Kepentingan Networking. Mula Bina Networking Anda

kepentingan networking

Pentingnya bagi membina networking atau jaringan hubungan dalam bisnes anda.

Dalam membina bisnes dan meningkatkan kesedaran tentang jenama anda mungkin akan melibatkan kos yang tinggi dari segi pengiklanan, promosi dan sebagainya.

Bagaimanapun, melalui networking yang dapat membantu bisnes dan jenama anda dengan kos boleh dikawal dan kemungkinan lebih rendah lagi.

Networking sebenarnya tidak memerlukan kos yang tinggi. Anda boleh saja cuba untuk berhubung dengan orang yang telah berjaya mahupun usahawan jutawan.

Jika tidak mengenali mereka, hubung melalui emel jika mereka ada masa untuk bertemu bagi minum kopi atau makan tengah hari.

Rasanya ramai akan menyokong anda dan bercakap namun jika tiada sebarang maklum balas, hantar lagi emel sehingga ada jawapannya. Jangan mudah mengalah ya. Pasti mereka akan menjawabnya nanti.

Pentingnya untuk kita belajar dengan mereka yang sudah melaluinya dan berjaya. Mereka ini boleh berkongsikan titik tolak perubahan dan perkara betul yang dilakukan hingga berjaya sampai tahap ini.

Hal ini nanti membolehkan anda mengadaptasikan dalam bisnes sendiri dan melihatkan perkembangan terbaru.

Ketika melakukan networking, jangan pula sibuk menceritakan tentang diri sendiri. Sebaliknya tanya mereka, belajar daripada kejayaan malah kesilapan yang dilakukan.

Mereka yang sudah berjaya ini dapat memberikan pandangan secara menyeluruh dan dari atas bagi sesebuah bisnes.

Bila anda bercakap dengan orang yanh berjaya ini, ia akan banyak memberikan pengajaran. Bukan itu saja, ia datang dengan kemungkinan peluang baru yang luar biasa. Siapa boleh jangka?

Kunci bagi networking

Untuk menjalankan networking yang bagus, kuncinya adalah dengan berada pada tempat yang betul dan masa yang betul.

Pergi bertemu dengan mereka yang berjaya dan belajar merupakan sebahagian daripada proses untuk anda bina bisnes yang berjaya.

Justeru itu, jangan lupa untuk menyertai program Wanita Bangkit Berniaga pada 26 – 28 November ini.

Ia merupakan platform yang akan mengumbulkan lebih 30 usahawan jutawan di bawah bimbingan RichWorks bagi berkongsikan kisah perjalanan mereka, cabaran, tips, strategi yang boleh peserta guna dan lakukan nanti.

Selain itu, ia juga menyediakan peluang bisnes kepada mereka yang mahu memulakan bisnes masing-masing, insyaAllah.

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply