Setiap usahawan pasti akan menghadapi cabaran sewaktu memulakan dan mengembangkan bisnes mereka. Tiada yang terkecuali, terutama sekali golongan usahawan muda.
Pelbagai cabaran yang dihadapi lebih besar dan sukar jika nak dibandingkan dengan usahawan yang berpengalaman dan telah kecapi kejayaan.
Cabaran yang biasa dilalui usahawan muda
1. Kurang ilmu dan pengalaman bisnes
Nak bina bisnes yang berjaya, usahawan kena ada ilmu tentang bisnes supaya tahu apa langkah terbaik yang perlu diambil untuk selesaikan cabaran dan isu sepanjang berbisnes.
Cabaran ramai usahawan muda bila kurang ilmu serta pengalaman seperti usahawan yang sudah bertahun-tahun bertahan di dalam dunia bisnes.
Mungkin sukar untuk mereka membuat keputusan yang besar dalam bisnes, nak uruskan pekerja dengan baik, tidak bersedia untuk menangani cabaran yang tidak dijangka dan banyak lagi.
2. Kekurangan sumber kewangan dan modal
Kalau tahu caranya, mulakan bisnes boleh jadi murah. Namun ia juga boleh jadi mahal bergantung kepada keperluan dan kehendak seorang usahawan.
Sebagai contoh, memulakan perniagaan di rumah tidak perlu bayar sewa kedai. Sewa kedai sudah tentu ada sewa yang perlu di bayar.
Usahawan muda sering alami cabaran untuk mendapatkan pembiayaan daripada bank mahupun pelabur. Ini menyukarkan mereka untuk memulakan dan mengembangkan bisnes.
3. Persaingan bisnes baru
Kalau nak cakap tentang bisnes baru, memang terlalu banyak bisnes yang baru muncul dan sedang melonjak naik.
Usahawan muda sering menghadapi saingan yang sengit daripada golongan usahawan yang sama mahupun usahawan yang lebih berpengalaman.
Lebih-lebih lagi apabila usahawan itu sendiri memilih produk atau servis yang sudah banyak di dalam pasaran seperti pakaian, makanan, produk kecantikan dan sebagainya.
4. Bergelut dengan pengurusan masa
Bisnes bukan suatu perkara yang hanya berlangsung dalam masa satu ke dua jam, tapi ia memerlukan komitmen jangka masa panjang.
Ada golongan usahawan muda yang sering mengalami kesukaran dalam menyesuaikan komitmen perniagaan mereka dengan komitmen lain seperti pembelajaran mahupun komitmen keluarga.
Ini membuatkan mereka menghadapi masalah untuk menguruskan masa dengan efisien.
5. Risiko hadapi tekanan
Menjalankan bisnes tak semudah yang dibayangkan. Jika mudah, pasti tak ada seorang pun usahawan yang kecundang di tengah jalan. Dan tak ada usahawan yang mahu kecundang.
Usahawan berisiko untuk mengalami tekanan jika tak tahu bagaimana nak menangani isu-isu dalam bisnes terutama sekali golongan usahawan muda yang masih kurang pengalaman dalam dunia bisnes.
Setiap cabaran ada jalan penyelesaian
Sebenarnya ramai usahawan muda yang berjaya dalam dunia perniagaan. Mereka yang berjaya ini sanggup bekerja keras dan belajar daripada kesilapan yang dilakukan.
Mereka tahu, dalam setiap cabaran adalah proses pembelajaran mereka terus kekalkan bisnes untuk jangka masa yang panjang dan boleh diwarisi.
Tindakan usahawan muda untuk berjaya
1. Buat kajian
Sebelum mulakan bisnes, pastikan anda membuat kajian tentang bisnes yang anda ingin ceburi.
Fahami industri yang dipilih dengan mendalam untuk membantu anda daripada terus membuat kesilapan yang besar.
2. Buat rancangan perniagaan
Dah faham bisnes dan industri bisnes pilihan anda, buat perancangan hala tuju bisnes pula.
Perancangan bisnes ini adalah sebagai peta penunjuk arah yang bakal membawa anda kepada matlamat yang ditetapkan jika betul keputusan yang diambil.
Ia juga mengenal pasti pasaran sasaran anda dan membangunkan strategi untuk mencapai kejayaan.
3. Circle yang membantu
Siapa circle anda adalah sangat penting untuk kejayaan bisnes anda. Circle ni bukan untuk anda dapatkan sokongan kewangan jika diperlukan tapi memberi anda nasihat dan sokongan yang berharga dari segala macam sudut bisnes termasuklah kewangan.
Ada banyak organisasi serta program yang memenuhi keperluan usahawan muda, jangan beri alasan masa atau apa sahaja untuk elak dari melibatkan diri dalam circle yang positif.
Nak circle yang terbukti positif, sertai saja program-program anjuran RichWorks!
4. Cari mentor untuk dapatkan bimbingan
Ramai usahawan muda takut atau malu untuk meminta pertolongan daripada mereka yang berpengalaman.
Tak boleh macam tu, tanpa ilmu dan pertolongan dari mereka yang telah berjaya macam mana kita nak belajar untuk menjadi usahawan yang berjaya?
Cari mentor bisnes yang terbukti ada hasil yang berkesan. Mentor akan membimbing anda dan menunjukkan jalan untuk bisnes anda bejaya ke tahap yang luar biasa.
Bina bisnes berjaya
Memulakan perniagaan adalah sangat mencabar tetapi boleh jadi mudah jika betul cara dan keputusan yang diambil.
Jangan biarkan cabaran menghalang perjalanan anda. Buat pilihan yang betul dan anda pasti boleh capai matlamat dan bina bisnes berjaya.
1 Comment
Ya