Zappos – Fokus Kepada Kegembiraan

Zappos - Fokus Kepada Kegembiraan

Bagaimana penekanan mengenai budaya korporat sesuatu bisnes itu boleh membawa kepada kejayaan yang tak dijangka.

Ketua Pegawai Eksekutif Zappos, Tony Hsieh ketika itu menyertai Zappos sebagai penasihat dan pelabur sebelum menjadi CEO. Terdahulu pada 1999, Tony menjuak LinkExchange, syarikat yang diasaskan bersama kepada Microsoft berjumlah AS$265 juta.

Zappos.com merupakan peniaga online yang melakukan lebih $1 bilion jualan setiap tahun.

Apa yang dilakukan di Zappos:

1/ Bayar $2,000 kepada pekerja yang berhenti.

2/ Jadikan khidmat pelanggan buat seluruh syarikat, bukannya hanya satu jabatan.

3/ Fokus kepada budaya syarikat sebagai keutamaan pertama.

4/ Melaksanakan penyelidikan sains kegembiraan dalam menjalankan bisnes.

5/ Bantu pembangunan kakitangan peribadi dan profesional.

6/ Mahu mengubah dunia ini jadi lebih baik.

7/ Buat duit melalui bisnes dijalankan.

Inilah antara yang dilakukan dalam Zappos.com. Tak percaya? Ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang membuatkan mereka berjaya melakukan jualan yang banyak.

Zappos menunjukkan bagaimana gunakan kegembiraan sebagai rangka kerja yang boleh menjanakan keuntungan, semangat dan tujuan dalam bisnes mahupun kehidupan ini.

Pada 2009, Zappos tersenarai sebagai salah satu daripada 25 syarikat patut bekerja mengikut majalah Fortune. Malah pada tahun sama, Amazon membeli Zappos.com dengan nilai lebih $1.2 bilion ketika dimuktamadkan pemilikan berkenaan.

Artikel terbaru

Leave a Reply