Kevin Plank, Gunakan Semua Duit Bagi Mulakan Under Armour

Rasanya, ramai daripada kita pasti kenal dengan jenama pakaian sukan antarabangsa Under Armour.

Tapi tahukah anda kisah bagaimana empayar bisnes ini terbina oleh pengasasnya, Kevin Plank dari Amerika Syarikat.

Beliau merupakan ahli dan kapten kepada pasukan football di University of Maryland. Sebagai seorang atlit, beliau dapati seluar pendek dipakai ketika bersukan sentiasa basah ketika berlatih.

Sehubungan itu, beliau ambil keputusan untuk mencipta seluar yang dapat menyerap peluh dengan lebih baik.

Plank kemudian merealisasikan ideanya itu dengan menggunakan simpanan peribadi dan kad kreditnya.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali percubaan dia sudah kehabisan duit malah syarikatnya dalam kemuncak untuk bankrap.

Kebangkitan Under Armour

Namun, usahanya yang dilihat hampir kecundang kembali bangkit selepas beliau berjaya memuktamadkan jualan pertama dengan Georgia Tech bernilai $20,000 dan kemudian diikuti beberapa pasukan NFL lain.

Dua tahun selepas syarikatnya beroperasi, Plan bersama Under Armour telah menghasilkan $100,000.

Produknya kemudian menjadi viral dengan permintaan tinggi membuatkan mereka mula menjual kepada pasukan-pasukan sukan besar dan peruncit di seluruh Amerika Syarikat.

Selepas beberapa tahun, hasil tahunan mereka sudah melebihi $2 bilion dan hampir 6,000 pekerja di seluruh dunia.

Kisah Plank dan Under Armour ini merupakan salah satu kajian kes yang menunjukkan soal kerja keras dan keinginan yang kuat. Usaha yang dibuat dalam berdepan cabaran dan dugaan telah memberikan inspirasi kepada bangsa usahawan lain.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Kevin Plank, Gunakan Semua Duit Bagi Mulakan Under Armour” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

4 Comments

Leave a Reply