3 Virus Dalam Bisnes Yang Usahawan Selalu Biar Merebak

3 Virus Dalam Bisnes Yang Usahawan Selalu Biar Merebak

Dunia digemparkan dengan wabak Coronavirus yang telah membunuh ramai nyawa dan telah menjangkiti jutaan mangsa di seluruh dunia.

Dalam kita berjaga-jaga dengan wabak yang melanda dan mengancam nyawa jangan kita terlepas pandang wabak penyakit atau virus dalam bisnes anda.

Paling menakutkan jika anda tak sedar ianya sedang merebak dan paling sakit bila anda hanya sedar bila ianya sudah berada di peringkat serius dan boleh ‘membunuh’.

Kami nak kongsikan dengan anda 3 virus penyakit dalam bisnes yang boleh membuatkan usahawan seperti anda lemah seluruh tubuh badan dan melumpuhkan kelancaran bisnes anda.

3 Virus Penyakit Dalam Bisnes Yang Usahawan Selalu Biarkan Merebak

3 virus dalam bisnes :

1) Virus Malas

Ini antara virus yang masih lagi tak dijumpai penawarnya. Malas sebenarnya adalah punca kelumpuhan seluruh tubuh badan seorang usahawan untuk lakukan tindakan.

Malas juga punca usahawan berasa selesa dengan  keadaan yang ada sekarang dan mulakan sikap bertangguh dan perangai suka beri alasan timbul.

Semua ini dapat dikesan awal bila usahawan dah tak nak fikir tentang apa ‘next step’ yang lebih baik yang mereka boleh ambil atau usahawan tak nak luangkan masa untuk upgrade ilmu. Mereka rasa malas untuk belajar, mula berikan alasan dan salahkan masa.

2) Virus Ego

Virus ini selalunya menyerang usahawan-usahawan yang dah mula nampak perbezaan sedikit dalam hidupnya selepas bisnes mereka ‘menjadi’. Kata orang bila dah nampak duit sikit mulalah nak hidung tinggi.

Simptom virus ego menyerang diri usahawan bila merasakan bisnes sendiri dah lebih baik dari orang lain. Atau bila rasakan diri sendiri sebagai usahawan dah lebih bagus dari orang lain.

Usahawan sebenarnya perlu amalkan sikap seperti kata pepatah, ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Semakin berjaya sesebuah bisnes, semakin rasa ego dan sombong perlu ditolak ke tepi kerana usahawan perlu sedar pesaing yang hebat boleh muncul setiap hari. 

Terlampau ego dan sombong, membuatkan usahawan mudah pandang pesaing sebelah mata…dan bila pesaing makin berjaya dan lebih maju dari diri sendiri, baru nak tersedar.

3) Virus Emosi

Ini adalah virus yang bakal membuatkan seluruh hati anda lemah!

Ia juga akan buatkan fikiran usahawan kacau dan akan melumpuhkan pergerakan. Bila usahawan terlalu beremosi dan terlalu melayan perasaan ianya akan membuatkan hati dan fikiran terganggu. Bila ditimpa masalah, usahawan akan mudah bersangka buruk dan berfikiran negatif.

Usahawan perlu menjaga hati dan perasaan dari prasangka buruk.  Sebagai usahawan, anda perlu ada mindset usahawan dan jangan mudah terjebak dalam permainan emosi. 

Bila anda biarkan emosi menguasai akal fikiran, ianya akan mengganggu tindakan. Jangan buat keputusan dengan mengikut emosi semata-mata.

Sehubungan itu, elakkan daripada 3 virus ini. Pastikan anda mengambil langkah-langkah pencegahan dengan sentiasa dapatkan ilmu, mempunyai MenThor yang ada proven results untuk membina bisnes anda yang berjaya.

Artikel terbaru

Leave a Reply