputusan.

Proses ini akan membantu anda memberi tumpuan kepada cara membuat keputusan yang besar. Ubah ketakutan anda menjadi kekuatan dan bukannya halangan. 

Kenali nilai diri anda

Membuat keputusan kadang kala melibatkan banyak perkara lain yang berkaitan. Susun strategi dengan baik bagaimana untuk membuat keputusan dan melaksanakannya. 

Dari semua perkara yang anda mahukan, apakah yang paling penting untuk anda? Apa yang kedua penting, ketiga dan seterusnya? 

Sebagai contoh, antara membina hubungan yang sihat dan mencipta kerjaya, yang mana satu fokus utama anda? 

Adakah anda lebih suka untuk capai matlamat anda atau membina lebih kepercayaan di tempat kerja? 

Anda mungkin tidak akan dapat semua perkara yang anda usahakan, tetapi kemungkinan besar anda akan menjadi lebih baik dalam satu-satu perkara akan datang ekoran keputusan yang anda pilih sekarang. 

Jika anda jelas tentang apa keutamaan yang anda inginkan, lebih mudah bagi anda untuk membentuk hasil yang terbaik untuk hidup anda.

Membuat keputusan sebenarnya mudah jika anda tahu apa yang anda inginkan dan apa yang penting untuk anda. Tapi ramai yang takut nak buat keputusan kerasa tak percayakan diri sendiri. 

Jika anda dapat menguasai empat peraturan ini, bermaksud anda sudah bersedia untuk menangani keputusan yang besar dan sukar dalam hidup.

Artikel terbaru

6 Comments

  • Ade Rosmawati

    Ya saya mau ikut belajar, kesempatan ini diberikan kepada saya,,selama 2 thn sy sakit stroke ringan,,jadi saya hanya menyimak kiriman email, syukur Alhamdulillah sy saat ini ,pulih,, insyaallahdengan niat tekat, saya harus yakin dan komitmen.sy singgle moom’s sdh 9thn.sy mempunyai anak 3.yg sy harus sy perjuangkan.
    Btw saya belum pernah pergi ke LN
    Atau Malaysia,, sebelumnya sy ucapkan terima kasih.pada Datuk Wira dan jajarannya.yg tak bosan2.mengirimi saya email.

    Hormat saya,
    salam sukses
    Buat kita semua.
    Aamiin yra 🤲🙏

    • Team RichWorks

      Alhamdulillah! Terima kasih atas perkongsian puan. Kami turut bersimpati dengan situasi yang dihadapi. Semoga dipermudahkan urusan puan dan keluarga. Aamiin.

  • Ade Rosmawati

    Salam sukses buat Datuk Wira dan teamnya,,Iwill to thank you very much
    Best regard.

  • norita

    Terima kasih atas tips yang dikongsi lebih jelas

Leave a Reply