Wanita Bangkit Berniaga Buat Anda. Apa Peserta Akan Dapat?

Program Wanita Bangkit Berniaga

‘Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia’

Lebih 30 usahawan jutawan bakal bergabung tenaga dan berkongsi resepi kejayaan masing-masing dalam program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) selama tiga hari bermula 26 hingga 28 November nanti.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International), Radz Mohd berkata, sesi selama tujuh jam setiap hari secara percuma itu akan diadakan secara dalam talian.

“Kami menyasarkan seramai 10,000 wanita menyertai sesi webinar ini. Sesi pembelajaran akan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang dan secara keseluruhan peserta akan terlibat dalam enam sesi.

“Ini adalah antara cara RichWorks International membantu masyarakat terutamanya wanita kembali melihat potensi diri. Lebih 30 usahawan jutawan daripada pelbagai latar belakang yang telah terbukti berjaya akan bercakap dan berkongsi kisah unik masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Program Wanita Bangkit Berniaga yang dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun di Ibu Pejabat Noir Health & Beauty baru-baru ini.

Dalam majlis yang sama, Rina menyaksikan sesi menandatangani dokumen kolaborasi strategik RichWorks bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

RichWorks juga menandatangani kerjasama bersama sebahagian daripada lebih 30 usahawan jutawan yang terlibat dalam program Wanita Bangkit Berniaga pada November nanti.

Program yang bertemakan Tangan Yang Menghayun Buaian Boleh Menggoncang Dunia itu bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan bulanan isi rumah dan memperkasa wanita melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran. Kesemua peserta akan diberi latihan
dan bimbingan secara atas talian selama tiga hari dengan lebih 30 usahawan jutawan yang akan sama-sama membantu para peserta mencapai matlamat bergelar wanita berjaya.

Sesi menandatangani kolaborasi strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama RichWorks International.

Tambah Radz, program Wanita Bangkit Berniaga akan berkongsi teknik dan strategi betul, bagaimana mereka boleh membina bisnes yang berjaya di samping bermentor secara berterusan.

“Kami di RichWorks International mahu memberi peluang kepada wanita untuk mengenal pasti dan memaksimumkan potensi diri untuk menaik taraf hidup dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini terutama selepas ditekan pasca Covid-19.

“Kadangkala wanita ini tidak menyedari mereka sebenarnya ciptaan Allah yang luar biasa. Peranan lebih 30 usahawan jutawan yang merupakan anak didik Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah untuk meyakinkan peserta Wanita Bangkit Berniaga untuk beroleh keyakinan diri dan meneruskan hidup berdikari melalui bisnes,” jelasnya.

Memperincikan program tersebut, Radz memberitahu, program Wanita Bangkit Berniaga menyasarkan golongan berpendapatan tinggi, golongan berpendapatan sederhana dan golongan berpendapatan rendah/terjejas.

Antara usahawan jutawan yang akan tampil memberi perkongsian dalam program Wanita Bangkit Berniaga ialah Pengasas Sabella, Siti Fatimah Abdul Samad dan suami, Nuraini Zolkepeli (Nurraysa), Kartika Wati Mohamad (Eksayvie), Eriyca Baiduri atau dikenali sebagai Madammu (Noir) dan ramai lagi.

Sementara itu Rina dalam ucapan perasmiannya berkata, kementeriannya berhasrat menjalin kerjasama dengan RichWorks International berikutan program-program latihan dan bimbingan yang dikendalikan terbukti berhasil.

“Syarikat RichWorks yang saya kenali ini, merupakan institusi yang membimbing dan melatih usahawan terbesar di Malaysia. Khususnya dari segi penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan.

“Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu, membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh enam hingga 24 bulan.

“Untuk itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berhasrat mahu menjalin kerjasama dengan RichWorks agar program serupa turut dilaksanakan dalam keluarga besar kami,” kata beliau.

Apa peserta boleh perolehi dalam Wanita Bangkit Berniaga :

a. Memahami bagaimana kaum wanita dari pelbagai latar belakang boleh berjaya membina bisnes dengan bermentor
secara berterusan.

b. Pelajari bagaimana wanita mampu membela nasib dan mengangkat martabat melalui bisnes yang berjaya.

c. Kenal pasti bagaimana usahawan wanita dapat membantu wanita lain dengan memberi peluang perniagaan dan kerjaya untuk transformasi hidup lebih baik.

d. Memberi peluang kepada wanita untuk kenalpasti dan maksimumkan potensi diri untuk menaiktaraf hidup dalam keadaan
ekonomi yang mencabar.

e. Membantu wanita untuk memperoleh keyakinan diri dan mampu hidup berdikari melalui bisnes.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web www.wanitabangkitberniaga.com.

Artikel terbaru

8 Comments

  • Sinaidah

    Perancangan yg sangat” efisien bagi kami wanita yg ingin berjaya di dunia sekaligus d ahirat nnt,semoga program seperti ini akan terus menerus diadakan di masa masa akan datang..

    Thank you RichWork.

  • Ruzimah Maisure

    Membantu wanita untuk memperoleh keyakinan diri dan mampu hidup berdikari melalui bisnes.

  • Assalamualaikum. Saya nak joint kelas ini. Tq

    • Team RichWorks

      Waalaikumussalam Tuan.

      Kami bawakan sebuah program ISTIMEWA buat anda – BERANI BINA BISNES BERJAYA (4-6 Mac) yang mempersiapkan anda dengan ilmu, panduan, perkongsian dan tips awal untuk BERNIAGA secara PERCUMA melalui VIRTUAL ONLINE.
      Daftar di >> http://www.binabisnesberjaya.com/ . Klik di ‘Daftar Sekarang’ untuk pendaftaran segera.

  • Farah

    Saya seorng bsnes woman yg terlibat dgn wedding n event. Rasa. Down sgt ngn bsness sekarang. Sbb orng bln boleh buat majlis, jadi bsness effect 100% . Rasa mcm nak tukar bsness tp Tak tau apa yg nak buat. Bole ke tuan bantu saya?

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas perkongsian. Kami juga bersimpati dengan situasi puan sekarang.

      Buat masa sekarang, puan boleh hubungi pegawai kami di talian 0192442244 untuk pertanyaan bisnes.
      Anda Kaya dan Berjaya!

Leave a Reply