Terlalu Banyak Benda Perlu Dibuat? Praktik 7 Tips Nak Tingkat Produktiviti Anda

Bagi mengejar impian, baru bermula dan nak majukan perniagaan anda pastinya banyak perkara yang perlu dilakukan dalam satu masa. Sebab it pentingnya untuk tingkat produktiviti.

Seperti mereka yang membuat perniagaan sampingan, mereka mempunyai kerja hakiki yang perlu dilakukan dengan sebaiknya dan kemudian perniagaan yang mahu dilakukan sebagai seorang dropship mahupun ejen dan sebagainya.

Jika tidak diuruskan dengan baik, sudah tentu perkara-perkara itu sukar untuk disiapkan dan sedikit sebanyak boleh merencatkan perkembangan perniagaan anda.

Apa yang dirancang dan diimpikan melalui perniagaan tidak dapat dicapai dan kebanyakan mereka akan berada pada tahap yang sama saja.

Justeru itu, kami nak berkongsikan dengan anda beberapa tips praktikal yang sudah membantu ramai orang bagi tingkat produktiviti anda.

7 tips anda boleh praktikan bagi tingkat produktiviti:

  1. Bangun awal

Waktu awal pagi ini berbeza dengan waktu lain. Ketika kebanyakan kita sedang tidur, maka kurangnya gangguan untuk anda melakukan sesuatu kerja.

Ini merupakan masa yang sangat berharga untuk tingkat produktiviti hari anda.

Bagi umat Islam, mungkin kita selalu dengar oang kata jangan tidur selepas Subuh, nanti rezeki susah nak masuk.

Ya sebenarnya, sesiapa yang bangun awal pagi iaitu sebelum subuh, mereka akan mendapat keberkatan waktu itu

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW. Baginda berdoa: “Ya ALLAH, berkatilah umatku pada pagi mereka.” (Riwayat at-Tirmizi)

“Baginda SAW mendoakan setiap pekerjaan yang umat baginda lakukan pada pagi hari sama ada perniagaan, pertanian, penternakan, nelayan dan pekerjaan lain agar mendapat keberkatan.

“Apakah itu keberkatan? Ia bermaksud kebaikan yang melimpah ruah kepada seseorang. Antara kebaikan berkenaan adalah dari segi fizikal. Bila kita bangun pagi dan mandi, badan rasa segar dan sebagainya.

Bahkan apa lebih penting adalah mereka yang bangun awal pagi juga akan mendapat rahmat ALLAH SWT dalam bentuk peruntukan masa bersama Sang Pencipta yang sedia mendengar masalah hamba-hamba-NYA.

Sabda Rasulullah SAW: “Tuhan kita turun ke langit dunia setiap malam ketika tinggal satu pertiga malam terakhir lalu berfirman: “Sesiapa meminta kepada AKU, AKU akan tunaikan permintaannya. Sesiapa beristighfar kepada AKU, AKU akan mengampuni dosanya.” (Sahih al-Bukhari dan Muslim)

  1. Wujudkan rutin pagi anda

Rutin ini penting agar anda dapatkan mulakan hari dengan mindset yang bersedia dan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat.

Antara perkara boleh anda masukkan dalam rutin pagi ini seperti beribadat kepada Yang Maha Esa, bersyukur, bersenam, melakukan teknik pernafasan dan jangan lupa untuk sarapan yang sihat.

  1. Dahulukan aktiviti atau tugas paling penting pada waktu pagi

Ya, lihat pada perkara yang utama dahulu agar dapat menggunakan tenaga yang ada bagi menyelesaikannya.

Jika anda mulakan dengan melihat email dan Facebook, ia akan membuatkan ‘reaction mode’ yang mana mula respons kepada pelbagai perkara yang ada di dalamnya.

  1. Elakkan gangguan lain

Ketika melakukan sesuatu tugas itu, sebolehnya elakkan ada gangguan lain termasuk gadjet anda.

Purata seseorang itu boleh terganggu setiap 11 minit namun untuk kita kembali dalam keadaan fokus ambil masa sekitar 20 minit.

  1. Fokus kerja dalam tempoh masa tertentu, kemudian berehat

Menurut kajian dilakukan beberapa penyelidik, 90 minit merupakan had manusia dalam keadaan optimal untuk fokus sepenuhnya dalam sesuatu tugas atau kerja.

Ia merupakan tempoh terbaik untuk seseorang fokus kepada kerja berkenaan. Selepas itu, manusia dikatakan berada daripada keadaan energi tinggi turun kepada keadaan fisiologi yang terendah.

Kita sering abaikan signal dihantar badan yang perlukan rehat seperti sukar untuk fokus, keresahan fizikal dan lain-lain.

Umpama jika anda pergi ke gym di mana akan melakukan sesuatu senaman dalam beberapa set dengan di antaranya ada masa untuk rehat. Begitu juga dengan tumpuan anda yang memerlukan waktu rehat seperti anda boleh keluar sekejap berjalan dan ambil udara segara lebih-lebih lagi mereka yang banyak bekerja menghadap komputer.

  1. Bersenam

Senaman penting bagi memastikan badan anda cergas dan meningkatkan energi anda. Melalui senaman,, otak akan mengeluarkan endorphins kemudian dopamine sebagai ganjaran selepas anda penat.

  1. Buat perancangan awal

Rancang apa yang anda mahu lakukan sepanjang minggu baru ini ataupun jika terlalu banyak setiap malam untuk hari esok.

Melalui langkah ini, bila anda bangun tidur tidak perlu lagi fikir apa yang mahu dilakukan pada hari itu.

Sama seperti ciri orang berjaya yang pastinya mempunyai matlamat dengan menulisnya, membuat perancangan awal merupakan ciri orang yang produktif. Jom tingkat produktiviti anda.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Terlalu Banyak Benda Perlu Dibuat? Praktik 7 Tips Nak Tingkat Produktiviti Anda” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



2 Comments

  • Kumla sari

    Learning point : untuk meningkatkan produktivitas pastikan untuk melakukan hal-hal berikut diantaranya bangun lebih awal setiap hari, awali hari dengan hal yang positif, lakukan senam, fokus dalam pekerjaan, dan buat perencanaan yang matang untuk satu pekan.

Leave a Reply

logo richwell