3 Strategi Jadikan Starbucks Jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
3 Strategi Jadikan Starbucks Jutawan

Starbucks merupakan jenama kopi yang tidak asing lagi di negara ini. Memiliki lebih 32,660 kedai di seluruh dunia pada 2020, ia merupakan syarikat kopi paling pantas berkembang di Amerika Syarikat. Jika anda lihat, jenama STARBUCKS itu sendiri sudah melambangkan kekayaan dan kemajuan serta populariti.

Star (Bintang) dan Bucks (Bahasa pasar untuk duit bagi kawasan-kawasan di Amerika Utara / Australia dan New Zealand) melambangkan bahawa jenama ini suatu hari nanti bakal masyhur di seluruh dunia.

Namun, di sebalik strategi penjenamaan, terdapat 3 lagi strategi tersirat yang digunakan oleh Starbucks yang membuatkan rating dan nama syarikat mereka terus meningkat dan meniti di bibir pelanggan sehingga ke hari ini.

Strategi Starbucks #1 : Tanya Soalan Kepada Pelanggan

a) Jika anda pernah datang ke Starbucks, anda mungkin perasan pekerjanya akan ramah bertanya soalan seperti “Boleh saya bantu?” dan “Apa yang Tuan/Puan carikan?”

b) Soalan yang diajukan ini sangat biasa didengari, tetapi inilah soalan ‘killer’ dan paling efektif untuk mengikat hati pelanggan selain daripada membantu mereka membuat keputusan membeli.

Strategi Starbucks #2 : Bertanggungjawab

a) Pernah tak order anda silap di Starbucks? Jika ya, apakah yang terjadi selanjutnya?
b) Apa yang terjadi adalah, anda menerima air yang baru mengikut order anda serta merta tanpa sebarang soalan.
c) Pekerja Starbucks telah dilatih untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan bertanggungjawab kepada pelanggannya.

Strategi Starbucks #3 : Menyesuaikan Bisnes Mengikut Wilayah

a) Starbucks sangat bagus menyesuaikan bisnes mengikut suasana persekitaran tempatan.

b) Strategi ini akan membuatkan pelanggan rasa lebih selesa dan tidak berasa janggal untuk berbelanja di situ.

c) Sebagai contoh, Starbucks di California nampak sangat berbeza dengan Starbucks yang ada di Malaysia.

d) Starbucks memberi gambaran bahawa ia adalah lebih baik menjadikan bisnes seperti ianya jenama tempatan berbanding jenama antarabangsa – barulah dekat di hati pelanggan.

“Gunakan Strategi Starbucks Dalam Bisnes”

Apa yang anda boleh pelajari dari strategi Starbucks ini?

  1. Malu bertanya, bisnes tak jalan. Nak tahu isi hati pelanggan, kena tanya mereka.
  2. Mula cucuk jarum. Bila dah tahu apa yang pelanggan inginkan, bantu mereka dengan cara memperkenalkan produk anda. Ceritakan manfaat yang mereka boleh dapat dari produk anda.
  3. Be a man! Kena ada rasa tanggungjawab. Tunjukkan dan sebarkan bagaimana bisnes anda mempunyai sifat tanggungjawab terhadap pelanggan. Sebagai contoh, “Jaminan wang dikembalikan,” “Jika rosak, kami ganti yang baru” dan sebagainya.
  4. Blend in. Ala-ala macam sesumpah (jangan sampai kena sumpah, sudah). Sesuaikan bisnes mengikut suasana persekitaran.
  5. Be No #1. Jadikan bisnes anda sebagai bisnes pilihan tempatan. Kuasai pasaran tempatan.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita, malah di dunia pasti ada menggunakan aplikasi, WhatsApp bagi berhubung antara satu sama lain. Tahukah anda, jumlah pengguna WhatsApp aktif

Agresif – Fast Action, Fast Result

Agresif – Fast Action, Fast Result

‘Fast action, fast result’.Jika anda nak berjaya dengan cepat, itu yang patut anda buat, betul? Jika anda main-main, nanti-nantilah, dan ingat-ingat lupa je apa yang

Pentingnya Respons Pantas Dalam Bisnes

Berapa cepat anda response PM pelanggan anda? Pernah tak bila anda lewat response, pelanggan anda terus komplen dan marah-marah anda? Anda fikir kenapa? Anda tahu,

Kunci Kejayaan Google

Kunci Kejayaan Google

Siapa tidak kenal Google, syarikat gergasi antarabangsa yang menjadi enjin carian utama bagi pengguna internet pada masa ini. Google ditubuhkan sebagai syarikat pada September 1998.