Usia Bukan Penghalang, 3 Tip Dari Usahawan Muda Indonesia

Usia Bukan Penghalang, 3 Tip Dari Usahawan Muda Indonesia

Memulakan perniagaan tanpa sebarang pengalaman perniagaan mungkin menakutkan.

Tetapi itu tidak menghalang Chrisanti Indiana yang baru berusia 24 tahun ketika dia mengasaskan Social Bella.

Peruncit kecantikan dan penjagaan diri kelahiran Indonesia itu telah mengumpul kira-kira $225 juta sejak 2018, dan menarik senarai pelabur yang mengagumkan termasuk East Ventures, Jungle Ventures dan Temasek.

Perniagaan ini bermula sebagai platform e-dagang yang dipanggil Sociolla pada 2015, sejak itu ia berkembang kepada 48 kedai di Indonesia dan 13 kedai di Vietnam.

CNBC Make It, mencungkil rahsia bagaimana Indiana berjaya menjadi syarikat kecantikan meraih jualan berjuta-juta dolar.

1. Tangkas

Apabila menjalankan perniagaan, menyesuaikan diri dengan perubahan adalah penting terutamanya apabila anda tidak menjangkakannya.

Seperti semua perniagaan di seluruh dunia, Indiana terpaksa mengharungi pandemik Covid-19 yang bertepatan dengan ulang tahun kelima syarikatnya.

“Kami sangat teruja pada tahun 2020 … kami merancang banyak kempen dan acara, dan kemudian wabak itu melanda. Ia agak mengejutkan.

“Terdapat penutupan dan suasana sangat berbeza. Bukan sahaja untuk pelanggan, tetapi pasukan juga,” jelas Indiana.

Sebagai ketua pegawai pemasaran, Indiana dengan cepat mengetuai perubahan dengan beralih ke dalam talian dan mengalihkan tumpuan daripada solekan kepada penjagaan diri dari rumah.

Tegas Indiana, ini tentang memastikan bangsa usahawan cukup tangkas untuk melalui perubahan dinamik.

2. Lakukan apa yang betul

Idea untuk Sociolla tercetus pada tahun 2015, apabila Indiana menemui proliferasi dalam talian produk alat solek palsu di Indonesia.

Platform e-dagang adalah penyelesaian Indiana kepada masalah itu. Melaluinya, pengguna boleh mendapatkan produk yang selamat, sahih dan diperakui oleh pihak berkuasa Indonesia.

“Sejak awal, kami memastikan bahawa kami hanya bekerjasama dengan pengedar sah atau hanya pemilik jenama sahaja,” katanya lagi.

Strategi itu nampaknya telah membuahkan hasil, Social Bella kini mempunyai lebih 30 juta pengguna dan menjual  12,000 produk daripada 400 jenama di seluruh dunia.

3. Pilih pemimpin yang betul

Indiana mengaitkan sebahagian daripada kejayaan Social Bella kepada pelbagai latar belakang pemimpin syarikat itu dan kepakaran pengasas bersamanya.

Indiana mempunyai latar belakang dalam industri kreatif, mengetuai penjenamaan dan pemasaran.

Manakala abang dan presidennya Christopher Madiam, yang memiliki kemahiran pengkomputeran, membawa pengetahuan teknikal ke perniagaan mereka.

Sementara itu, John Rasjid, Ketua Pegawai Eksekutif Social Bella, mempunyai latar belakang dalam kewangan.

Anda dapat sesuatu daripada perkongsian Indiana?

Jika anda anak muda mempunyai hasrat mahu memulakan perniagaan usah bertangguh lagi.

Kejayaan tak mengenal usia. Ahli Titanium Circle RichWorks juga dibarisi oleh usahawan jutawan muda.

Founder Eng’s Popcorn, Tuan Mohamad Shazarul Ismail sudah berjaya mencapai jualan jutaan ringgit ketika berusia 23 tahun. Anda bila lagi?

Artikel terbaru

Leave a Reply