3 Sebab Jualan Jatuh Pasca Pandemik

BARU-BARU ini, saya dan team RichWorks berada di Bali, Indonesia bagi menjalankan Inner Circle Meeting (ICM) Indonesia untuk lebih 300 usahawan jutawan Malaysia dan sekitar 30 usahawan Indonesia.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan fokus Where to Play, How To Win buat mereka di bawah pementoran Titanium dan Mentorship Indonesia ini.

Sebenarnya banyak perkara boleh dipelajari bila kita berada di tempat asing, untuk diguna pakai dalam bisnes masing-masing.

Contohnya, jika anda lihat kepada cara orang di sana berniaga, anda perlu belajar daripada hospitality dan customer service experience mereka.

Kebanyakan mereka ada ‘budaya’ sangat menyantuni pelancong dan berusaha menggembirakan pelanggan, malah sampai sanggup belajar bahasa baharu, semata-mata untuk lebih rapat dengan pelanggan.

Ini usaha mereka untuk membantu bisnes dan jualan produk atau perkhidmatan yang dijalankan.

Kali ini, saya juga nak kongsikan kepada anda tiga sebab jualan kebanyakan usahawan jatuh selepas pandemik ini:

1. Usahawan selesa dengan kejayaan diperolehi sebelum ini

Bila mana selesa, mereka tidak buat sebarang perubahan dan pembaharuan mengikut trend dan keadaan semasa.

Mereka hanya melakukan perkara sama, sedangkan situasi sudah berubah dengan cabaran baharu.

Hal ini boleh memakan diri sendiri dan akhirnya, bisnes terkesan.

2. Tidak agresif berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan

Perhubungan dan interaksi yang baik, dengan memanfaatkan data base pelanggan yang sedia ada boleh membuatkan mereka ‘ingat’ dan membeli semula dengan anda.

Cara ini lebih mudah berbanding nak meyakinkan prospek baharu yang belum pernah pun menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

Selain itu, usahawan juga dapat lebih memahami apa pandangan dan keperluan pelanggan mereka.

Daripada situ, anda boleh membuat promosi yang sesuai menerusi produk dan perkhidmatan ditawarkan.

3. Tak buat pemasaran secara agresif

Anda perlu melakukan aktiviti pemasaran bukan sahaja pada satu platform, tetapi kesemua saluran yang ada dari segi online mahupun offline.

Banyak platform online termasuk media sosial boleh digunakan secara percuma bagi menjalankan aktiviti pemasaran.

Agresif di sini bermaksud bagaimana anda membuatkan bakal pelanggan kerap nampak pemasaran produk, atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Sehubungan itu, bangsa usahawan perlu melihat semula bisnes, malah diri mereka terlebih dahulu.

Usahawan sebolehnya perlu reset dan restart, atau bermula semula dengan pelan dan tindakan lebih tepat pada sasaran mengikut perubahan atau cabaran yang telah, sedang atau bakal berlaku.

Jika tidak, jualan anda akan terus jatuh dan lebih teruk bila tak diuruskan dengan baik, sehingga terpaksa memberhentikan operasi.



Leave a Reply