10 Rahsia Kejayaan Elon Musk

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
10 Rahsia Kejayaan Elon Musk

Rasanya ramai daripada kita kenal billionaire, Elon Musk. Beliau merupakan seorang penginovasi, orang yang membawa perubahan baru dengan idea dan teknologi yang dibawa dan dihasilkannya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada Paypal, SpaceX dan Tesla. Ada pula yang menyatakan kehidupan beliau ini seumpama watak Tony Stark dalam filem terkenal, Iron Man yang menyaksikan penggunaan teknologi yang canggih.

Apakah yang membuatkan beliau berjaya sehingga membina banyak bisnes berjaya dalam kehidupannya. Berikut kami kongsikan antara rahsian kejayaan Elon Musk.

10 rahsia kejayaan Elon Musk :

  1. Belajar membaca

Benar kata bijak pandai, orang yang belajar dengan bagus merupakan orang yang mendapatkan pendapatan yang lebih baik. Elon Musk selalu membaca sejak kanak-kanak lagi hingga ke dewasa.

“Anda tak tahu apa yang tidak diketahui. Anda hanya sedar bila baru tahu ada benda-benda baru ini di luar sana,” kata Musk.

Melalui pembacaan, kita boleh memperluaskan lagi perspektif yang ada dan memberikan kefahaman baru serta idea.

  1. Tidak melaburkan kesemuanya dalam marketing

Beliau berpendirian bahawa dengan melaburkan kesemuanya kepada marketing, adakah akan memberikan produk atau servis yang lebih baik.

“Jika tidak, saya akan menghentikan usaha (marketing) ini,” jelasnya.

Kualiti produk yang tinggi akan membawa kepada pelanggan sendiri yang mempromosikannya. Fokus kepada itu dan kejayaan akan menyusuli anda.

  1. Berani ambil risiko terutama ketika muda

Sebabnya, bila anda semakin berusia maka tanggungjawab dan komitmen sudah makin meningkat.

“Saya akan menggalakkan anda untuk ambil risiko sekarang, lakukan sesuatu yang berani yang mana anda tidak akan menyesal nanti,” ujarnya.

  1. Bekerja keras

Beliau sentiasa bekerja keras dengan mendorong dirinya untuk melakukan dengan lebih baik lagi. Beliau selalu bekerja sehingga 100 jam seminggu dalam beberapa syarikatnya.

Cuba kira berapa jam anda bekerja seminggu? Adakah anda sudah melaburkan masa yang cukup untuk kejayaan?

  1. Belajar mencipta daripada mengkritik

Kebanyakan orang biasanya akan mengkritik dan mengeluh mengenai kesesakan lalu lintas yang dialami. Tapi tidak bagi billionaire ini apabila beliau mencari jalan untuk selesaikan kesesakan berkenaan.

Syarikat The Boring yang diasaskan Musk diwujudkan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan mewujudkan sistem terowong. Mencipta sesuatu untuk diri anda merupakan cara terbaik mendapatkan hasil yang dimahukan.

  1. Rancang untuk kejayaan tapi bersedia untuk kegagalan

“Anda patut cuba jika terdapat sesuatu yang penting walaupun hasilnya berkemungkinan untuk gagal,” jelas beliau.

Lebih mudah untuk pulih kembali bila sudah ada persediaan bila rancangan dijalankan tak berjaya.

  1. Jangan hanya ikut trend

Menjadi viral bukannya terjadi secara tidak sengaja. Sebaliknya anda perlu menonjolkan diri dengan fokus pada apa yang membuatkan anda unik berbanding mengikut orang lain.

Kebanyakan syarikat-syarikat yang berjaya memberi tumpuan pada inovasi baharu.

  1. Dapatkan feedback berterusan

“Jangan takut kepada kritikan negatif. Sering kali ia akan mendedahkan pemahaman penting yang sukar ditemukan seorang diri,” jelas Musk.

Sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan. Justeru itu, penting untuk mendapatkan maklum balas secara berkala seterusnya membuatkan kita sentiasa berfikir bagaimana dapat buat lebih baik lagi.

  1. Berikan nilai

Sentiasa lakukan perkara yang memberikan nilai yang baik kepada orang lain. Tidak kira sekecil mana pun perkara dilakukan itu, ia akan dapat membantu untuk kita terus bermotivasi.

  1. Sayang team dan pelanggan seperti keluarga sendiri

Pemimpin yang bagus melayan pelanggan-pelanggan dan kakitangan mereka seperti keluarga. Musk sendiri kerap menyatakan penghargaan kepada pelanggannya menerusi Twitter.

Mungkin kita nampak tindakan ini kecil saja tapi itulah buatkan orang nampak dan perhatikan.

Sikap dan pemikiran Elon Musk di atas ini mungkin dapat membantu anda dalam kehidupan malah bisnes. Teruskan tindakan anda dan lakukan sehabis baik agar potensi yang ada pada diri ini tidak sia-sia.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Etika Jawab Panggilan Telefon

Etika Jawab Panggilan Telefon

Trend perniagaan pada hari ini lebih menggunakan medium laman sosial untuk mengendalikan urusan jual beli kerana ia lebih jelas dan butiran yang di sampaikan adalah

Tips Untuk Anda Ditemu Bual

Tips Untuk Anda Ditemu Bual

Sama ada anda dijemput untuk sesi Bual Bicara, ditemu bual atau anda sendiri mengelolakan rancangan Bual Bicara mahupun Live anda sendiri, ianya adalah bagus untuk