Setiap orang di dunia ini pasti ada impian mereka yang tersendiri termasuklah anda. Ia hanya bergantung kepada kita sama ada kita mahu berusaha merealisasikannya ataupun membiarkan saja umpama mimpi-mimpi di malam hari.
Jika anda mahu betul-betul mendapatkannya, di sini ada 3 tip yang boleh membantu anda. Ia mungkin kelihatan sulit pada awalnya namun percayalah segalanya akan berbaloi di akhirnya. Jangan mengalah usahawan, berjuanglah hingga ke titisan darahmu yang terakhir!
1. Yakin dan Positif
Ini adalah tulang belakang untuk semua jalan bagi mencapai impian anda. Semakin positif anda, semakin dekat anda kepada peluang dan kejayaan. Law of Attraction menyatakan bahawa apa sahaja yang anda lakukan akan kembali kepada anda.
Jadi apabila anda melihat yang terbaik dalam sesuatu perkara dan memandang tinggi terhadap diri, anda akan mula menarik orang dan situasi yang betul ke dalam hidup anda yang akan membawa anda kepada perkara yang diinginkan.
Fikirkanlah, ketika anda berasa sedih dan kecewa, anda mungkin tidak begitu jelas tentang apa yang hendak dilakukan. Anda mungkin melihat segalanya dengan perasaan bimbang dan bukannya membuat ‘networking’ atau memulakan perbualan menarik yang mungkin mengubah hidup anda.
Orang yang bahagia dan berjaya mengelilingi diri mereka dengan orang lain yang positif. Oleh itu, jadilah seorang individu yang yakin, positif dan menghargai perkara kecil dan juga besar.
2. Fokus Ke Hadapan & Visualisasikan Impian Anda
Anda mungkin berasa kecewa apabila membayangkan betapa panjangnya perjalanan yang perlu anda tempuh untuk mencapai kejayaan yang diidamkan terutamanya apabila anda mempunyai halangan yang tidak dapat dielakkan.
Inilah sebabnya mengapa sangat penting untuk fokus ke hadapan dan memvisualisasikan impian anda setiap hari. Kemungkinan besar, impian anda tidak akan menjadi kenyataan dalam sekelip mata.
Tetapi jika anda menumpukan perhatian ke hadapan dan dapat melihat impian anda dalam fikiran anda sebelum ia berlaku, maka dalam keadaan separa sedar anda tahu apa yang perlu dilakukan.
Semasa anda menumpukan perhatian ke hadapan, bayangkan peluang indah muncul di hadapan anda. Bayangkan betapa gembiranya anda menjalani kehidupan impian anda. Benarkan diri anda menikmati perasaan ini dan bergembira dengannya.
Proses ini boleh jadi lebih mudah jika anda menulis segala impian dan matlamat yang anda impikan seperti yang selalu ditekankan oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Intinya adalah untuk berhubung dengan perasaan anda pada masa depan supaya anda merasakannya sekarang. Jika anda boleh melakukan ini, maka anda sudah separuh jalan ke sana kerana anda sudah berasa hebat!
Anda akan meningkatkan getaran anda lebih dekat dengan getaran impian anda. Anda akan yakin dan lebih positif, ia akan membuatkan anda melakukan tindakan bagi menjadikan impian anda menjadi kenyataan!
3. Jangan Dengar Kata-Kata Negatif
Selalunya apabila seseorang individu itu mempunyai impian yang besar, akan ada individu lain yang akan cuba menariknya ke bawah. Mereka mungkin akan memberi amaran kepada anda dan mengatakan mimpi anda tidak akan ke mana dan sekadar kisah dongeng.
Maka dengan itu anda akan mulai mengalah dan tidak percaya pada diri sendiri. Jangan dengar cakap mereka! Jika anda mempunyai impian dalam hati dan ingin mencapainya, maka anda BOLEH memilikinya.
Ingat, jika anda betul-betul ingin mendapatkannya, maka ada 1001 cara untuk mencapainya!
Percaya dan rasai impian anda sebelum ia wujud secara fizikal. Ini adalah prinsip asas dalam Law of Attraction.
Kekalkan impian anda dan jangan dengar cakap mereka yang fikir ia mustahil untuk dilakukan. Jelas terdapat ratusan dan ribuan contoh orang yang berjaya dan mewujudkan impian mereka walaupun orang sekeliling cuba untuk menafikannya. Ini adalah orang yang perlu anda contohi dan jadikan inspirasi dalam kehidupan anda.
Moga segala impian anda tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah, trust the process!
Jika impian anda ingin menjadi jutawan, realisasikannya dengan mendapatkan buku Perjalanan Satu Juta Pertama secara PERCUMA daripada RichWorks.
Menariknya, ia datang sekali dengan sesi Penilaian Perniagaan Anda EKSKLUSIF bersama speaker hebat RichWorks berharga RM497 di RichQ Pejabat RichWorks (Sesi ini pun 100% Free).*
Ini inisiatif khas untuk bangkit dan bina lebih ramai usahawan jutawan di Malaysia!
Benda boleh jadi, kenapa nak berangan lagi?
Syarat : Hanya untuk 30 peserta terawal dan mereka yang benar-benar berniaga dan jika diterima.
Layari https://richworks.com/satujutapertama/ untuk segera memohon!
1 Comment
Saya sengat2 berterima kasih kepada Dato’Wira Dr Azizan Osman sengat2 membantu orang dan saya bersyukur kepada mu ya Allah