Jamumall.com: Untung Sepuluh Sen Beli Keropok Untuk Adik, Inspirasi OKU Bina Empayar Perniagaan

Mengembirakan insan tersayang pasti memberi kepuasan dalam diri.

Walau sebesar mana pemberian itu, tetapi apabila dapat membuatkan seseorang mengukir senyuman dan gembira dengan pemberian tersebut pasti membuatkan hati berbunga-bunga.

Begitulah perasaan Mohd Khairul Nizam Wahiddin sebagai anak sulung apabila dapat menggembirakan adik-adiknya.

Walau terdapat kekurangan pada diri, Nizam tetap mahu menyumbang dan memberi sesuatu kepada keluarga.

Modal perniagaan hasil sumbangan

Bermodalkan RM100 hasil sumbangan insan yang prihatin dengan keadaan dirinya, Nizam memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual isian semula prabayar.

“Sedekah daripada orang ramai tu lah guna mulakan perniagaan. Untung bisnes top up masa tu, sepuluh sen, dua puluh sen, bagi adik-adik duit beli keropok. Dari situ motivasi untuk buat bisnes lagi besar.

“Di situ mula jatuh cinta dalam perniagaan, kita dapat duit boleh bagi kepada ahli keluarga kita,” katanya.

Jangan hidup umpama OKU

Bukan penghalang, walau terpaksa bersaing dengan orang normal, namun semangat luar biasa dan komitmen golongan orang kelainan upaya (OKU) mengatur langkah mampu mengaut pendapatan hingga tujuh angka.

Pengasas platform Jamumall.com, Mohd Khairul Nizam Wahiddin berkata, jika anda sempurna tetapi tidak mahu lalukan perubahan, anda umpama hidup dalam keadaan OKU.

“Orang tak tahu betapa susahnya kehidupan seorang OKU kalau tak ada duit. Kalau ada duit akan ada kehidupan lebih baik, boleh beli ubat, ada kesihatan yang baik dan beli alat bantuan yang memudahkan urusan seharian,” jelasnya.

Mengimbas kembali dugaan yang ditanggung Nizam, beliau yang pada azalinya dilahirkan normal, mula berhadapan dengan masalah kesihatan termasuk mengalami keadaan tubuh yang kian lemah, di saat usia meningkat naik.

Apa yang memilukan, di kala rakan seusianya seronok menikmati kehidupan yang aktif dan bebas melakukan pelbagai aktiviti yang diingini, Nizam hanya mampu mengenangkan nasib diri dan memandang mereka dari jauh lantaran keadaan tubuhnya yang semakin lemah dan tidak bermaya.

Jika dahulu Nizam boleh berjalan seperti biasa, namun akibat penyakitnya itu dia hanya mampu duduk dan merangkak sahaja.

Malah, hanya tiga jarinya sahaja yang boleh berfungsi.

Semuanya bermula, selepas beliau terjatuh yang menyebabkan pahanya patah. Kejadian ini menyebabkan beliau terlantar dan terkurung di rumah selama 10 tahun.

Siti Jamumall

Puteri tunggal dalam keluarga, Siti Suriani atau lebih dikenali dengan panggilan Siti Jamumall pula jatuh cinta dengan dunia perniagaan kerana kagum dengan kegigihan abangnya mencari pendapatan melalui perniagaan.

“Tak ada lagi orang dalam keluarga buat online bisnes. Kalau setakat berniaga tepi jalan jual goreng pisang, jual air tebu itu semua siti dah tengok. Mak berniaga secara kecil-kecilan.

“Masa tu Siti tengok abang dah boleh sara family, mak dah tak payah kerja, ayah dah tak payah kerja abang dah boleh tanggung,” katanya yang sudah mula membantu ibunya berniaga sejak usia 8 tahun.

Kongsi Siti, dia gembira dapat membantu ibu bapa berniaga, walau kulitnya hitam dek kerana berpanas.

Jika abangnya memulakan perniagaan dengan menjual top up, Siti memulakan pernigaan dengan mejual tisu basah.

“Siti mulakan bisnes kerana rasa cintakan keluarga. Rasa cinta terhadap family tak nak family susah. Siti rasa, siti dah besar dan kena sumbang sesuatu untuk keluarga,” ujarnya.

Pengorbanan ke Tokyo, Jepun

Siapa sanggup berkorban sehingga tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?

Namum itu pengorbanan Siti untuk menemani abangnya menghadiri Inner Circle Meeting (ICM) di Tokyo, Jepun.

“Sebagai adik, Siti rasa tak guna hidup aku kalau tak balas jasa abang Nizam Saya sempurna, abang saya yang 3 jari boleh gerak, semua kena urus tak kan aku just nak tengok abang aku susah payah nak sara keluarga. Saya akan rasa seperti tak guna.

