Tips Untuk Anda Ditemu Bual

Sama ada anda dijemput untuk sesi Bual Bicara, ditemu bual atau anda sendiri mengelolakan rancangan Bual Bicara mahupun Live anda sendiri, ianya adalah bagus untuk perniagaan anda.

Ianya akan dapat meningkatkan nama anda serta perniagaan dengan mendadak.

Ramai antara anak didik RichWorks selalu mengadakan sesi Bual Bicara sendiri, bersama pelanggan, stokis dan team masing-masing atau ada juga yang dijemput untuk sesi bual bicara di media.

Sekiranya perniagaan anda sedang rancak berkembang, cubalah menjadi tetamu undangan di dalam segmen bual bicara.

Ada 8 perkara yang perlu anda perbaiki dahulu sebelum ditemu bual. Semoga ini jadi panduan kepada anda bakal peniaga yang akan melonjak naik namanya di media nanti.

8 tips untuk ditemu bual :

1. Jadilah spontan

Jangan menghafal skrip anda. Dengan menghafal skrip, gaya anda kelihatan canggung dan kaku. Tambahan pula, gaya percakapan seperti ini tidak menampakkan interaksi yang semulajadi. Rahsia untuk kelihatan bijak, anda tidak perlu mengingat keseluruhan teks, tetapi cukuplah dengan mengingat satu perkataan yang mewakili setiap hujah yang boleh menghuraikan mesej anda.

2. Interaksi dengan penonton

Sangat penting ketika program bersiaran secara langsung, anda harus mendapatkan sedikit tenaga daripada penonton yang ada. Malah, jurukamera juga boleh dijadikan penonton anda bagi menampakkan anda mampu berinteraksi dengan lebih hidup. Perlu diingatkan bahasa tubuh perlulah sesuai dengan konsep rancangan temu bual dan jangan lupa berikan senyuman di samping interaksi mata yang meyakinkan.

3. Sisipkan humor

Menurut Anthony Robbins, seorang pakar motivasi dunia, humor adalah senjata yang dapat membantu penyampaian informasi menjadi lebih lembut. Dengan humor penonton akan rasa lebih dekat dengan apa yang anda katakana.

4. Masa

Atur waktu yang diberikan dengan baik. Dengan pengurusan masa yang sudah diperuntukkan sebelumnya, lebih mudah untuk anda menyusun hujah anda dan pastinya membantu anda untuk menjawab soalan dengan baik.

5. Gunakan kekuatan cerita

Jangan meremehkan potensi kekuatan cerita. Pandangan peribadi merupakan kaedah yang paling berkesan untuk meyakinkan penonton. Apalagi jika disampaikan dengan gaya yang meyakinkan. Mereka akan suka lihat sesuatu yang pasti walaupun anda tidak membawa produk untuk dijual.

6. Kreadibiliti & Imej

Karisma anda perlu ditonjolkan ketika di temu bual kerana ia mampu mempengaruhi kepercayaan penonton. Ada banyak cara untuk meningkatkan kreadibiliti, misalnya dengan penampilan imej yang kemas. Bagi lelaki, sisir dan gunakan minyak rambut supaya rambut kelihatan lebih kemas. Manakala untuk perempuan, naikkan sedikit seri wajah muka dengan solekan muka yang natural.

7. Berbicara dengan jelas

Mulai sekarang, sebagai peniaga yang mahu dijemput di dalam program bual bicara hendaklah berlatih untuk bercakap dengan jelas. Jangan bercakap dengan nada yang terlalu perlahan kerana ia akan menyusahkan pengacara dan seluruh krew produksi mendapatkan mesej yang ingin cuba disampaikan.

8. Gunakan intonasi yang berbeza

Apabila kita hanya menggunakan intonasi yang sama saja sepanjang ditemuramah, perbualan kita akan kedengaran mendatar dan bosan. Sesekali, berikan sedikit penegasan untuk mempromosikan produk anda atau gunakan intonasi memujuk untuk mengingatkan penonton tentang perniagaan yang anda jalankan.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Tips Untuk Anda Ditemu Bual” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



8 Comments

Leave a Reply

logo richwell