3 Gaya Kepimpinan Steve Jobs

Steve Paul Jobs atau lebih dikenali sebagai Steve Jobs, seorang lelaki yang dilahirkan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 25 Februari 1955.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Apple, Pengerusi Pixar dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat The Walt Disney.

Steve Jobs juga merupakan Pengasas, Pengerusi, dan Ketua Pegawai Eksekutif NeXT.

Beliau diiktiraf secara meluas sebagai perintis revolusi komputer peribadi tahun 1970-an dan 1980-an, bersama rakan perniagaannya Steve Wozniak.

Beliau berjaya mencipta perisian dan perkakasan yang berjaya dipasarkan oleh Apple Inc. contohnya termasuk Macintosh, iPod, iPhone, iPad, Apple Watch, Apple TV, HomePod, MacOS dan banyak peranti-peranti yang lain.

1.   Berani mengambil risiko

Berani mengambil risiko bermaksud berani menanggung sebarang kemungkinan yang akan berlaku apabila merancang sesuatu perkara.

Dari usia muda, Jobs telah menunjukkan kecenderungan untuk mengambil risiko.

Sebagai contoh, apabila dia berhenti dari kolej pada usia 17 tahun tanpa ada pekerjaan atau ijazah.

Sebagai seorang usahawan berusia 21 tahun, Jobs telah menunjukkan kecenderungannya mengambil risiko apabila dia mengasaskan syarikat tanpa pengalaman atau modal.

Dia menjual keretanya yang paling berharga pada masa itu bagi mengumpul modal untuk memulakan Apple dan meneruskan visinya untuk merevolusikan industri komputer.

Sejarah kehidupan Steve Jobs di Apple penuh dengan risiko dan kesukaran yang amat tinggi, dan ini diceritakan dalam buku “Becoming Steve Jobs”.

Steve Jobs berani mengambil risiko dengan mencipta sesuatu yang baharu.

Ketika semua orang sibuk menggunakan telefon bimbit yang mempunyai button, beliau mencipta layar sentuh (touchscreen) untuk iPhone pertama yang tidak memiliki sebarang button atau keypad sama sekali.

3. Inovasi

Sebagai seorang usahawan yang sangat muda, Jobs membantu Wozniak dalam mencipta Komputer Apple I dan Apple II.

Pada awal kerjayanya di Apple, Jobs meneruskan mencipta komputer yang lebih berteknologi maju yang direka untuk menyasarkan segmen pasaran yang berbeza seperti sekolah, perniagaan dan penggunaan persendirian.

Barangkali ramai yang tidak menyangka jika tetikus (mouse) yang selama ini kita gunakan juga merupakan hasil ciptaan Steve Jobs.

Beliau menciptakan Macintosh pada tahun 1984, iaitu sebuah komputer pertama di dunia yang dapat dioperasikan dengan tetikus dan dilengkapi Graphical User Interface (GUI).

Idea-idea hebatnya memberikan inspirasi bagi pengusaha-pengusaha teknologi lain sehingga hari ini.

4. Berwawasan

Steve Jobs adalah seorang pemimpin yang sentiasa melihat masa depan dan sentiasa berfikir tentang masa depan.

Steve Jobs merupakan seorang pemimpin dan usahawan yang mempunyai wawasan yang tinggi.

Hal ini terbukti dengan bagaimana beliau mampu menaikkan jenama Apple.

Menurut Journal Aspirasi FPP terbitan Universiti Teknologi MARA bertajuk Kepimpinan gaya Steve Jobs, beliau tidak pernah berusaha untuk memenuhi permintaan pasaran dan keinginan masyarakat.

Sebaliknya, beliau mencipta sesuatu yang akan membuat masyarakat mempunyai keinginan untuk membeli produk Apple.

Beliau berpendapat bahawa kita tidak perlu mencipta sesuatu untuk memenuhi permintaan pasaran tetapi kita perlu mencipta sesuatu yang sebenarnya diperlukan oleh masyarakat yang mereka sendiri tidak mengetahui bahawa mereka memerlukannya.

Luar biasa bukan? Steve Jobs sangat berwawasan dalam mengeluarkan produknya.

Beliau meletakkan tanda aras tinggi dalam melakukan inovasi sesuatu produk untuk menginginkan kesempurnaan bagi semua produk Apple.

Disebabkan itu, Apple memastikan mereka tidak menghasilkan produk baru yang sama dengan jenama lain, tetapi mereka menghasilkan produk yang lebih baik dan berkualiti tinggi.

Bagaimana pula gaya kepimpinan anda?  Gaya kepimpinan Steve Jobs mungkin memberi inspirasi baru untuk anda menguruskan perniagaan.

Lebih banyak anda membaca, lebih banyak ilmu anda peroleh sekali gus menambah baik mutu kepimpinan anda.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “3 Gaya Kepimpinan Steve Jobs” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

6 Comments

Leave a Reply