Keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang mencabar. Terdapat ramai usahawan wanita muslim yang menceburi bidang keusahawanan, namun tidak semua berjaya.
Usahawan yang berjaya sudah pasti mempunyai amalan yang berbeza dengan mereka yang gagal.
Keterlibatan wanita dalam bidang perniagaan bukanlah sesuatu yang baharu.
Pada 1400 tahun dahulu, Sayyidatina Khadijah telah terkenal sebagai seorang usahawan wanita berjaya sebelum berkahwin dengan Baginda Rasulullah SAW lagi.
Aktiviti perniagaan yang diusahakan beliau merentasi sempadan negeri sehingga ke peringkat antarabangsa.
Sayyidatina Khadijah merupakan contoh usahawan wanita terbaik bagi kaum wanita yang berminat dalam bidang keusahawanan.
Islam tidak melarang wanita terlibat dengan perniagaan. Wanita muslim perlu menjaga batas mereka sebagai seorang wanita muslimah, lebih-lebih lagi memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.
Rasulullah SAW juga merupakan seorang usahawan yang berjaya. Selaras dengan Islam sebagai satu cara hidup, baginda menunjukkan sifat akhlak terpuji sepanjang mengendalikan perniagaan.
Baginda amat terkenal dengan sifat amanah dalam berurusan dengan orang ramai sehingga dikenali dengan gelaran al-Amin oleh penduduk Mekah.
Keadilan yang ditunjukkan Baginda SAW serta akhlak mulia yang dipamerkan menyumbang kepada kejayaan Baginda SAW dalam perniagaan.
Jom kita lihat 3 amalan yang mendorong kepada kejayaan usahawan wanita muslim.
1. Ibadah
Usahawan wanita muslim berjaya adalah seperti ibadah zakat, solat dhuha, berwakaf, bersedekah, membaca al-Quran.
Antara amalan ibadah umum pula adalah seperti, belajar agama, banyak membantu orang dalam keperluan, dan bersilaturrahim.
2. Niat
Didapati usahawan wanita muslim berjaya mempunyai niat kerana Allah dalam melakukan perniagaan.
Sekiranya sesuatu amalan baik itu dilakukan dengan niat kerana Allah, ganjaran pahala akan diperoleh oleh mereka yang melakukannya.
Ini juga adalah apa yang dimaksudkan dengan ikhlas. Usahawan memahami bahawa niat amat penting kerana ia menentukan keberkatan rezeki.
3. Tawakkal kepada Allah
Tawakkal adalah rasa pasrah hamba kepada Allah terhadap ketentuanNya yang di sertai dengan segala daya dan upaya mematuhi, setia dan menunaikan segala perintahNya.
Dengan sifat tawakal, usahawan wanita muslim berjaya sentiasa bersyukur sekiranya segala usahanya dalam sesuatu perkara berjaya.
Sebaliknya dia akan redha dan ikhlas menerima sekiranya usahanya menemui kegagalan dan bangkit semula sehingga berjaya.
1 Comment
Terima kasih atas perkongsian/ peringatan.