Ubah ‘cerita’ kehidupan anda!

SETIAP orang sebenarnya mempunyai ‘kuasa’ untuk mengubah cerita hidup mereka.

Dari biasa-biasa jadi luar biasa, dari miskin jadi kaya dan dari susah jadi senang.

Bermacam-macam lagi keadaan boleh berubah bila kita sendiri boleh menentukannya melalui keputusan serta pilihan dibuat.

Contoh mudah, baru-baru ini rakyat Malaysia yang layak sudah memilih siapa pemimpin yang dikehendaki untuk membawa negara dan kita ke tahap lebih baik.

Begitu juga dalam kehidupan ini, kita mempunyai kuasa untuk memilih mahu jadi yang bagaimana?

Semuanya ini bermula dengan diri sendiri. Kejayaan boleh dicapai bila kita pilih untuk belajar, diajar hingga alami perubahan, transformasi dan metamorfosis.

Saya selalu sebut bahawa lebih banyak anda belajar, lebih banyak anda boleh dapatkan ‘hasil’.

Lebih banyak anda belajar, lebih banyak anda akan berkembang!

Tapi ianya hanya akan berlaku bila disusulkan dengan tindakan. Tak berguna ilmu sebanyak mana pun jika anda tak buat apa-apa.

Itulah kaedah bagaimana orang berjaya, terus berjaya sebab ubah ‘cerita’ kehidupan dia.

Dia buat keputusan sebelum berjaya dengan menulis cerita apa nak dicapai dalam tempoh tiga atau lima tahun akan datang seperti mampu melancong, membawa keluarga menunaikan umrah dan haji, menyumbang kepada keluarga malah masyarakat dan lain-lain lagi.

Siapa di sini ada keinginan dan impian seperti di atas? Cuba tanya diri anda sendiri, di mana anda tiga tahun dari sekarang?

Namun ia hanya akan tinggal jadi angan-angan, bila anda tidak pilih, tulis impian itu dan berusaha untuk mencapainya.

Untuk mencapainya pula bukan berlaku sekelip mata, ia merupakan suatu proses serta perjalanan untuk membinanya.

Semua orang perlu bayar sesuatu untuk capai impian, contohnya dengan masa, duit, kerugian, kesilapan, kesedihan, malu, disindir, dihina dan sebagainya.

Nak berjaya, kita perlu berkorban seperti yang pernah saya kongsikan dalam artikel sebelum ini.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Anda perlu bersedia untuk berkorban dan berusaha untuk berubah jadi lebih baik.

Saya juga nak kongsikan anda ‘formula’ ini: Perubahan + cabaran = perkembangan.

Perubahan diikuti cabaran akan menghasilkan perkembangan atau pertumbuhan. Ia datang sekali dari fasa ke fasa dalam kehidupan mereka nak membina bisnes yang berjaya.

Siapa yang boleh melalui proses ini, dia akan naik, hadapi cabaran yang mendatang dan berkembang. Itulah caranya seseorang usahawan itu naik dari jualan RM1 juta menjadi RM10 juta dan lebih RM100 juta, namun anda kena ingat ia bukannya proses semalaman!

Tak mustahil, anda boleh ubah cerita hidup ini! RichWorks juga nak bantu orang ramai melalui program Nak Ubah Hidup Disember ini. Kami turut taja tiket kepada mereka yang berdaftar pada hari itu.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Ubah ‘cerita’ kehidupan anda!” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

Leave a Reply