Tips Pemasaran – Beri Perkhidmatan Pelanggan Luar Biasa

Tips Pemasaran - Beri Perkhidmatan Pelanggan Luar Biasa

Bila anda berniaga, sudah tentu anda nak semuanya perfect, betul? Bermula dari produk hinggalah kepuasan hati pelanggan. Tapi anda tahu ke cara nak tingkatkan perniagaan anda, tambahan lagi servis yang anda berikan kepada pelanggan? Berikan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.

Adakah mereka berpuasa hati dengan servis yang anda sediakan?

Ramai orang bila dah ada bisnes, ada untung…itu sudah cukup bagi mereka. Mereka dah tak fikir sama ada pelanggan suka ke tak dengan hasil yang pelanggan dapat. Masalah ini biasa berlaku bila anda berniaga online, kerana pelanggan hanya berpandukan gambar dan testimoni dari pengguna lain. Jadi, besar kemungkinan produk yang sampai kepada pelanggan berbeza dari yang mereka lihat di media sosial anda.

Semua orang boleh berikan janji manis, tapi jarang janji tersebut boleh ditepati. Sebelum mereka dapat order dari pelanggan, cepat je balas PM pelanggan. Bila pelanggan dah bank in duit, mula lah servis yang diberi tidak berkualiti. Servis mula lambat dan produk yang pelanggan dapat lain dari yang lain. TIDAK semua peniaga online ada sikap begini, hanya segelintir sahaja. Mungkin ianya kes terpencil dan mungkin ia pernah terjadi pada anda?

Kami akan kongsikan dengan anda cara nak jadikan perkhidmatan pelanggan anda luar biasa

  1. Servis dan produk yang berkualiti.

Jangan lupa untuk sediakan servis dan produk yang berkualiti untuk pelanggan anda. Pastikan ia sentiasa tip top dari anda mula berniaga hinggalah bisnes anda maju. Kekalkan kualiti perkhidmatan yang anda sediakan, jika dahulu kurang… sekaranglah masanya anda tingkatkan kualiti servis dan produk.

Jangan amalkan perniagaan yang suka mengurangkan kualiti dan kuantiti barangan serta menipu dalam perniagaan. Ingat, anda harus jujur dalam perniagaan barulah rezeki yang anda perolehi itu berkat. Ramai peniaga yang berubah apabila bisnes mereka mula maju.

  1. Menghargai pelanggan

Bila anda berniaga, hargai pelanggan anda tidak kira mereka pelanggan lama atau baru. Wujudkan dalam diri mereka nilai loyalty (setia) dalam menggunakan perkhidmatan yang anda sediakan. Pupuk atau berikan nilai-nilai murni ketika berinteraksi atau berhubung dengan pelanggan supaya mereka yakin dan percaya ketika berurusan dengan anda jika anda mahu bisnes kekal lama dalam industri.

Hargai pelanggan tidak semesti anda beri mereka hadiah, sudah cukup sekiranya servis yang anda bagi sangat terbaik dan pelanggan berpuas hati.

  1. Beri maklum balas.

Pastikan anda memberi maklum balas kepada pelanggan dengan segera supaya mereka sentiasa dihargai setiap kali mereka Private Message (PM), emel, WhatsApp anda. Jangan lupa untuk beri peluang kepada pelanggan untuk suarakan pendapat atau kritikan demi tingkatkan tahap perkhidmatan dan servis perniagaan anda.

Anda boleh gunakan kritikan tersebut untuk buat perubahan, bukan setakat dengar sahaja dan blog pelanggan selepas mereka beri kritikan. Anda juga boleh sediakan ruang komen atau feedback di kedai, restoran atau media sosial untuk tahu pandangan mereka.

  1. Mantapkan perkhidmatan pelanggan

Jika anda ada pekerja, latih mereka untuk jawab panggilan telefon atau balas emel, PM atau apa sahaja dari pelanggan dengan berhemah. Gunakan bahasa yang lembut dan sopan walaupun anda sedang stress dan marah.

Tidak semua pelanggan yang datang ke kedai anda mempunyai perangai yang sama. Anda harus sabar layan karenah mereka kerana setiap pelanggan punyai ragam yang berbeza. Bila anda berkomunikasi menggunakan telefon, gunakan bahasa yang sopan dan sampaikan maklumat yang jelas supaya mudah difahami.

  1. Sikap dan komitmen pekerja

Pekerja yang bagus adalah mereka sentiasa memotivasikan diri untuk lakukan yang terbaik dan mempunyai komitmen yang tinggi ketika bekerja. Mereka juga bijak berkomunikasi dengan pelanggan dan balas setiap pertanyaan pelanggan dengan pantas tanpa membiarkan pelanggan tertunggu-tunggu.

Mereka juga sanggup bekerja keras untuk membaiki perkhidmatan dan pertingkatkan kemahiran serta mengambil tahu hal perniagaan terutama servis dan produk yang anda sediakan walaupun tidak berkaitan dengan skop kerja mereka. Mereka juga sanggup belajar benda baru dan tidak hanya tahu hal yang berkaitan dengan pekerjaan mereka sahaja.

Ingat! Jangan sesekali hampakan pelanggan anda. Mereka bayar anda untuk dapatkan produk dan servis yang terbaik dari anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply