3 Amalan Gaya Hidup Usahawan Wanita Muslim Berjaya

3 amalan gaya hidup usahawan wanita Muslim berjaya

Keusahawanan   merupakan   satu   bidang kerjaya   yang   mencabar.   Terdapat ramai   usahawan   wanita   muslim   yang   menceburi   bidang   keusahawanan, namun tidak semua berjaya. 

Usahawan yang berjaya sudah pasti mempunyai amalan yang berbeza dengan mereka yang  gagal.

Keterlibatan wanita dalam  bidang  perniagaan  bukanlah  sesuatu yang  baharu. 

Pada 1400 tahun dahulu, Sayyidatina Khadijah telah terkenal   sebagai   seorang   usahawan   wanita   berjaya   sebelum berkahwin dengan Baginda Rasulullah SAW lagi.

Aktiviti perniagaan yang diusahakan  beliau  merentasi  sempadan  negeri  sehingga  ke peringkat  antarabangsa.

Sayyidatina Khadijah merupakan contoh usahawan wanita  terbaik  bagi  kaum  wanita  yang  berminat  dalam bidang  keusahawanan. 

Islam tidak melarang wanita  terlibat  dengan  perniagaan.  Wanita muslim   perlu   menjaga   batas   mereka   sebagai seorang wanita muslimah, lebih-lebih lagi memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.

Rasulullah SAW juga merupakan seorang usahawan yang berjaya.  Selaras  dengan  Islam  sebagai  satu  cara hidup, baginda menunjukkan sifat akhlak terpuji sepanjang mengendalikan  perniagaan. 

Baginda amat  terkenal  dengan  sifat amanah  dalam  berurusan  dengan  orang  ramai  sehingga  dikenali dengan  gelaran  al-Amin  oleh  penduduk  Mekah.

Keadilan yang ditunjukkan  Baginda  SAW  serta  akhlak  mulia  yang  dipamerkan menyumbang kepada kejayaan Baginda SAW dalam perniagaan.

Jom kita lihat 3 amalan yang mendorong kepada kejayaan usahawan wanita muslim.

1. Ibadah

Usahawan wanita muslim berjaya  adalah  seperti ibadah  zakat,  solat  dhuha,  berwakaf,  bersedekah,  membaca  al-Quran.

Antara amalan ibadah   umum pula adalah seperti, belajar agama, banyak membantu    orang dalam keperluan, dan bersilaturrahim.

2. Niat

Didapati usahawan wanita muslim berjaya mempunyai niat kerana Allah dalam melakukan perniagaan.

Sekiranya sesuatu amalan baik itu dilakukan dengan niat kerana Allah, ganjaran pahala akan diperoleh oleh mereka yang melakukannya. 

Ini juga adalah apa yang dimaksudkan dengan ikhlas. Usahawan   memahami   bahawa   niat   amat   penting kerana ia menentukan keberkatan rezeki. 

3. Tawakkal kepada Allah

Tawakkal adalah rasa pasrah hamba kepada Allah terhadap ketentuanNya yang di sertai dengan segala  daya  dan  upaya  mematuhi,  setia  dan  menunaikan  segala perintahNya. 

Dengan   sifat   tawakal, usahawan   wanita   muslim berjaya   sentiasa   bersyukur   sekiranya   segala   usahanya  dalam sesuatu perkara berjaya. 

Sebaliknya dia  akan  redha  dan  ikhlas menerima  sekiranya  usahanya  menemui  kegagalan dan bangkit semula sehingga berjaya.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply