5 Cara Untuk Buat Keputusan Yang Tepat!

5 Cara Untuk Buat Keputusan Yang Tepat!

Membuat keputusan terutamanya untuk perkara besar bukanlah suatu hal yang mudah. Lebih-lebih lagi jika keputusan yang anda buat akan memberi kesan kepada ramai orang.

Jadi, bagaimanakah anda dapat membuat keputusan yang tepat bagi meminimumkan risiko negatif yang mungkin timbul? Jom ikuti petua berikut.

Untuk merasa yakin dengan keputusan anda, berikut adalah beberapa petua yang perlu anda ikuti:

1. Buat keputusan apabila anda fokus dan tidak tergesa-gesa

Jangan sekali-kali memutuskan sesuatu ketika anda berada dalam keadaan keliru dengan fikiran yang serabut. Seteruk mana pun keadaan anda, cuba ambil masa untuk fokus sebentar.

Dr. Jeremy Nicholson, ahli psikologi sosial dan personaliti serta pembantu pengajar di Jabatan Ekonomi Tingkah Laku, Sekolah Psikologi Profesional Chicago, menyatakan bahawa masa terbaik untuk membuat keputusan yang besar dan penting ialah apabila anda sedang relaks, fokus dan bertenaga.

Ini kerana pemikiran yang kompleks memerlukan perhatian, motivasi dan juga kawalan diri yang baik. Bila minda anda sedang serabut, fikiran susah nak fokus kerana tubuh fizikal sudah letih.

Oleh itu, sebaik-baiknya anda membuat keputusan pada waktu pagi apabila anda baru hendak memulakan aktiviti.

Dengan cara itu, anda boleh memikirkan sisi baik dan buruk keputusan yang akan dibuat secara fokus tanpa fikiran yang berbelah bahagi. Jangan sekali-kali membuat keputusan terburu-buru kerana waktu itu anda tidak akan dapat berfikir dengan jelas.

2. Kumpulkan sebanyak mungkin fakta

Anda tidak boleh membuat keputusan hanya kerana anda bergantung pada maklumat dari satu pihak sahaja. Walaupun anda mempunyai banyak masa dan berada dalam keadaan fokus, jika maklumat yang anda ada sebagai asas sebelum membuat keputusan hanya sedikit, ia tidak berguna.

Lebih-lebih lagi jika ternyata maklumat yang anda ada hanyalah pendapat individu tanpa disokong oleh fakta yang lebih kukuh. Untuk itu, sebelum anda memutuskan sesuatu, eloklah anda kumpulkan semua fakta dan maklumat terlebih dahulu berkaitan keputusan yang anda buat.

Bergantung pada ketepatan maklumat yang boleh disahkan akan membantu anda mengurangkan ketidakpastian dalam sesuatu pilihan. Dengan cara itu, anda boleh membuat yang terbaik daripada pilihan yang terbaik.

3.  Tetap terbuka untuk semua kemungkinan yang ada

Apabila data mula dikumpul, anda boleh mula menyenaraikannya mengikut masalah yang dihadapi. Dalam proses ini, pelbagai fakta dari yang dijangkakan hingga yang paling tidak disangka akan muncul di depan mata anda.

Apabila berhadapan dengan perkara ini, anda sentiasa ingat dan fikirkan kesan apa yang akan berlaku seterusnya.

Jangan menutup mata kepada fakta yang anda temui. Sebaliknya, anda perlu terbuka kepada semua kemungkinan, walaupun terhadap perkara yang tidak disukai.

Ini kerana manusia selalunya segera menyimpulkan hujah mereka mengikut apa yang mereka mahu, bukannya daripada fakta yang mereka dapati.

Dengan kekal terbuka kepada semua kemungkinan, anda akan mengelakkan keputusan yang hanya akan memberi kesan “keseronokan” sementara tetapi ternyata memberikan impak buruk dalam jangka masa panjang.

4. Senaraikan impak positif dan negatif yang akan diterima

Sesuatu keputusan pasti akan memberi kesan, baik positif mahupun negatif. Jika anda keliru yang mana satu untuk dipilih antara beberapa pilihan yang anda rasa bagus, anda boleh cuba cara ini.

Tulis senarai positif dan negatif yang anda akan terima dalam setiap pilihan keputusan yang akan dibuat pada sehelai kertas.

Sekarang cuba bandingkan, kira-kira yang manakah membawa keuntungan paling banyak tetapi risiko paling sedikit di antara pilihan keputusan. Jika anda telah menemuinya, maka anda boleh ketepikan pilihan lain, terutamanya yang mempunyai keuntungan minimum tetapi berisiko tinggi.

5. Cuba letakkan diri anda di posisi orang lain

Apabila keputusan yang bakal anda buat semakin menjurus kepada satu perkara, maka apa yang perlu dilakukan ialah menilai semula. Semak semula sama ada keputusan ini telah menjawab masalah yang sedang anda hadapi.

Penyelidikan dalam jurnal Psychological Science mendapati bahawa apabila anda boleh meletakkan diri anda dalam kedudukan orang lain, kecenderungan individu untuk membuat pilihan yang salah akan berkurangan.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply