12 Petanda Anda Mempunyai Mindset ‘Luar Biasa’ Sebagai Usahawan

Mindset atau mentaliti membentuk kehidupan yang kita jalani, tindakan yang kita ambil untuk kehidupan kita di masa hadapan. Seperti Mahatma Gandhi juga pernah berkata bahawa apa yang kita fikirkan itu yang akan menjadi hala tuju kehidupan kita nanti.

“Your beliefs become your thoughts, your thoughts become your words, your words become your actions, your actions become your habits, your habits become your values, your values become your destiny.” — Mahatma Gandhi

Seorang usahawan harus mempunyai mentaliti yang ‘luar biasa’ untuk menguruskan bisnes yang dimilikinya. Dengan ini, barulah perniagaan yang dijalankan itu menjadi yang terbaik dari yang terbaik. Apa petanda yang anda mempunyai mindset ‘luar biasa’ sebagai usahawan ini, mari kita lihat.

1. Ambil tindakan

Seorang usahawan harus mempunyai mentaliti yang sentiasa mengambil tindakan dengan keadaan di sekelilingnya. Cuba bayangkan sekiranya anda sebagai usahawan mempunyai mentaliti yang malas dan tak mampu untuk mengambil tindakan dengan apa jua perkara yang akan anda lakukan. Adakah anda rasa bisnes anda akan berkembang? Mungkin anda antara usahawan yang mula gulung tikar dulu.

2. Ada perasaan takut

Bukan takut nak ambil tindakan, tapi anda takut untuk tidak mengambil tindakan dan tak buat apa-apa dengan perniagaan. Ramai usahawan bercita-cita tinggi tapi masih takut-takut untuk bergerak ke hadapan. Ada usahawan yang tak ‘takut mati’ dan tak takutkan kegagalan. Malah mereka sanggup lakukan apa saja untuk berjaya. Jika anda merasa tidak selamat, gunakan emosi itu untuk memandu anda untuk mencapai matlamat perniagaan anda.

3. Bijak

Menjadi seorang usahawan adalah perlu bijak walaupun tidak mempunyai sumber yang diperlukan, tapi anda perlu memikirkan cara untuk menyelesaikan segala masalah yang berlaku. Ia bukan tentang mempunyai sumber yang mencukupi, tetapi menjadi bijak dengan apa yang anda ada. Faham sesuatu?

4. ‘Obses’ Dengan Cashflow

Cashflow atau aliran tunai sangat penting dalam sesebuah bisnes. Jangan hanya seronok guna kad kredit peribadi, anda dah rasa selamat. Aliran duit perlu dalam perniagaan jika mahu tahan lama. Ia umpama sungai yang mana air yang masuk dalam sungai mesti sentiasa melebihi air yang keluar atau pun sama banyak. Kalau tak, sungai akan kering. Atau bahasa mudahnya, kalau anda mengawal aliran duit keluar masuk dan pastikan duit masuk melebihi daripada duit keluar, in shaa Allah perniagaan anda akan selamat. Inilah pentingnya cashflow.

5. Bijak Mencari Peluang

Usahawan harus bijak mencari peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan. Perniagaan yang mempunyai masalah besar sebenarnya ia menunjukkan mereka mencari peluang untuk memperbaiki diri dan operasi syarikat.

6. Berfikiran Jauh dan Unik

Usahawan  adalah mereka yang berinovasi, sanggup mengambil risiko dan menghasilkan idea idea baru untuk mencipta penyelesaian masalah masa hadapan. Mereka juga mampu membantu organisasi yang telah matang dan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan baru  dalam mengambil peluang yang ada. Adakah anda salah seorang usahawan seperti ini?

7. Mengalu-alukan Cabaran

Jika tak ada cabaran, bagaimana anda nak belajar? Betul betul? Sebagai contoh, sekiranya anda ada satu produk tapi menerima banyak kritikan daripada pelanggan anda berkenaan dengan produk yang anda keluarkan itu, pasti peluang anda untuk mengembangkan syarikat tipis oleh kerana pelanggan tak suka akan produk anda, tetapi, apa yang anda harus lakukan? Adakah anda hanya menerima kritikan itu sebagai pematah semangat anda? Anda perlu bersedia dan anggap cabaran ini yang membantu anda untuk memperbaiki lagi perniagaan anda di masa hadapan.

8. Cintakan Cabaran

Apabila berhadapan dengan masalah, ramai usahawan cuba elak dan lengahkannya. Sebenarnya dengan adanya cabaran, ia mendorong mereka untuk bekerja lebih keras. Seorang usahawan tidak boleh menjadikan kegagalan itu sebagai satu masalah yang tak dapat diselesaikan, sebaliknya mereka patut menjadikan masalah itu sebagai pembakar semangat untuk naik kembali dalam perniagaan.

9. Komitmen Yang Tinggi

Mempunyai komitmen tinggi adalah sikap yang sentiasa tertumpu kepada perniagaan yang dijalankan. Mereka sentiasa berusaha untuk memperoleh hasil yang terbaik mungkin dengan sumber daya seminimal mungkin. Untuk mempunyai komitmen tinggi terhadap perniagaan yang dijalankan bukanlah merupakan sesuatu yang mudah dan datang begitu saja dengan tiba-tiba, akan tetapi perlu dibina, dibangunkan dan diusahakan untuk mencapai kemajuan.

10. Tidak Cepat Mengalah

Jatuh bangun dalam perniagaan adalah normal. Jadi anda jangan cepat mengalah, malah jadikan ia sebagai salah satu pembakar semangat untuk kembali membina perniagaan yang baik.

11. Sentiasa Mendengar

Pelakon Jessica Alba, pengasas dan presiden Santa Monica, Calif – The Honest Company, yang menjual produk bayi, rumah dan penjagaan diri, menyatakan bahawa pentingnya seseorang usahawan itu untuk berada di kalangan orang yang lebih pintar dari anda untuk mendengar idea dari mereka. Kerana baginya, kejayaan itu bermula dari komunikasi, kerjasama dan kadang-kadang kegagalan itu yang akan merubah perniagaan menjadi yang terbaik.

12. Fokus Dengan Apa Perkara Yang Berlaku

Fokus amat penting untuk meneraju perniagaan. Sebagai usahawan, jika anda hilang fokus, maka perniagaan boleh jadi terabur. Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kemampuan kita pada satu perkara, tak kira kerja, perniagaan, atau hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.

Sebagai kesimpulannya, walau setiap apa yang anda lakukan, lakukan dengan mempunyai mindset yang positif. Sentiasa berfikiran positif dan anggap apa sahaja musibah atau masalah yang berlaku itu sebagai proses untuk anda belajar menjadi yang lebih baik di masa depan.

Artikel terbaru

Leave a Reply