Jenama Tempatan Mempunyai Potensi Besar

Kini banyak saja produk-produk jenama tempatan yang dihasilkan berkualiti malah dilihat setanding dengan produk-produk asing.

Dari segi pembungkusannya, kualiti barang itu sendiri disamping dengan harga yang lebih berpatutan berbanding jenama-jenama besar lain.

Sehubungan itu, bukankah lebih baik bagi seluruh rakyat di negara untuk mengutamakan barangan tempatan yang ada di pasaran ketika ini.

Pandemik yang berlaku menyebabkan ramai orang terjejas malah usahawan-usahawan juga berdepan situasi sukar hingga terpaksa melakukan perubahan-perubahan dan strategi baru agar dapat terus bertahan dan berkembang.

Alhamdulillah, ada bisnes-bisnes yang cepat bertindak dan menggunakan strategi yang betul menyaksikan peningkatan ketika tempoh pandemik. Bukan saja peningkatan dari segi jualan malah peluang-peluang pekerjaan baru yang ditawarkan ketika mana ramai yang hilang pekerjaan.

Jenama Tempatan

Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah menyokong pembelian produk tempatan ini. Kebanyakan produk tempatan terdiri dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara.

Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang dilancarkan Kerajaan sebelum ini perlulah diteruskan dan rakyat juga perlu terjemahkannya dengan seboleh-bolehnya membeli produk tempatan terlebih dahulu.

Siapa lagi yang dapat membantu usahawan-usahawan tempatan kalau bukan rakyat kita sendiri. Apatah lagi ketika krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda bukan Malaysia saja malah seluruh dunia.

Bila pengguna membeli produk tempatan menyokong jenama tempatan, ia sebenarnya membantu PKS yang merupakan kategori terbesar dalam perniagaan untuk terus beroperasi.

Tanpa sokongan dan pembelian barang tempatan berkemungkinan PKS terpaksa mengurangkan pengeluaran yang boleh menjejaskan masa depan pekerja.

Operasi mungkin perlu dikecilkan dan menyebabkan ada yang kehilangan pekerjaan. Lagi teruk, bisnes itu terpaksa gulung tikar.

Melalui sokongan rakyat, ia secara tak langsung dapat membantu merancakkan ekonomi domestik dan seterusnya dapat memulihkan ekonomi negara.

Bagaimanapun, masih ada pengguna-pengguna yang mempunyai persepsi bahawa produk asing atau import lebih baik dari produk tempatan.

Apabila produk tempatan tidak mendapat sambutan maka pendapatan mereka juga kurang. Bagaimana bisnes-bisnes ini dapat meningkatkan lagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka untuk menambah baik lagi produk berkenaan.

Tidak mustahil untuk jenama tempatan menjadi jenama terkenal dan boleh dieksport ke luar negara seperti kita dapat lihat pada biskut yang terlaris dijual di dunia, Oreo yang bermula di New York, Amerika Syarikat pada 1912.

Ya produk kita juga boleh menjadi seperti itu suatu hari nanti. Usahawan-usahawan kita perlulah mempunyai ilmu, strategi, sistem dan MenThor yang dapat bimbing mereka untuk mengembangkan lagi bisnes dengan lebih pantas.

Terbukti, ramai usahawan PKS dibawah RichWorks yang mendapatkan bimbingan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah menyaksikan peningkatan hingga mampu mencapai jualan lebih RM1 juta setahun.

Produk-produk atau servis yang ditawarkan usahawan ini mendapat tempat dikalangan pengguna-pengguna bukan hanya kerana produk tempatan tetapi ia berkualiti, mempunyai nilai dan membantu menyelesaikan masalah pengguna berkenaan.

Kajian Kes

Contohnya, anda pasti pernah dengan Sambal Garing Che’Nor. Pada awal perniagaan Sambal Garing Che Nor yang diasaskan Puan Noraida Aznita Azizan berkembang sangat laju sehingga tidak nampak hala tuju bisnes disebabkan tidak cukup lagi ilmu keusahawanan lain.

Jenama tempatan, sambal garing che'nor

Jenama tempatan ini berkembang dengan pantas yang menggunakan ilmu marketing daripada Datuk Wira Dr Azizan Osman melalui program yang disertai. Ketika itu bisnes beliau sudah buat sales mencecah RM6 juta hasil daripada belajar ilmu Datuk Wira Dr. Azizan Osman, tetapi beliau masih tak nampak bagaimana nak membina bisnes.

Ketika awal-awal, beliaulah sendiri yang melakukan marketing dan melakukan semua urusan bisnes seorang diri. Beliau langsung tak luangkan masa untuk fikirkan strategi dan hala tuju bisnes kerana terlampau sibuk dengan urusan operasi bisnes.

Tapi selepas beliau mendapatkan bimbingan secara dekat dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman menjadikan lebih faham apa yang patut buat supaya bisnesnya boleh berkembang dengan lebih baik.

Kini Sambal Garing Che’Nor, bukan saja dikenali ramai malah menjadi kemestian sebahagian daripada orang ramai untuk berada pada setiap rumah.

Tak mustahil, Sambal Garing Che’Nor boleh pergi jauh lagi dengan ilmu dan bimbingan yang diperolehi secara berterusan disertakan tindakan.

Dalam pada itu, banyak lagi contoh produk-produk lain, yang mana biasa-biasa saja tapi ada branding sangat power. Mungkin ia boleh menjadi inspirasi buat kita semua.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Jenama Tempatan Mempunyai Potensi Besar” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



Leave a Reply