3 Pengajaran Daripada Sukan Bola Sepak

3 Pengajaran Daripada Sukan Bola Sepak

Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di dunia. Acara sukan yang disertai oleh 22 orang pemain yang masing-masing berusaha merebut sebiji bola untuk dimasukkan ke dalam gawang gol.

Piala Dunia juga sesuatu yang sering dinantikan. Malah, Qatar membelanjakan RM 925 bilion untuk menganjurkan Piala Dunia pada 2022 dan jumlah itu adalah 20 kali ganda daripada jumlah yang dikeluarkan Russia bagi menganjurkan edisi 2018.

Apakah pengajaran yang boleh kita perolehi dari permainan bola sepak dan apa kaitannya kepada bangsa usahawan?

1.   Berusaha Keras Untuk Kemenangan

Satu-satu perlawanan bola sepak berlangsung selama 90 minit dan boleh dilanjutkan sehingga 120 minit jika berlaku masa tambahan.

Jika tiada pemenang, perlawanan akan ditentukan menerusi sepakan penalti. Itu sahaja masa yang perlu dimanfaatkan oleh pemain untuk bermain bersungguh-sungguh demi mencapai kemenangan. Kelalaian beberapa saat akan menyebabkan pasukan kita tewas.

Begitu juga kepada bangsa usahawan. Kita perlu berusaha keras untuk capai target. Bukan dah tetapkan target dan menghadiri kelas tetapi tidak melakukan sebarang tindakan. Fast action, fast result.

2.   Kerjasama Berpasukan

Bekas pemain legenda Belanda, Johan Cruyff pernah berkata “Jika anda memilih pemain terbaik untuk setiap posisi, anda akan dapat 11 pemain kuat. Bukan satu pasukan yang kuat”.

Dalam kehidupan, kita tidak akan mampu untuk hidup seorang diri. Perkara sama sangat penting buat bangsa usahawan. Apabila perniagaan berkembang, anda perlukan team. Bukan buat semua benda seorang diri.

Kita perlu bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain tak kira sama ada dalam organisasi, perniagaan, kejiranan dan sebagainya.

Apabila sudah berada dalam satu pasukan pula, sifat ego dan tidak mahu menerima teguran juga tidak akan membawa kita ke mana-mana.

3.   Tidak Mudah Putus Asa

Tokoh Revolusi Cuba, Che Guevara juga pernah memberi pendapatnya tentang bola sepak.

“Bola sepak bukan hanya satu permainan mudah, bola sepak adalah senjata revolusi”. Revolusi yang mungkin kita boleh terapkan ialah perubahan ke arah lebih baik dalam kehidupan.

Perubahan yang memerlukan semangat yang tinggi dan sifat tidak putus asa sekiranya gagal.

Ramai pemain bola sepak yang terkenal pada masa kini lahir dari keluarga yang miskin dan serba kekurangan.

Malah ada dalam kalangan mereka merupakan keluarga pelarian dari negara-negara yang bergolak. Namun mereka tidak mudah berputus asa dan berusaha untuk merubah nasib diri dan keluarga.

Jika bangsa usahawan berdepan cabaran dan kegagalan, jangan sesekali berputus asa. Jika jatuh, bangun untuk terbang lebih tinggi.

Artikel terbaru

Leave a Reply