3 Wanita Inspirasi Lahir Usahawan Jutawan

3 Wanita Inspirasi Lahir Usahawan Jutawan

Ramai golongan wanita membuktikan kejayaan mereka seterusnya memperbaiki taraf dan kehidupan keluarga masing-masing dengan menjalankan perniagaan atau bergelar bangsa usahawan.

Terdapat ramai usahawan wanita yang disegani kini didapati menjadi sumber inspirasi bagi golongan wanita lain.

Mereka ini berjaya menjadi perangsang kepada wanita lain untuk menjana pendapatan, selain membentuk jati diri wanita yang mantap serta menjamin kehidupan wanita dengan adanya wang saku sendiri.

Jom kita berkenalan dengan usahawan wanita ini.

1. Rozita Ibrahim

Pengasas produk Sendayu Tinggi

Sebelum bergelar jutawan, anaknya pernah diberi minum sirap bagi menggantikan susu seawal usia 3 bulan dan membeli baju lelong berharga RM0.50 setiap satu sebagai baju raya anak-anaknya.

Ia tidak berhenti setakat itu sahaja apabila salah seorang anaknya meninggal dunia kerana tiada wang untuk mendapatkan rawatan terbaik bagi menyembuhkan keadaaan anaknya.

Beliau juga pernah bekerja sebagai penoreh getah yang keluar menoreh seawal 1 pagi, bekerja di kilang, menjadi penyambut tetamu dan eksekutif promosi dan pemasaran serta menjalankan perniagaan jualan langsung telah memberikan pengajaran yang bermakna dalam membentuk empayarnya.

Puan Rozita Ibrahim menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual surat khabar, majalah dan nasi lemak dengan menggunakan motosikal. Setelah itu, beliau menggandaikan barang kemasnya untuk memulakan perniagaan herba dengan modal RM400. Herba-herba itu dijual secara direct selling dari rumah ke rumah.

2. Datuk Seri Hasmizah Othman

Pengasas produk kecantikan Vida Beauty

Beliau minat berbisnes seawal usia 12 tahun. Beliau pernah menjual nasi lemak orang lain dan mendapat untung 30 sen bagi setiap satu jualan yang berjaya dibuat olehnya.

 Beliau juga pernah menjual kain telekung, batik dan sebagainya kepada pensyarah dan kakitangan universiti.

Pada cuti semester universiti pula, Datuk Seri Vida pernah bekerja kilang, menjual pokok bongsai dan kerja sambilan di restoran segera KFC.

Antara produk popular keluaran syarikat Datuk Seri Vida ialah Pamoga dan rangkaian Qu Puteh.

3. Puan Nur Aini Zolkepeli

Pengasas produk Nurraysa Beauty

Beliau memulakan bisnesnya dengan bermodalkan RM500 yang dipinjam daripada suami.

Membina perniagaan bukan dalam sekelip mata sahaja boleh berjaya.

Banyak perkara yang perlu hadapi oleh Puan Nur Aini. Antaranya ketika beliau mula berniaga dengan menjual rumpai laut.

Tidak pernah kenal erti mengalah dan mahu menghasilkan produk sendiri, beliau mula menghasilkan  produk sabunnya sendiri dari dapur rumah yang dipelajari daripada seorang rakan.

Sabun kecantikan itu diberi nama Nurraysa.

Selain Puan Nur Aini Zolkepeli, RichWorks sendiri banyak melahirkan ramai usahawan jutawan wanita.

Pengasas Sueffi Attire, Suzana Hashim, Pengasas Ella Furniture, Pengasas eNuur, Puan Nur Hidayati Ahmad Barudin, Pengasas Obsess Cosmetics, Hafizatul Atikah Mohd Fauzi dan ramai lagi.

Kisah suka duka mereka membangunkan perniagaan boleh dibaca di eMagazine The Titan.

Daripada seorang suri rumah, mahu membantu suami dan keluarga mereka akhirnya berjaya membantu lebih ramai wanita lain.

Lebih mengagumkan, wanita-wanita hebat ini rajin menuntut ilmu dan menjalankan perniagaan masing-masing dengan bersungguh-sungguh.

Artikel terbaru

Leave a Reply