3 Cara Mudah Jana Pendapatan Di Media Sosial Sebagai Influencer

3 Cara Mudah Jana Pendapatan Di Media Sosial Sebagai Influencer

Pada masa kini, kerjaya sebagai pencipta kandungan dan pempengaruh (influencer) menjadi pilihan ramai apatah lagi sesiapa saja boleh menjadinya tanpa sebarang halangan mahupun temu duga.

Selain populariti, pendapatan lumayan yang diterima membuatkan ramai anak muda yang terkejar-kejar untuk membina kerjaya sebagai seorang pempengaruh.

Buat pengetahuan semua, pencipta kandungan di platform seperti YouTube, TikTok dan Instagram kini memperoleh enam angka atau lebih setiap tahun melalui pelbagai aliran pendapatan.

Jumlah pendapatan pencipta kandungan boleh bergantung pada faktor seperti kiraan pengikut, penglibatan khalayak dan jenis kandungan yang mereka siarkan.

Namun begitu, pencipta yang mempunyai pengikut yang lebih kecil juga boleh menjana pendapatan yang konsisten dan lumayan dengan membina jenama peribadi di media sosial.

Sebagai contoh, YouTuber kewangan peribadi, Reni Odetoyinbo, telah membina tujuh aliran pendapatan dengan hanya 19,000 pelanggan YouTube dan telah membuat sehingga $34,000 sebulan sepanjang 2022.

Di sini, kami sertakan tiga cara bagaimana para pempengaruh dan pencipta kandungan di media sosial meraih pendapatan melalui medium yang digunakan.

1.       Bekerjasama dengan jenama lain

Bekerjasama dengan jenama lain untuk kandungan yang ditaja ialah cara sering digunakan oleh pencipta kandungan bagi menjana wang.

Bergantung pada jumlah dan penglibatan pengikut akaun, mereka boleh mendapat bayaran ratusan ribu ringgit (atau berjuta-juta) untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan.

Cara ini tidak terhad kepada pempengaruh yang mempunyai jutaan pengikut bahkan pempengaruh mikro iaitu mereka yang mempunyai kurang daripada 100,000 pengikut juga boleh menjadi sangat menarik bagi syarikat yang berkenaan kerana mereka kelihatan lebih tulen.

 Selain itu, mereka juga mempunyai lebih ramai khalayak yang terlibat dan cenderung mengenakan bayaran yang lebih rendah untuk promosi pemasaran.

2.       Pemasaran affiliate

Melalui pemasaran kaedah ini, pencipta boleh memperoleh potongan jualan bagi produk tertentu. Apabila mendaftar untuk program affiliate, pencipta biasanya menerima pautan yang diperibadikan.

Mereka kemudiannya mendapat peratusan daripada setiap jualan yang didorong melalui pautan yang diklik oleh pembeli. Peratusannya adalah berbeza-beza berdasarkan jenis produk dan program yang dipromosikan.

3.       Kursus atas talian

Memulakan kursus boleh menjadi cara untuk para pempengaruh dan pencipta kandungan menambah pendapatan mereka dengan berkongsi pengetahuan tentang bidang atau industri tertentu.

Jika ia sudah dirakam terlebih dahulu, kursus itu juga boleh menjadi sumber pendapatan pasif buat mereka.

Sesetengah daripada mereka juga akan mengemas kini dan menyusun masa secara strategik pelancaran versi terkini kursus mereka untuk menarik lebih minat dalam kalangan khalayak mereka.

“Idea untuk melakukan pelancaran, bukannya model malar segar di mana ia sentiasa tersedia adalah dengan mencipta kekurangan,” kata Catarina Mello, seorang pempengaruh yang memperoleh lebih $1 juta dalam jualan kursus. 

Teruja tak? Jangan sia-siakan ‘kuasa’ media sosial, lebih-lebih lagi untuk peniagaan anda.

Jadi pempengaruh juga amat baik untuk bina personal branding.

Artikel terbaru

Leave a Reply