Jangan Tunggu Waktu Yang ‘Sempurna’ Untuk Bermula

Jangan Tunggu Waktu Yang ‘Sempurna’ Untuk Bermula

Ini mungkin soalan yang selalu difikirkan bagi mereka yang baru nak mulakan perniagaan. Macam-macam perkara hendak disiapkan terlebih dahulu sehinggakan dari bulan ke bulan tidak bermula lagi.

Bilakah masa yang paling sesuai untuk mula berniaga?

Sebenarnya, tiada masa yang sesuai atau betul untuk seseorang itu memulakan sesuatu perniagaan.

Pastinya terdapat alasan-alasan yang menangguhkan malah menghalang untuk seseorang itu bermula. Semua ini berbalik kepada diri sendiri untuk mewujudkan masa yang betul.

Jika kita hanya mahu menunggu waktu yang sempurna, sampai bila-bila anda akan menunggu disebabkan tiada keberanian untuk mulakan langkah pertama itu. Berikut kami kongsikan beberapa tips bagi seseorang itu untuk bermula.

3 tips untuk anda bermula :

  1. Gunakan imaginasi

Lihat apakah kejayaan atau pencapaian yang pernah dikecapi sebelum ini. Bagaimanakah perasaan ketika itu? Pastinya anda akan berasa bangga, gembira dan bersyukur dengan kejayaan berkenaan.

Ianya membuatkan kita lebih bersemangat dan fokus untuk terus berusaha melakukan lebih baik lagi. Jadi kita mahu menggunakan seperti konsep di atas ini.

Anda hanya perlu tulis apa yang diimpikan dan nak dicapai dalam tempoh 5 tahun. Tulis apa saja tanpa nak fikirkan apa langkah perlu dilakukan untuk mencapainya.

Antara yang boleh ditulis seperti apa bisnes yang dijalankan, bagaimana keadaan team anda dan sebagainya. Kemudian lihat balik apa ditulis dan bayangkan ia menjadi realiti. Rasai rasa kepuasan dan bangga yang datang daripada sesuatu yang dibina hingga berjaya.

Kini anda sudah mempunyai destinasi yang nak dicapai dan lebih mudah untuk mula mengatur langkah untuk mencapainya.

  1. Usah takut pada kegagalan

Kebanyakan orang fikir halangan terbesar dalam keusahawanan adalah soal masa atau wang tapi sebenarnya sebab utamanya adalah mereka takut kepada kegagalan.

Macam mana anda lihat dan menguruskan kegagalan merupakan kunci kepada kejayaan. Jika anda dapat menukarkan pemikiran tentang kegagalan itu dapat menjadi satu alat perkembangan yang bagus.

Sanggup untuk gagal dan trust the process. Tiada seorang pun usahawan yang berjaya di luar sana yang tak pernah alami kegagalan. Terdapat banyak perkara boleh dipelajari daripada kesilapan.

Justeru itu, jadikan kegagalan dan kesilapan itu sebagai peluang untuk menjadi lebih baik lagi.

  1. Fokus kepada visi anda

Ia bukan soal masa yang sesuai untuk bermula, sebaliknya diri anda sendiri. Bagaimana anda boleh mewujudkan kisah kejayaan sendiri yang perlukan keberanian untuk melangkah dengan pelbagai cabaran yang ada.

Lakukan sepenuh hati dengan adanya gambaran besar serta visi dalam perniagaan. Apa yang penting di sini adalah anda yang mengawal segala tindakan dibuat dan berusaha untuk mencapai impian.

Jadi berbalik kepada soalan pertama tadi, bilakah masa yang paling sesuai untuk mula berniaga?

Sekarang, bukan seminggu, sebulan atau setahun lagi. Masa takkan menunggu, adakah anda nak terus berada pada keadaan yang hanya mengimpikan dan bermimpi sahaja? Inilah persoalan utama yang perlu anda jawab dahulu.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Abdul Razak Bin Mohd Nasir

    Pada diri saya kegagalan dalam perniagaan yang mengunakan modal wang telah menjadi satu fobia untuk meneruskan sebarang perniagaan yang memerlukan wang untuk memulakan perniagaan. Kegagalan ini telah memusnahkan kehidupan saya sehingga wang simpanan tinggal zero, harta habis terjual dan rumahtangga pun gagal.

    Jadi sekarang saya hanya tumpukan perniagaan yang tidak memerlukan modal. Harapan dari sini saya mahu pelajari dan perbetulkan salah silap sebelum ini. Banyak sudah kegagalan tapi usaha mesti diteruskan.

    • Team RichWorks

      Maaf tuan atas segala yang tuan hadapi, kami turut bersimpati. Teruskan usaha tuan untuk belajar lagi untuk tingkatkan sales tuan untuk bisnes baru tuan ini. untuk maklumat lanjut berkenaan program kami boleh wasap terus ke wasap.my/60192442244 untuk kami bantu bisnes tuan

Leave a Reply