4 Panduan Tagline Yang Baik

Tagline merupakan satu frasa kata-kata atau slogan yang selalu dikaitkan dengan jenama atau sesuatu produk atau perniagaan. Ianya bertujuan untuk memudahkan pelanggan untuk ingat tentang produk anda.

Selalunya, tagline yang digunakan perlulah menarik atau ‘catchy’, dan tidak terlalu panjang. Ramai pelanggan dapat menghubung kaitkan tag line yang menarik dengan jenama sesuatu produk. Ada slogan atau tagline yang terang-terang menyebut jenama, ada yang tidak.

Kita buat sedikit ujian, apakah nama produk yang menggunakan tagline ini:

– Just Do It
– Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja
– Hebat-Hebat Rasa Maggi Cukup Rasa
– Das Auto
– Sedap Hingga Menjilat Jari

Kami nak kongsikan beberapa panduan tagline yang baik dengan anda semua, supaya dapat bantu anda menghasilkan tag line untuk perniagaan anda.

1) Permudahkan
Anda tak perlukan ayat yang panjang untuk membina tag line. Lagi mudah dan lagi menarik, lagi mudah untuk diingati.

2) Tawarkan sesuatu
Tag line juga boleh menyatakan apa yang mampu ditawarkan oleh produk anda. Contoh, roti yang enak dimakan begitu saja, tanpa perlu disapu apa-apa di atasnya.

3) Penggunaan kata berulang (rhyme)
Ada juga perniagaan yang menggunakan kata-kata atau bunyi akhir perkataan yang berulang untuk memudahkan ianya diingati. Ada juga menggunakan pengulangan nama produk contoh seperti produk Qu Puteh.

4) Penggunaan emosi
Untuk menjadikan tag line anda lebih menarik, anda boleh menggunakan perkataan yang menyentuh emosi. Contoh, “Seperti Kasih Ibu”

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “4 Panduan Tagline Yang Baik” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Leave a Reply