3 Cara Melatih Diri Jadi Pemimpin Hebat

3 Cara Melatih Diri Jadi Pemimpin Hebat

Kepimpinan merupakan kebolehan seseorang mengetuai sekelompok orang untuk sama-sama bekerja dan merealisasikan suatu visi yang dikongsi bersama.

Tidak ramai pemimpin yang dilahirkan secara semula jadi. Kebanyakan pemimpin mengambil tanggungjawab untuk melatih diri mereka untuk menjadi berkesan.

Bunyinya mudah, dan konsep ini sepatutnya senang diaplikasikan dalam sesuatu perniagaan dan organisasi. Susah sangat ke nak memimpin orang lain?

Berikut ialah tiga perkara yang boleh anda lakukan untuk melatih diri menjadi seorang pemimpin yang hebat:

1.   Tepati janji

Jangan sekali-kali membuat janji yang anda tidak pasti boleh ditepati. Tiada apa-apa yang membunuh kredibiliti anda lebih cepat daripada janji yang dimungkiri atau jangkaan yang tidak dipenuhi.

Komitmen ini akan membentuk disiplin dan integriti. Seperti lirik nyanyian Biduanita Saloma, apa guna berjanji kalau tak ditepati.

2. Berpakaian untuk mempengaruhi

Jangan berpakaian untuk menarik perhatian, berpakaian untuk mempengaruhi.

Ini bermakna memastikan penampilan anda konsisten dengan jenama peribadi dan profesional anda.

Mulakan dengan bertanya kepada diri sendiri bagaimana seorang pemimpin yang mempunyai aspirasi harus kelihatan kepada orang lain.

Dan jangan hadkan penampilan hanya untuk diri sendiri.

3.   Tunjukkan komitmen terhadap pertumbuhan peribadi.

Pada akhirnya hanya ada dua cara untuk mengembangkan perniagaan anda.

Pertama, kembangkan diri anda dan kembangkan pasukan. Apabila anda dan pasukan bertambah baik, begitu juga tahap perkhidmatan, kecekapan operasi dan segala-galanya.

Jadilah pemimpin yang baik, banyak pemimpin yang hebat boleh kita contohi. 

Jika hari ini kita ada kekurangan sebagai pemimpin jangan putus asa. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki diri agar lebih baik berbanding sebelumnya. 

Artikel terbaru

Leave a Reply