10 Ciri Kepimpinan Berkualiti Yang Perlu Dimiliki Usahawan

Apakah kemahiran kepimpinan?

Kemahiran kepimpinan ialah kekuatan dan kebolehan yang ditunjukkan oleh individu yang dipertanggungjawabkan bagi mengawasi proses, mencadangkan inisiatif dan mengemudi pekerja ke arah pencapaian matlamat yang diimpikan. 

Kemahiran kepimpinan adalah komponen penting dalam meletakkan eksekutif untuk membuat keputusan yang bernas tentang misi dan matlamat organisasi mereka dan memperuntukkan sumber dengan betul untuk menjayakannya. 

Kemahiran kepimpinan yang berharga termasuk keupayaan untuk mewakilkan, memberi inspirasi dan berkomunikasi dengan berkesan. Ciri kepimpinan lain termasuklah kejujuran, keyakinan, komitmen dan kreativiti.

Dalam dunia teknologi informasi (IT), eksekutif selalunya dikehendaki menjadi jack-of-all-trades

Selain dapat merancang secara strategik, kemahiran kepimpinan mereka juga mesti ditonjolkan dalam aspek pengurusan risiko, pemulihan bencana, pematuhan dan aspek lain dalam tadbir urus data.

Untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan, seseorang harus memiliki kemahiran tertentu yang boleh mengemudi dan memotivasikan ahli pasukan ke arah kejayaan.

Senarai berikut menyatakan 10 kemahiran kepimpinan yang penting:

Komunikasi terbuka

Pemimpin yang baik mengekalkan komunikasi dua hala dan terbuka dengan ahli pasukan serta boleh menerangkan secara ringkas matlamat dan tugas organisasi menggunakan pelbagai jenis saluran komunikasi, seperti sesi one on one, emel, video, sembang, panggilan telefon dan media sosial. 

Pemimpin yang berkesan juga berkongsi mesej yang jelas dan menjadikan idea yang kompleks mudah difahami untuk semua orang.

Empati

Kepimpinan empati memberi tumpuan kepada mengenal pasti individu lain dan memahami perspektif mereka. 

Pemimpin yang bijak menunjukkan empati berjaya kerana mereka dapat lebih memahami perasaan pekerja tentang persekitaran kerja mereka. Ini membolehkan para pemimpin membawa perubahan positif kepada tenaga kerja di pejabat.

Pemikiran strategik

Pemimpin memerlukan kemahiran berfikir strategik dan kritis kerana mereka ditugaskan untuk membuat keputusan yang mencabar. Pemimpin yang bijak membuat keputusan yang telah dikaji dengan baik dan meneliti secara objektif boleh membawa organisasi ke arah mencapai matlamatnya.

Kreativiti

Seorang pemimpin yang kreatif boleh menyuarakan idea baharu dan memberi inspirasi kepada orang lain ke arah kreativiti dan inovasi. 

Sebagai contoh, pemimpin yang berjaya akan sentiasa mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pekerja untuk input kreatif mereka.

Positiviti

Seorang pemimpin yang hebat membawa aura positif ke dalam persekitaran kerja  yang seterusnya menaikkan semangat pekerja dan menggalakkan mereka untuk berprestasi lebih baik. 

Positiviti boleh dipupuk dengan menunjukkan keprihatinan, rasa hormat, diplomasi dan empati terhadap pasukan.

Fleksibiliti

Pemimpin terbaik keluar dari zon selesa mereka dan cepat menyesuaikan diri dengan keadaan kerja yang sentiasa berubah-ubah. 

Mereka memakai pelbagai topi dan boleh menyelesaikan masalah dan membuat improvisasi dengan cepat. Pemimpin yang berjaya juga menggalakkan penglibatan pekerja dan bersedia menerima maklum balas yang membina daripada pasukan.

Penyelesaian konflik

Seorang pemimpin yang hebat bukan sahaja tahu bagaimana untuk mengelakkan konflik di tempat kerja tetapi juga boleh menyelesaikannya dengan cara yang cekap dan tepat pada masanya. 

Pengurusan masa

Ini adalah kemahiran penting untuk pemimpin kerana mereka perlu mengagihkan tugas, mengutamakan komitmen, menetapkan matlamat yang boleh dicapai dan berbilang tugas. 

Pemimpin yang berjaya mengamalkan kemahiran pengurusan masa dengan menetapkan matlamat SMART (Specific, Measurable, Achievable, Relevant & Time-bound) untuk diri mereka sendiri dan ahli pasukan mereka.

Kebolehpercayaan

Pemimpin yang hebat boleh dipercayai oleh orang ramai untuk memenuhi komitmen dan memenuhi deadline. Ini menggalakkan pasukan untuk menghargai keputusan pemimpin dan mengikut jejak dan contoh yang telah pemimpin mereka tonjolkan.

Mentorship

Pemimpin yang hebat sentiasa bersedia untuk membimbing dan mengajar bagi mengeluarkan yang terbaik dalam diri pekerja mereka. Mereka akan melakukan banyak usaha untuk menjadikan pasukan itu berjaya dengan menggunakan penonjolan sikap positif, kejelasan, motivasi dan dengan memberi ganjaran kepada pencapaian staf mereka.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply