Tidak dapat dinafikan bahawa TikTok kini telah menjadi destinasi pilihan ramai untuk menonton dan berkongsi video pendek daripada seni kepada komedi hinggalah kepada sains dan politik.
Sememangnya terlalu banyak kandungan menarik di sana yang bersaing untuk mendapatkan perhatian pengguna aplikasi tersebut.
Bagi membantu pengguna mencari dan menonton kandungan terbaik, pencipta kandungan di TikTok sering menampilkan (pinned) video tertentu pada bahagian atas profil mereka.
Video ini mungkin karya terbaik mereka, mendapat jumlah tontonan paling tinggi, klip yang menerangkan misi serta falsafah saluran atau sesuatu perkara yang ingin disuarakan oleh mereka kepada penonton.
Ada yang tertanya-tanya bagaimana mahu pin video anda di TikTok? Ini caranya!
Maksud pin video di TikTok
‘Pinned video’ di TikTok adalah lebih kurang seperti bunyinya — pencipta kandungan boleh pin video ke bahagian atas di halaman profil mereka supaya ia mudah dicari.
Jika seseorang pergi ke halaman profil mereka, maka pengguna akan melihat video yang dipin terlebih dahulu dan kemudian barulah diikuti dengan video mereka yang lain.
Ini membolehkan pencipta kandungan menarik perhatian penonton kepada video tertentu kerana ia sentiasa berada di bahagian atas laman profil.
TikTok membolehkan anda pin sehingga tiga video pada akaun profil dan ia mudah dikenal pasti kerana setiap video yang dipin mempunyai perkataan ‘pinned’ padanya yang berlatar belakangkan merah.
Jika anda telah pinkan tiga video dan mahu pin video lain, maka anda haruslah mengeluarkan salah satu daripadanya untuk memberi ruang kepada video yang lain pula.
Cara pin video di TikTok:
1. Dalam aplikasi TikTok, klik ikon Profil anda di bahagian bawah skrin.
2. Pada halaman video, klik video yang ingin anda dipinkan.
3. Di bahagian bawah sebelah kanan, klik menu tiga titik.
4. Dalam pop up yang muncul, klik ‘Pin’.
Anda sepatutnya melihat mesej muncul secara ringkas di bahagian atas skrin yang menunjukkan video anda telah dipinkan pada bahagian atas profil dan jika anda klik anak panah belakang, anda akan melihat video itu kini mempunyai label yang ditandakan ‘Pinned’.
Untuk membuang kembali label pin tersebut, hanya ulangi langkah di atas untuk video tersebut dan klik ‘Unpin’.
1 Comment
Ok