“Ingat dulu abang kecil-kecil suap makan, mak tak ada di rumah mak pergi berniaga. Abang suapkan kita tiga orang makan. Masa tu abang masih boleh duduk sendiri, tangan masih kuat lagi nak angkat tu. Tolong mak lipat baju. Tolong masak untuk mak,” jelasnya.

Menurut Nizam, hatinya berbelah bahagi untuk ke Tokyo, begitu pun pada masa sama Nizam turut mengenakan bisnesnya yang umpama telur di hujung tanduk.

“Waktu tu Siti ada exam yang besar, SPM. Siti adalah orang yang bantu Nizam selama ini. Tapi hati berbelah bagi. Hati rasa nak pergi, mungkin ini adalah jalan untuk aku naik balik,” katanya.

Akhirnya, dengan mengorbankan SPM dan simpanan sedia ada mereka terbang ke Tokyo dengan niat menuntut ilmu dan memulihkan perniagaan.

Minyak wangi ‘tak mewangi’

Apakah kisah yang menyebabkan perniagaan Nizam jatuh?

Siti mengibaratkan keadaan itu bagai jatuh ditimpa tangga yang teruk.

“Sampai satu masa, tahun 2015 bisnes abang mula jatuh teruk. Selepas jatuh, jatuh lagi, dah jatuh tangga dihempap pula tangga. Memang teruk time tu dia jatuh,” jelas Siti

Sementara itu, Nizam tidak menafikan bahawa bukan mudah untuk bangun dan bangkit semula.

“Saya juga pernah rugi lebih RM600,000 sebab kena saman. Memang terduduk, nak naik balik bukan senang.

“Dengan simpanan RM300,000 keluarkan minyak wangi jenama sendiri. Tetapi tak tahu nak tetapkan harga, buat pelancaran besar-besaran, tetapi sistem laman sesawang belum tersedia dan jem. Pulangan tak sampai RM10,000,” jelasnya.

Tak mahu buat kesilapan

Tidak mahu terus melakukan kesilapan sama dan bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa dan adik beradiknya sahaja Mohd Khairul mengambil keputusan mengikuti program anjuran RichWorks dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Melalui program itu dia mendapat ilmu perniagaan yang tepat.

“Untuk matang dalam pernigaan, anda perlu ada right mentor, right cirle, dalam perniagaan kita mesti cepat belajar, ilmu yang Dr Azizan beri sharp, Dr Azizan tak kan jadikan anda terumbang-ambing,” kongsi Siti.

Nizam dan Siti berkongsi antara ilmu yang mereka pelajari bersama Dr Azizan dan RichWorks.

“Masa tu saya pun tak ada kelebihan untuk bercakap buat live. Tapi saya cuba sahaja apa yang Dr Azizan cakap.

“Dr Azizan kongsi kira-kira 354 strategi dan senarai pendek untuk kami 5 strategi dan kami pilih mana yang boleh mulakan dulu. Waktu itu, duit tak ada untuk yang memerlukan kos, tak mampu,” katanya lagi.

Empayar Jamumall.com

Hasilnya, kini Jamumall.com yang diusahakan bersama adiknya, Siti Suriani mempunyai wisma empat tingkat di Setia Alam, 30 pekerja dan telah melatih 27,000 dropship pada tahun lalu.

“Pada 2021, kami mencatat jualan RM10.6 juta dan menyasarkan jualan RM30 juta pada tahun ini. Kami juga menyasarkan 100,000 dropship dan melahirkan 100 orang jutawan,” ujarnya.

Selain peningkatan dalam perniagaan, Nizam turut melahirkan rasa syukur dapat membawa keluarganya keluar daripada kesukaran hidup dengan berpindah ke kediaman tiga tingkat dilengkapi lif dan menghadiahkan kenderaan Toyota Vellfire kepada bapa.

Sementara itu, bagi yang berminat untuk menjana pendapatan dan mendapatkan produk terbaru untuk memutihkan gigi Whitekish anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di Facebook Jamumall.com.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Jamumall.com: Untung Sepuluh Sen Beli Keropok Untuk Adik, Inspirasi OKU Bina Empayar Perniagaan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

4 Comments

  • Saya sebagai surirumah sepenuh masa sangat2 terinpirasi dengan kisah kejayaan Jamumall.com. Semoga sy juga dapat membuat perubahan pada keluarga. InsyaAllah.

  • Hanita Hashim

    MashaALLAH…..Melihat kepada kejayaan Jamumall.com kita dapat menghayati bahawa perniagaan nya berkonsep berjemaah…kerna berjemaah itu adalah lebih berkat. Semua yang berminat boleh menyertai dan menjadi ejen dropship. Pada kita sekarang, Pokok pangkalnya rajin dan usaha.
    Alhamdulillah… semoga aspirasi ini akan membangkitkan semangat kita sebagai usahawan seperti mereka.

Leave a Reply