Usahawan Kena Jaga Kebersihan

Sejak kecil lagi, kita diajar untuk jaga kebersihan bukan saja pada diri, rumah malah kawasan persekitaran.

Rasanya setiap manusia sukakan kebersihan namun ada segelintir daripada kita mengabaikannya bila ianya tak melibatkan diri mereka sendiri. Contohnya, membuang sampah merata-rata di tempat awam, tidak jaga kebersihan tandas awam dan lain-lain lagi.

Jaga kebersihan tapi pentingkan diri?

Lihat sikap mementingkan diri sendiri mengabaikan hak orang lain menikmati tahap kebersihan yang baik. Cuba letak diri mereka di tempat orang lain, adakah mereka suka masuk ke dalam tandas yang kotor ketika mana perut memulas hendak ‘melaburkan saham’.

Sudah tentunya tidak, betul tak? Bagi yang membuang sampah merata-rata pula, adalah mereka suka berada pada tempat yang ada sampah merata-rata? Tidak, sudah tentu tidak pada mereka yang normal.

Cuba perhatikan pula, bila selesai sesuatu perhimpunan yang membabitkan orang ramai seperti di stadium menonton bola sepak, konsert termasuk di masjid, sampah bertaburan di sana sini sedangkan tong sampah ada saja disediakan.

Malah kalau tidak ada atau sudah penuh, tak bolehkah kita untuk menyimpannya dulu sebelum membuangnya bila ada tong sampah.

Perkara di atas yang berlaku berpunca daripada sikap orang itu yang tidak peka dan tidak mencerminkan ajaran Islam yang bersih dan suci.

Islam amat pentingkan kebersihan

Amalan menjaga kebersihan amat bertepatan dengan ajaran Islam, bahkan ia amat dituntut. Islam adalah cara hidup yang lengkap bukan saja menumpukan soal akhirat seperti akidah dan ibadat bahkan meliputi hal keduniaan seperti ekonomi, adat dan kebudayaan, hubungan kemanusiaan dan lain-lain,

Salah satu aspek kehidupan yang ditekankan dalam Islam ialah menjaga kebersihan. Allah SWT sendiri menyukai keindahan dan kebersihan. Ini dinyatakan dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi:

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Taala itu Maha Baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu Maha Bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu Maha Mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu Maha Pemurah, Dia menyukai kemurahan, maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu.

Tuntutan jaga kebersihan meliputi bidang yang luas. Ini merangkumi kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal, persekitaran, tempat ibadah, tempat awam dan sebagainya.

Islam juga mementingkan aspek kebersihan jasmani dan rohani. Sebab itu, orang yang kotor rohani serta dicemari dosa dituntut supaya bertaubat, manakala orang yang kotor jasmaninya dituntut untuk mensucikan dirinya.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 222 bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.”

Islam sangat mementingkan soal kebersihan dan penjagaan kebersihan dalam mewujudkan suasana selesa dalam semua keadaan sama ada ketika beribadat atau tidak.

Islam amat menyukai orang yang cintakan kebersihan menjadi asas kepada kesihatan yang baik. Kebersihan juga lambang keperibadian seseorang dan simbol kepada kemajuan sesuatu bangsa malah negara.

Hakikatnya, menjaga kebersihan juga termasuk dalam ciri-ciri orang yang beriman.

Bukan itu saja, MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sendiri pernah berkongsikan soal kebersihan ini.

“Nak tahu bersepah ke tak bersepah nombor 1, tengok tandas dia. Kalau dia ada office, tandas ialah tempat yang orang masuk ‘meninggal’. Customer masuk (cakap) aku tak nak datang dah tempat ni.”

“Tapi orang yang jaga tandas adalah orang yang akan jaga kewangan dia. Kewangan dia akan start tersusun,” katanya.

Jadi anda nampak tak pentingnya jaga kebersihan ini?

Apatah lagi sebagai usahawan, anda menjadi contoh kepada bisnes yang dijalankan serta team. Cuba fikirkan, adakah pelanggan-pelanggan anda akan selesa jika anda tidak jaga kebersihan sama ada diri mahupun tempat pengoperasian bisnes.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Usahawan Kena Jaga Kebersihan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



1 Comment

  • Lieza Desa

    Kebersihan asas kesihatan.Nak berjaya hidup mesti teratur dan disiplin jadi mulakan dgn jaga kebersihan dan kesihatan

Leave a Reply